Macau Scam Igp Serah Pada Suruhanjaya Polis Putuskan Hukuman Pada Anggota


Yasmin Ramlan
Keputusan berhubung 31 anggota polis yang disyaki terlibat dengan Macau Scam akan diserahkan kepada pihak yang lebih tinggi, Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.
Menjelaskan situasi sedia ada, Abdul Hamid berkata tindakan yang dimulakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu perlu mempunyai bukti terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan yang lebih serius diambil oleh pihak PDRM.
"Jadi saya serahkan kuasa yang lebih tinggi daripada saya - pihak Suruhanjaya Pasukan Polis untuk putuskan apakah bentuk hukuman.
"Dan pihak SPP pula mempunyai kuasa sekiranya mereka tak berpuas hati apa yang dilaporkan oleh pihak saya, menerusi JIPS (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard) tadi mengarahkan pihak saya mendalami lagi siasatan.
"Jadi ia makan masa. Bukan senang macam tu saja. Berikan saya masa," katanya pada sidang media di Bukit Aman Kuala Lumpur hari ini.
Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempersoalkan mengapa kes 31 anggota polis tersebut tidak dibawa kes ke mahkamah untuk dituduh seperti orang awam yang melakukan jenayah tetapi hanya ditukarkan jawatan.
Pada 9 Mac, NGO Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict) mempersoalkan polis yang dikatakan enggan mendakwa anggotanya yang disyaki terlibat dalam sindiket Macau Scam serta kegiatan perjudian dalam talian. 
Minggu lalu Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Zamri Yahya dilaporkan berkata semua 31 anggota berkenaan ditukarkan ke jabatan lain sementara menunggu keputusan mengenai hukuman mereka yang akan diputuskan oleh SPP.
Abdul Hamid berkata siasatan yang dijalankan oleh JIPS mendapati wujud keterangan-keterangan yang menyokong kesalahan itu benar-benar berlaku.
"Kita tiada bukti di situ untuk membuat tuduhan jenayah ke atas mereka sebab ni (tindakan) pada mulanya dari SPRM.
"Kalau kita mulakan tindakan tangkapan, kita kena pastikan bahawa ada bukti di situ supaya objektifnya untuk gunakan tindakan di bawah Kanun Keseksaan misalnya, atau akta relevan dengan niat pendakwaan," katanya.
Oleh itu, Abdul Hamid berkata kes tersebut perlu disiasat secara teliti sebelum keputusan dan hukuman setimpal diberikan atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
Menurutnya, antara hukuman yang menanti apabila dibawa ke pihak SPP termasuk buang kerja, turun pangkat atau apa-apa hukuman yang wajar.
"Mungkin ditahan kenaikan gaji atau dilucutkan hak emolumennya atau mungkin sekadar amaran pun hukuman yang memberikan kesan dalam kariernya sebagai pegawai polis," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/macau-scam-igp-serah-pada-suruhanjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Igp Amat Serius 31 Pegawai Anggota Polis Terlibat Macau Scam

Igp Amat Serius 31 Pegawai Anggota Polis Terlibat Macau Scam

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 422 hits
BernamaKUALA LUMPUR Rombakan pegawai kanan polis secara besar besaran baru baru ini bertujuan memberi peluang kepada pegawai polis baharu untuk menggantikan tempat mereka kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Pertukaran pegawai kanan ya...
31 Pegawai Anggota Polis Bakal Dipecat Kerana Terbabit Dengan Sindiket Macau Scam Didalangi Addy Kanna

31 Pegawai Anggota Polis Bakal Dipecat Kerana Terbabit Dengan Sindiket Macau Scam Didalangi Addy Kanna

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 433 hits
31 pegawai anggota polis bakal dipecat kerana terbabit dengan sindiket Macau Scam didalangi Addy Kanna31 pegawai dan anggota polis yang dikenal pasti terlibat dengan Addy Kanna dalam sindiket penipuan Macau Scam berdepan dengan tindakan teg...
Pegawai Polis Lepas Suspek Macau Scam Pengkhianat Berdepan Tindakan Drastik Kata Hamid

Pegawai Polis Lepas Suspek Macau Scam Pengkhianat Berdepan Tindakan Drastik Kata Hamid

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 434 hits
Ketua Polis Negara Hamid Bador berkata pihaknya menyerahkan siasatan kes itu kepada Suruhanjaya Pasukan Polis untuk memutuskan tindakan lanjut IPOH Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan pembabitan seorang pegawai polis di Pulau P...
Lepaskan Suspek Macau Scam Ketua Polis P Pinang Kecewa

Lepaskan Suspek Macau Scam Ketua Polis P Pinang Kecewa

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 274 hits
Oleh Ketua Polis Pulau Pinang kecewa dengan penglibatan beberapa polsi dan Imigresen melepaskan suspek Macau Scam Gambar media sosial BUKAN hanya polis terlibat melepaskan anggota Macau Scam bahkan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia dan ...
Ada Anggota Polis Di Kelantan Enggan Disuntik Vaksin

Ada Anggota Polis Di Kelantan Enggan Disuntik Vaksin

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 478 hits
MALAYSIAKINI Polis Kelantan mengesan terdapat segelintir pegawai dan anggotanya yang enggan menerima suntikan vaksin Covid 19 Ketua Polis Negeri Datuk Shafien Mamat berkata perkara itu dikesan menerusi surat persetujuan yang perlu ditandata...
Dah Masuk Genap Setahun Berkahwin Dengan Anggota Polis Mamat Sepahtu Dedahkan Sesuatu Tentang Isterinya

Dah Masuk Genap Setahun Berkahwin Dengan Anggota Polis Mamat Sepahtu Dedahkan Sesuatu Tentang Isterinya

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 546 hits
Selepas setahun bergelar suami kepada anggota polis iaitu Nordiana Ibrahim Mamat yang merupakan pelakon dan pelawak membuat perkongsian telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 1 Mac Sempat lagi dia membuat hantaran ucapan manis ...
Polis Saman Polis Kenderaan Pegawai Anggota Antara Disaman Kerana Nombor Plat Tak Ikut Spec Kelihatan Fancy

Polis Saman Polis Kenderaan Pegawai Anggota Antara Disaman Kerana Nombor Plat Tak Ikut Spec Kelihatan Fancy

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 362 hits
899 total views 899 views today Berintegriti hingga ke akar umbi Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada mana mana pihak berkuasa yang serius melaksanakan tugas masing masing Kebetulan pula akhir akhir ini hangat diperkatakan di med...
Dua Anggota Polis Ditempatkan Di Sekolah Pantau Sop

Dua Anggota Polis Ditempatkan Di Sekolah Pantau Sop

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 316 hits
Oleh AZAHAR HASHIM AZHAR Hashim memberi penerangan mengenai SOP kepada pelajar tahun satu di SK Air Merah Kulim Kedah hari ini FOTO AZAHAR HASHIMKULIM Dua anggota polis akan ditempatkan di semua sekolah di daerah ini bagi pemantau pematuhan...
Padah Ambil Barang Tanpa Bayar 2 Anggota Polis Ditahan

Padah Ambil Barang Tanpa Bayar 2 Anggota Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 413 hits
1 136 total views 1 136 views today Padah mengambil barang tanpa membayar dua anggota polis antara empat yang ditahan selepas disyaki terbabit kejadian curi di sebuah kedai serbaneka di SS6 Kelana Jaya kelmarin Menurut Ketua Polis Daerah Pe...
Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

T10c10 Kenapa Tunggang Motosikal

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Kenapa Tangan Kita Tiba Tiba Terjadi Lebam Tanpa Sebab

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah