Polis Sahkan Sedang Jalankan Siasatan Terhadap Seorang Kerabat Diraja Pahang Didakwa Tikam Orang Awam




KUANTAN: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang kerabat diraja Pahang yang didakwa menikam seorang lelaki di sebuah kelab malam di sini bulan lalu.
Menurut laporan polis bertarikh 5 Jun yang tular di media sosial, kejadian berlaku pada awal pagi 8 Mei lalu.
Pengadu yang berusia 30 tahun mendakwa dia diajak oleh rakannya untuk ke kelab malam tersebut susulan satu kejadian terdahulu di sebuah pusat hiburan lain, di mana dia dikatakan melanggar kerabat diraja berkenaan sebanyak dua kali.
Setibanya di kelab malam kedua bersama adik lelaki dan saudaranya, pengadu mendakwa seorang lelaki yang dipercayai pembantu kepada kerabat diraja Pahang itu bertanyakan bagaimana dia mahu menyelesaikan perkara tersebut.
Setelah tawaran membelanja bir kepada kerabat itu ditolak, pembantu kerabat tersebut didakwa mencadangkan supaya pengadu memberi “angpau” kepada kerabat tersebut.
Pengadu kemudiannya menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,200.
Bagaimanapun, pembantu kerabat itu dikatakan menyuruh pengadu memohon maaf secara terus kepada kerabat diraja berkenaan, sebelum mangsa, saudaranya dan seorang kakitangan kelab dibawa ke sebuah bilik karaoke di tingkat dua untuk bersemuka dengan kerabat tersebut.
Pengadu berkata kerabat tersebut memarahinya kerana melanggarnya dan bertanya sama ada dia mabuk atau tidak.
Menurutnya, kerabat diraja itu kemudian mempelawanya duduk di sofa dan memberi isyarat kepada pengawal peribadinya, yang kemudian memukul kepala pengadu dengan jug minuman kaca.
Kerabat tersebut juga didakwa mengeluarkan sebilah pisau lipat dan menikam mangsa di bahagian punggung, sebelum kakitangan kelab menghalangnya dan pengawal peribadinya.
Mangsa mendakwa dia mengalami kecederaan teruk dan kehilangan banyak darah akibat tikaman dan terkena libasan pisau, sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan menerima laporan berkenaan dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.
Dia turut memaklumkan bahawa tangkapan telah dibuat bagi membantu siasatan kes tersebut.
Bagaimanapun, Wan Mohd Zahari enggan mengesahkan sama ada kerabat diraja yang disebut dalam laporan itu merupakan individu yang ditahan, sebaliknya hanya menyatakan: “Kami telah menahan dan memanggil individu yang terlibat untuk siasatan.”
Menurutnya, kertas siasatan kes akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya sebaik sahaja siasatan selesai dalam masa terdekat.
Malaysiakini telah menghubungi pihak Istana Pahang untuk mendapatkan komen. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/06/polis-sahkan-sedang-jalankan-siasatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sengaja Cederakan Kerabat Diraja Pahang Ditahan Atas Dakwaan Tikam Orang Awam

Sengaja Cederakan Kerabat Diraja Pahang Ditahan Atas Dakwaan Tikam Orang Awam

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 192 hits
Melalui laporan Malaysia Kini seorang individu yang merupakan kerabat Diraja Pahang telah ditahan oleh pihak polis susulan sengaja menikam seorang lelaki di sebuah kelab malam di Kuantan bula lalu Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Wan Zaha...
Polis Kuantan Tahan Tiga Individu Untuk Membantu Siasatan Kes Dakwaan Peniaga Dipukul Kerabat Diraja

Polis Kuantan Tahan Tiga Individu Untuk Membantu Siasatan Kes Dakwaan Peniaga Dipukul Kerabat Diraja

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 115 hits
KUANTAN Polis sudah merakam keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kejadian seorang peniaga mendakwa dicederakan individu yang dikatakan kerabat diraja Pahang bulan lepas Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari ...
Dr Akmal Gesa Tindakan Tegas Pada Kerabat Didakwa Terlibat Kes Tikam Orang Awam Di Kuantan

Dr Akmal Gesa Tindakan Tegas Pada Kerabat Didakwa Terlibat Kes Tikam Orang Awam Di Kuantan

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 125 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh menggesa pihak berkuasa bertindak terhadap seorang kerabat yang didakwa terbabit dalam kes menikam seorang lelaki berusia 30 tahun baru baru ini Polis dah bagitahu siasatan dah lengkap Kita tunt...
Polis Kuantan Terima Laporan Peniaga Dicederakan Oleh Individu Dikaitkan Dengan Kerabat Diraja

Polis Kuantan Terima Laporan Peniaga Dicederakan Oleh Individu Dikaitkan Dengan Kerabat Diraja

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 122 hits
KUANTAN Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang peniaga yang mendakwa dicederakan seorang lelaki yang dikaitkan dengan kerabat diraja dalam kejadian di sebuah premis hiburan di sini awal bulan lepas Ketua Polis Daerah Kuantan AC...
Polis Sahkan Tiga Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos Disyaki Seludup Ganja

Polis Sahkan Tiga Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos Disyaki Seludup Ganja

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 115 hits
KUALA LUMPUR 12 Jun Polis mengesahkan tiga rakyat Malaysia ditahan di Laos selepas dipercayai terlibat dalam cubaan menyeludup masuk 103 bungkusan ganja ke negara berkenaan pada 27 Mei lepas Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkot...
Nahas Air India Polis Mengesahkan Seorang Penumpang Warga Britain Berusia 38 Tahun Dilaporkan Selamat

Nahas Air India Polis Mengesahkan Seorang Penumpang Warga Britain Berusia 38 Tahun Dilaporkan Selamat

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 131 hits
KUALA LUMPUR Seorang penumpang Air India Ramesh Vishwaskumar Bucharvada dilaporkan satu satunya individu yang terselamat dalam nahas udara di Ahmedabad India pada Khamis Warga Britain berusia 38 tahun itu dilaporkan duduk di kerusi bernombo...
Jangan Lupa Adab Bekas Suami Sedang Sakit Tenat Raja Ema Didakwa Larang Anak Anak Jumpa Bapa

Jangan Lupa Adab Bekas Suami Sedang Sakit Tenat Raja Ema Didakwa Larang Anak Anak Jumpa Bapa

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 98 hits
Perkongsian penyanyi dan pelakon era 80 an Raja Ema di Facebook baru baru ini mencetus tanda tanya netizen apabila dilihat seakan menyentuh isu keluarga melibatkan bekas suaminya Sheqal Dipercayai hantaran tersebut merujuk kepada kenyataan ...
Polis Sahkan Pemandu Bas Bawa Pelajar Upsi Kemalangan Mempunyai 18 Saman Kesalahan Trafik Semua Belum Dibayar

Polis Sahkan Pemandu Bas Bawa Pelajar Upsi Kemalangan Mempunyai 18 Saman Kesalahan Trafik Semua Belum Dibayar

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 103 hits
KUALA LUMPUR Polis mengesahkan sebanyak 18 saman pernah dikeluarkan kepada pemandu bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terbabit kemalangan di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Tasik Banding Gerik awal pagi sema...
Kertas Siasatan Program Berkait Lgbt Sedang Dilengkapkan Kata Kpn

Kertas Siasatan Program Berkait Lgbt Sedang Dilengkapkan Kata Kpn

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 113 hits
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata dua individu daripada Parti Sosialis Malaysia yang dipanggil telah dirakam keterangan semalam Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis turut merampas telefon bimbit daripada salah seorang...
Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Menukar Domain Blog Dari Com Kepada Blogspot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Melawat Kebun

Undang Undang Rimba Tarik Kereta Sinar Harian 05 07 2025

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya

Biar Orang Kata Kita Tidak Berpihak