Polis Panggil 3 Aktivis Berhubung Demo Kematian Dalam Tahanan


Annabelle Lee
Tiga aktivis dipanggil polis untuk disoal siasat kerana berucap ketika demonstasi yang diadakan minggu lalu bagi mendapatkan keadilan berhubung isu kematian dalam tahanan.
Menurut ahli PSM, S.Arutchelvam, beliau dan dua yang lain diarahkan hadir di ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin depan, jam 11 pagi.
Selain beliau mereka yang dipanggil ialah Pengarah Eksekutif NGO Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict), Khalid Mohd Ismath dan Jurucakap NGO Tindakan Masyarakat Mengenai Kehilangan Paksaan (Caged), Rama Ramanathan.
“Kami akan hadir,” kata Arutchelvan kepada Malaysiakini sambil menambah pihaknya kini dalam proses untuk melantik peguam.
Ketiga-tiga aktivis itu disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Seksyen tersebut menetapkan bahawa penganjur sesuatu perhimpunan yang gagal memaklumkan kepada pihak polis mengenai perhimpunan tersebut boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM10,000.
Menurut notis pihak polis yang diserahkan kepada Arutchelvan dan dilihat Malaysiakini, laporan polis dibuat berkenaan demonstrasi itu oleh seorang "pegawai kanan polis", sehari selepas kejadian tersebut.
Ketua Polis Dang Wangi, ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.
Khamis lalu, Edict mengadakan protes kecil di luar Bangunan Majlis Peguam di Kuala Lumpur.
Mereka berkumpul untuk memperingati mangsa yang meninggal dunia dalam tahanan, mendiang Teoh Beng Hock dan R Gunagesaran.
Jurucakap dalam demontrasi itu turut menggesa pembentukan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Sebelum himpunan, Mohd Fahmi memberitahu Edict bahawa permohonannya untuk berkumpul tidak lengkap kerana gagal mendapatkan persetujuan pemilik atau penghuni tempat perhimpunan, seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012.
Edict juga dimaklumkan bahawa program tersebut telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) berhubung perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menghalang protes tersebut dan hanya mengawasi acara itu sehingga selesai.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/polis-panggil-3-aktivis-berhubung-demo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasut Hina Jata Negara Polis Akan Panggil Pengeluar

Kasut Hina Jata Negara Polis Akan Panggil Pengeluar

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 366 hits
Kasut hina jata negara polis akan panggil pengeluar Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Jul 2020 2 45PM
Keluarga Adib Tidak Setuju Polis Siasat Kembali Kematian

Keluarga Adib Tidak Setuju Polis Siasat Kembali Kematian

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 290 hits
Perubahan politik dari kerajaan PH kepada kerajaan pro Melayu Perikatan Nasional tidak memudahkan urusan mengenal pasti pembunuh anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang mati dalam rusuhan di sebuah kuil di Selangor pada 201...
Polis Jejak 2 Dipercayai Wanita Berhubung Vandalisme Mural Gergasi Pemimpin Negara

Polis Jejak 2 Dipercayai Wanita Berhubung Vandalisme Mural Gergasi Pemimpin Negara

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 536 hits
July 20 2020 8 57 PMMural potret gergasi pemimpin negara termasuk Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Shah Alam dihasilkan anak muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali Muhamad Firdaus Nord...
Polis Masih Siasat Kes Kematian Adib Saksi Akan Dipanggil Semula

Polis Masih Siasat Kes Kematian Adib Saksi Akan Dipanggil Semula

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 442 hits
Abdul Hamid Bador memberi jaminan kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim akan disiasat dari semua sudut dan tidak akan menyembunyikan sebarang fakta berkaitan KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata siasatan berhubung kes ...
Al Jazeera Polis Panggil Pihak Berkuasa Berkaitan

Al Jazeera Polis Panggil Pihak Berkuasa Berkaitan

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR 17 JULAI Polis akan memanggil beberapa pihak berkuasa berkaitan untuk merakam percakapan berhubung penyiaran sebuah dokumentari mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika penularan wabak Covid 19 Pengarah Jaba...
Ketua Polis Sahkan Akan Panggil Pihak Al Jazeera Wartawan Bagi Keterangan

Ketua Polis Sahkan Akan Panggil Pihak Al Jazeera Wartawan Bagi Keterangan

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 329 hits
Selepas kertas siasatan dibuka hari ini pihak polis memaklumkan bahawa mereka yang memanggil pengendali Al Jazeera dan wartawan mereka untuk diambil keterangan berkenaan isu menyiarkan dokumentari yang dilihat bersifat jahat memburukkan ime...
Kertas Siasatan Sprm Berhubung Terowong Pulau Pinang Diserah Kepada Peguam Negara Segera

Kertas Siasatan Sprm Berhubung Terowong Pulau Pinang Diserah Kepada Peguam Negara Segera

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 474 hits
Siasatan berkaitan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6 3 bilion dijangka dapat diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
6119 Lawatan Ketua Aktivis Ppim Bersama Ceo 4flex Racing 4flex Official 14 07 2020

6119 Lawatan Ketua Aktivis Ppim Bersama Ceo 4flex Racing 4flex Official 14 07 2020

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 343 hits
Lawatan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan toqqi bersama CEO 4flex Racing En Mohd Nazim Saparuddin Semoga usaha kita dalam kempen Buy Muslim First terus beristiqomah sampai bila bila Artikel oleh 4FLEX OFFICI...
Bila Dr Zulkifli Beri Lesen Penuh Pd Jawi Aktivis Tr4nsgender Nisya Ayub Tampil Bersuara

Bila Dr Zulkifli Beri Lesen Penuh Pd Jawi Aktivis Tr4nsgender Nisya Ayub Tampil Bersuara

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 420 hits
PEMBERIAN lesen penuh oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengambil tindakan terhadap tr4nsgender berisiko mencetuskan lebih anc4man dan persekitaran ti...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Buggy Kenderaan Elektrik

Solar Time Moves Forward Celebrating 44 Years Of Heritage Innovation In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Naik Taraf Dataran Kejat Mukim Lata Rek

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 158

Perfume Kereta Gel Blank X Syahmisazli Original Pewangi Kereta Viral 100 Original

Sebarkan Mengenai Lane Hogger

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan Drb Hicom Port Dickson

Beli Monitor Refurbished Untuk Pc