Polis Pengedar Dadah Jadikan Alasan Sukar Peroleh Bekalan Untuk Jual Berlipat Ganda


 

CAMERON HIGHLANDS  -- Kesukaran mendapatkan bekalan di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands dijadikan kesempatan untuk pengedar dadah, menjual barang terlarang itu dengan harga tinggi bagi memperoleh keuntungan berganda.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Ashari Abu Samah berkata, hasil risikan dan maklumat awam, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah itu menyerbu sebuah rumah sewa seorang suspek lelaki tempatan berusia 36 tahun di Ringlet di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari pada Isnin lepas.
“Polis menemukan 61 paket pastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu, dengan anggaran berat 117.87 gram (g) bernilai RM17,550,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands di sini, hari ini.
Beliau berkata ketika ditahan, suspek yang merupakan seorang penganggur dan mengedar dadah secara bersendirian, sedang membungkus dadah itu disyaki untuk dijual kepada pelanggan tetap di sekitar kawasan tanah tinggi ini, khususnya di Ringlet serta Tanah Rata.
Katanya siasatan awal mendapati dadah itu dijual pada harga RM100 bagi satu tiub yang beratnya antara 0.5g hingga 1g, berbanding harga pasaran luar hanya RM40 hingga RM50 bagi satu tiub.
Ashari berkata suspek yang berasal dari Slim River, Perak memperoleh bekalan dadah dari Ipoh atau Tapah, sebelum dibawa ke sini dan mengakui risiko tinggi sebagai alasan untuk menjualnya dengan harga tinggi kepada penagih yang terdesak, sejak kira-kira lima bulan lalu.
“Modus operandinya adalah suspek yang beroperasi menerima pesanan melalui panggilan telefon atau aplikasi Whatsapp daripada pelanggan tetap dan tertentu, dengan berhati-hati sebelum menghantarnya dengan kaedah pembayaran tunai semasa penghantaran,” katanya.
Beliau berkata suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu, direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam perkembangan lain, Ashari berkata tahap pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh penduduk di Cameron Highlands setakat ini melebihi 95 peratus, dan hanya 12 kompaun dikeluarkan atas pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP), sejak 22 Jan lepas.
Katanya polis turut mengadakan dua sekatan jalan raya di sempadan Perak dan Pahang untuk ke Cameron Highlands iaitu di Simpang Pulai serta Tapah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/LWFdy/~3/nJJskzAOEuY/polis-pengedar-dadah-jadikan-alasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sungaipetani Wanita Jadikan Rumah Sarang Penagihan Dadah Dicekup

Sungaipetani Wanita Jadikan Rumah Sarang Penagihan Dadah Dicekup

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 305 hits
nbsp Kegiatan seorang wanita berusia 42 tahun yang menjadikan rumahnya sebagai sarang penagihan dadah berakhir apabila dia ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda di sini semalam Wanita yang positif dadah jenis methamphetamine...
Fdi Jatuh Salah Kerajaan Henti Jadikan Covid 19 Alasan Kata Anwar

Fdi Jatuh Salah Kerajaan Henti Jadikan Covid 19 Alasan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 311 hits
FDI jatuh salah kerajaan henti jadikan Covid 19 alasan kata Anwar January 27 2021 Anwar Ibrahim berkata ketidakstabilan politik ialah faktor utama pelabur asing memilih negara lain berbanding Malaysia PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar I...
Banyak Kumpulan Gengster Di Johor Beralih Hasil Dadah Ketika Pkp Kata Polis

Banyak Kumpulan Gengster Di Johor Beralih Hasil Dadah Ketika Pkp Kata Polis

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 317 hits
Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan gambar lelaki tempatan dipercayai ketua sindiket yang masih bebas JOHOR BAHRU Polis percaya banyak kumpulan gengster di Johor kini beralih kepada penghasilan dan penjualan dadah berikutan pelaksanaan peri...
Alasan Menteri Sangat Lemah

Alasan Menteri Sangat Lemah

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 247 hits
Alasan PALING lemah dari Menteri jika dilihat pada kesilapan dan tempoh permohonan yang begitu panjang Jika dimaklumkan dari masa ke semasa sudah tentu perkara ini dapat dibetulkan Hakikatnya kesilapan ITU disimpan ke tahap maksimum untuk a...
9 Alasan Kenapa Kamu Lebih Suka Sendirian Ke Mana Mana Biar Sebenarnya Punya Teman Juga

9 Alasan Kenapa Kamu Lebih Suka Sendirian Ke Mana Mana Biar Sebenarnya Punya Teman Juga

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 347 hits
Bukan berarti kamu tidak suka pergi dengan teman Tetapi ada saatnya kamu ingin pergi sendirian
7 Alasan Cowok Harus Mulai Lebih Peka Dan Cewek Harus Berhenti Manja

7 Alasan Cowok Harus Mulai Lebih Peka Dan Cewek Harus Berhenti Manja

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 243 hits
Walaupun nggak bisa dipukul rata tapi dileman ini dialami banyak pasangan Tolong dibantu ya
7 Alasan Anda Tidak Sesukses Yang Anda Harapkan

7 Alasan Anda Tidak Sesukses Yang Anda Harapkan

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 246 hits
Merasa sedih tentang kemajuan ke depan Anda akhir akhir ini Apakah Anda merasa seperti Anda sedang berjalan di tempat Perlu beberapa motivasi dan cinta yang kuat untuk membantu Anda menghidupkan kembali tingkat keberhasilan Anda Nah berikut...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Masak Nasi Ayam Hainan Goreng Pisang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bermulalah Pengalaman Pertama Terpilih Proses Cgi Filem Estet Pengarah Arwahyarham Mamat Khalid

Buli Masaalah Disiplin Pelajar Cara Penyelesaian

Pas Yakin Pengalaman Annuar Musa Percaya Mampu Tawan Beberapa Kerusi Prn Sabah

Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen Boikot Rakan Artis Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke

Ahli Politik Cekik Pekerja Kontrak

Bakar Sofa Buruk