Polis Sahkan Rm2 973 Bilion Masuk Akaun Najib



KUALA LUMPUR: Sebanyak AS$972 juta atau bersamaan RM2.973 bilion wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikesan dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Transaksi kewangan berkenaan berasal dari tiga syarikat iaitu Good Star, AABAR dan Tanore yang berjaya dijejak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata menerusi siasatan dijalankan juga, polis sudah mengenalpasti sebanyak 132 transaksi penggunaan wang haram dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, polis juga mengenal pasti seramai lebih 50 individu termasuk ahli politik dari dalam dan luar negara turut menerima wang yang diseleweng daripada 1MDB.

"Kita menjangkakan bahawa mereka yang sudah dikenal pasti itu akan hadir memberi keterangan dalam waktu terdekat.

"Malah sehingga kini juga seramai 64 individu sudah diambil keterangan termasuk keterangan Najib serta anaknya Nooryana Najwa," katanya pada sidang media mengenai siasatan 1MDB di Bukit Aman, hari ini.

Noor Rashid berkata, siasatan terhadap 1MDB dibuat sejak 17 Mei lalu menerusi Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara berdasarkan laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

"Ekoran laporan itu, polis menjalankan serbuan di lima premis dan mengambil tindakan penyitaan mengikut Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001.

"Penyitaan itu membabitkan barang seperti wang tunai termasuk mata wang asing berjumlah RM114 juta, 12,080 barang kemas, 566 beg tangan, 537 utas jam tangan dan 234 unit cermin mata pelbagai jenama," katanya.

Beliau berkata, mengikut peruntukan di bawah AMLATFPUAA 2001, polis diberi tempoh setahun untuk menyiasat harta alih atau tidak alih yang disita.

Katanya, rampasan barangan yang turut dipertikaikan oleh Najib itu dibuat berdasarkan alasan munasabah serta disyaki sebagai barang hasil perolehan haram berkaitan 1MDB.

"Sehingga kini juga, pihak AMLA PDRM tidak menerima sebarang tuntutan rasmi daripada mana-mana pihak membabitkan barangan yang dirampas yang dipertikaikan individu tertentu itu," katanya.

Menurut Noor Rashid, pihak AMLA PDRM juga sudah menyerahkan perintah di bawah Seksyen 32 AMLATFPUAA 2001 kepada Najib untuk hadir memberi keterangan berhubungan kenyataan Ahli Parlimen Pekan itu bahawa wang tunai dirampas adalah milik UMNO.

Katanya, polis juga sudah mengenal pasti beberapa beg tangan dan jam tangan yang disyaki diperoleh menggunakan hasil wang haram.

"Pasukan siasatan kini dalam proses mengumpulkan bukti agar tindakan pendakwaan dan pelucutan hak harta dapat diambil. Malah, bagi melengkapkan siasatan itu, kita turut mendapatkan kerjasama Amerika Syarikat, Switzerland, Arab Saudi dan Singapura.

"Jadi, dalam proses mengumpul bukti yang cukup, PDRM mempunyai masa sehingga Mei 2019 bagi melengkapkan siasatan. "Siasatan itu memang sangat sukar dan akan mengambil masa panjang kerana membabitkan maklumat serta saksi dari negara lain,” katanya.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2019/02/polis-sahkan-rm2973-bilion-masuk-akaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Sahkan Terima Laporan Program Najib Di Langkawi

Polis Sahkan Terima Laporan Program Najib Di Langkawi

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 349 hits
MALAYSIA GAZETTE Polis mengesahkan terima laporan mengenai program bekas Perdan Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langkawi LANGKAWI Polis mengesahkan terima laporan mengenai program bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di La...
Warisan Bukan Komponen Ph Ppbm Sahkan Masuk Sabah

Warisan Bukan Komponen Ph Ppbm Sahkan Masuk Sabah

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 209 hits
Dalam sidang media PPBM Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa PPBM tiada halangan masuk ke Sabah memandangkan Parti Warisan bukanlah parti komponen dalam Pakatan Harapan PETALING JAYA PPBM mengesahkan bersetuju untuk mengembangkan sayapnya ke ...
Memang Raja Troll Sungguh Ini Jawapan Najib Yang Win Bila Orang Repot Polis Ke Atasnya Sebab Datang Ke Langkawi

Memang Raja Troll Sungguh Ini Jawapan Najib Yang Win Bila Orang Repot Polis Ke Atasnya Sebab Datang Ke Langkawi

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 376 hits
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai program bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langkawi Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata lima laporan tersebut dibuat oleh anggota Parti Pribumi Bersatu Mal...
Laporan Polis Kerana Program Swafoto Najib Tindakan Paling Bodoh Norhiesam Ismail

Laporan Polis Kerana Program Swafoto Najib Tindakan Paling Bodoh Norhiesam Ismail

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 278 hits
PULAU PINANG 3 Feb Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal menyifatkan laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran program berswafoto beliau di Langkawi sebagai tindakan paling bodoh Ketuanya Mohd Norhiesam Ismail b...
Rakyat Ber Selfie Dengan Najib Di Langkawi Pun Dibuat Laporan Polis

Rakyat Ber Selfie Dengan Najib Di Langkawi Pun Dibuat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 432 hits
Buat selfie pun salah Sampai ada beberapa orang perlu membuat laporan polis terhadap saya Rileks lah Saya ke sini untuk jalan jalan sembang sembang dan makan ikan bakar sahaja Tahun lepas nak sekat saya main FB sekarang nak larang saya self...
Tiada Wang 1mdb Masuk Akaun Pas

Tiada Wang 1mdb Masuk Akaun Pas

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 268 hits
Sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa pihak berkuasa mendapati tiada dana dari 1MDB disalurkan ke akaun bank PAS Penemuan itu dibuat selepas penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meneliti akaun bank PAS dalam siasatan ke ...
Najib Ph Mampu Sumbang Rm1 Bilion Pada P Pinang Tapi Mansuh Bantuan Rm1 200 Pesara

Najib Ph Mampu Sumbang Rm1 Bilion Pada P Pinang Tapi Mansuh Bantuan Rm1 200 Pesara

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 314 hits
Najib Razak berkata beliau memperkenalkan BBN untuk veteran demi menghargai jasa dan pengorbanan mereka Datuk Seri Najib Razak hari ini mengkritik kerajaan Pakatan Harapan mampu menyumbang RM1 bilion kepada kerajaan Pulau Pinang tetapi mema...
Rm90 Juta Pas Kecoh Vk Liew Rm3 5 Juta Masuk Akaun Bila Nak Siasat

Rm90 Juta Pas Kecoh Vk Liew Rm3 5 Juta Masuk Akaun Bila Nak Siasat

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 358 hits
Kalau PAS boleh disiasat kerana RM90 juta mengapa tidak VK Liew RM3 5 juta Orang lain masuk akaun satu kesilapan dan disiasat tetapi VK Liew terima wang dianggap tidak bersalah Sehari dua ini nampaknya sibuk dengan isu RM90 juta kononnya di...
Ripped Off By Najib Co Felda To Cut Ties With Ex Pm S Crony Peter Sondakh Demand Return Of A Staggering Rm2 Billion

Ripped Off By Najib Co Felda To Cut Ties With Ex Pm S Crony Peter Sondakh Demand Return Of A Staggering Rm2 Billion

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 291 hits
DEBT LADEN Felda is looking to walk away from its partnership with Jakarta based Rajawali Group and demand the return of more than US 500 million it had spent on oil palm estate and sugar related manufacturing assets in Indonesia according ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram

6 Ciri Harimau Jadian

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan