Al Jazeera Polis Panggil Pihak Berkuasa Berkaitan


KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Polis akan memanggil beberapa pihak berkuasa berkaitan untuk merakam percakapan berhubung penyiaran sebuah dokumentari mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika penularan wabak Covid-19.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata kesemua pihak terlibat yang dipanggil itu adalah untuk membuat pengesahan daripada segi kelulusan dan kebenaran berhubung penyiaran dokumentari berkenaan.
Beliau berkata antaranya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak berkuasa sekiranya dokumentari yang disiarkan Al Jazeera itu ada melanggar hak asasi ke atas pendatang tanpa izin atau sebaliknya.
“Kesemua pihak berkuasa berkaitan akan dipanggil dalam tempoh terdekat ini.
“Selain itu, di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kami ingin tahu objektif dan pengoperasian pihak berkuasa terlibat dalam mengawal penularan Covid-19 terhadap pendatang tanpa izin,” katanya kepada Bernama hari ini.
Huzir berkata polis perlu mendapatkan segala rakaman percakapan dan dokumen berkaitan daripada pihak terlibat.
“Kami hendak melihat sekiranya dakwaan yang dinyatakan pihak Al Jazeera di sepanjang tempoh PKP, PKPD dan PKPB ini adakah benar atau sebaliknya,” katanya.
Selain itu, Huzir berkata pihaknya telah selesai merakam keterangan enam kakitangan Al Jazeera bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.
Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/al-jazeera-polis-panggil-pihak-berkuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Polis Sahkan Akan Panggil Pihak Al Jazeera Wartawan Bagi Keterangan

Ketua Polis Sahkan Akan Panggil Pihak Al Jazeera Wartawan Bagi Keterangan

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 233 hits
Selepas kertas siasatan dibuka hari ini pihak polis memaklumkan bahawa mereka yang memanggil pengendali Al Jazeera dan wartawan mereka untuk diambil keterangan berkenaan isu menyiarkan dokumentari yang dilihat bersifat jahat memburukkan ime...
Pihak Berkuasa Buru Warga Asing Ditemubual Al Jazeera

Pihak Berkuasa Buru Warga Asing Ditemubual Al Jazeera

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 266 hits
Warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir menunjukkan klip video operasi Imigresen di Kuala Lumpur PETALING JAYA Pihak berkuasa sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang ditemubual media antarbangsa Al Jazeera dalam berita yang m...
Dokumentari Al Jazeera Berunsur Hasutan Laporan Tidak Tepat Ketua Polis Negara

Dokumentari Al Jazeera Berunsur Hasutan Laporan Tidak Tepat Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR 10 Julai Dokumentari bertajuk Locked Up in Malaysia s Lockdown terbitan agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang disiarkan baru baru ini didapati mempunyai unsur hasutan laporan tidak tepat serta mencetuskan kemarahan orang a...
Siti Kasim Tegur Pihak Berkuasa Agama Buat Serbuan Bawa Media

Siti Kasim Tegur Pihak Berkuasa Agama Buat Serbuan Bawa Media

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 189 hits
Tindakan pihak berkuasa agama membawa media ketika membuat serbuan khalwat terhadap pasangan kekasih melakukan maksiat di dalam bilik hotel ditegur Pengasas Malaysian Action for Justice and Unity Foundation Siti Kasim mempersoalkan keperlua...
Pihak Berkuasa Sahkan Bintang Glee Naya Rivera Meninggal Dunia Akibat Lemas

Pihak Berkuasa Sahkan Bintang Glee Naya Rivera Meninggal Dunia Akibat Lemas

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 338 hits
LOS ANGELES Pemeriksa perubatan daripada Ventura County pada 14 Julai mengesahkan kematian bintang Glee Naya Rivera adalah akibat lemas Syerif Ventura County Bill Ayub mengatakan bahawa hasil pemeriksaan awal pada mayat Rivera mendapati tia...
Polis Mula Siasatan Terhadap Laporan Al Jazeera

Polis Mula Siasatan Terhadap Laporan Al Jazeera

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 320 hits
Polis memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan...
Saksikan Video Ini Polis Siasat Al Jazeera Di Bawah Akta Hasutan Dan 2 Akta Lain

Saksikan Video Ini Polis Siasat Al Jazeera Di Bawah Akta Hasutan Dan 2 Akta Lain

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 259 hits
Locked Up in Malaysia s Lockdown 101 East PETALING JAYA Polis mengesahkan media antarabangsa Al Jazeera disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mu...
Lambakan Rohingya Unchr Ketepi Pihak Berkuasa Malaysia

Lambakan Rohingya Unchr Ketepi Pihak Berkuasa Malaysia

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 232 hits
Oleh Maszureen Binti Hadzman and Nuraina Hanis Binti Abd Halim PEJABAT UNHCR di Kuala Lumpur jadi tumpuan pelarian untuk mendapatkan dokumen khas KUALA LUMPUR Percaya atau tidak pelarian Rohingya yang memegang Kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa ...
Al Jazeera Polis Terima Lima Laporan

Al Jazeera Polis Terima Lima Laporan

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR 7 JULAI Lima laporan polis diterima berkaitan dokumentari yang diterbitkan media antarabangsa Al Jazeera berhubung cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika usaha mengekang penularan Covid 19 Pengarah Jabatan Siasatan...
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Tinta Bernoktah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord

Dani Kurama Sumpah Kali Ini Chord

Kedai Mamak Sorok Minyak Masak And Then

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Aafiyah Minta Datuk Siti Nurhaliza Doa Supaya Dapat Adik Perempuan Di Makkah Curi Perhatian Warga Maya