Polis P Pinang Tumpas Geng Samun Bersenjata Api


 
Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain (dua dari kanan) menunjukkan sepucuk pistol jenis pistol jenis revolver bersama peluru yang dirampas daripada salah seorang suspek geng samun. (Gambar Bernama)GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan dua geng samun termasuk menggunakan senjata api selepas menahan lima lelaki dalam siri serbuan di sekitar negeri ini, baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata penahanan geng pertama melibatkan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 30 tahun pada 12.01 tengah malam Ahad lalu di tepi jalan di Jalan Berjaya dan Taman Desa Damai, di Bukit Mertajam dekat sini.
“Penahanan dua lelaki itu susulan laporan polis diterima kami pada 10 malam 9 Dis lepas berhubung kejadian samun bersenjata api di sebuah kedai serbaneka di Jalan Betik, Bukit Mertajam dan ekoran insiden tersebut kami menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan suspek.
“Ketika ditahan, polis merampas sepucuk pistol jenis revolver .38, dua kelongsong bersama tiga butir peluru .38 daripada salah seorang suspek dan polis tidak menolak kemungkinan mereka mahu melakukan jenayah samun membabitkan kedai serbaneka di sekitar kawasan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, polis turut merampas dua motosikal Yamaha 125z dan SYM, sebuah kereta, dua telefon bimbit, sebilah parang, empat topi keledar dan dua beg silang daripada dua suspek tidak bekerja tersebut.
Shuhaily berkata, dengan penahanan dua lelaki itu, polis berjaya menyelesaikan enam kes samun bersenjata api di sekitar daerah Seberang Perai Tengah dan geng ini menyasarkan kedai serbaneka beroperasi lewat malam dengan melarikan wang hasil jualan serta telefon bimbit.
Katanya, dua lelaki yang mempunyai pelbagai rekod lampau jenayah dan dadah itu direman enam hari bagi membantu siasatan dan mereka disiasat mengikut Seksyen 3(1) dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 serta Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 395/397 Kanun keseksaan.
Sementara itu, polis berjaya menumpaskan satu lagi geng samin dengan penahanan dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun di Kepala Batas, dekat sini pada 6 petang 25 Dis lepas dan mereka dipercayai terlibat tiga kes samun serta satu curi motosikal di daerah Seberang Perai Utara.
“Mereka ditahan tidak sampai 24 jam selepas melakukan samun menggunakan parang di sebuah kedai serbaneka di Taman Desa Murni, Sungai Dua dekat sini iaitu pada 5.52 pagi membabitkan kerugian RM500 dan keduanya yang positif dadah dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak awal Dis,” katanya kedua-duanya direman sehingga 4 Jan.
Beliau berkata, susulan penahanan dua lelaki yang tidak bekerja itu, polis merampas sebuah motosikal Yamaha Y15, topi keledar, tiga telefon bimbit, barangan kemas, beg silang dan wang tunai RM230.
Shuhaily berkata seorang lagi lelaki berumur 30 tahun ditahan di George Town, di sini pada pada 30 Dis kerana terlibat dalam kes ragut sehingga menyebabkan seorang wanita cedera di kaki kiri dan kerugian RM350 dalam kejadian di Jalan Rafeie, Tanjung Bungah di sini.
Katanya dalam kejadian 9.15 pagi 28 Dis itu, suspek yang menunggang motosikal telah menghampiri mangsa sebelum meragut beg tangan wanita tersebut sehingga menyebabkan mangsa jatuh dan cedera di kaki.
“Berdasarkan siasatan lelaki itu terlibat lima kes samun di daerah Timur Laut dan satu kes curi motosikal di daerah Barat Daya, suspek yang mempunyai sembilan rekod lampau itu dipercayai terlibat jenayah samun ragut sejak Mac tahun lepas,” katanya.
Menurutnya lelaki itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 394 serta 379A (1) Kanun Keseksaan.
“Lima lelaki ditahan itu merupakan geng samun berasingan dan polis Pulau Pinang menubuhkan pasukan khas bagi menumpaskan kegiatan samun serta ragut di negeri itu,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/polis-p-pinang-tumpas-geng-samun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Pengakuan Prajurit Kostrad Tni Ad Gertak Anggota Geng Motor Bersenjata Tajam

Video Pengakuan Prajurit Kostrad Tni Ad Gertak Anggota Geng Motor Bersenjata Tajam

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 220 hits
Seorang prajurit Kostrad bernama Pratu M Hafifi menangkap tiga anggota geng motor bersenjata tajam di Desa Kutruk Kabupaten Tanggerang Banten Melalui akun YouTube TNI AD Hafifi menceritakan detik detik dirinya berhasil menangkap geng motor ...
Geng Motor Bawa Sajam Serang Unisba Dua Mahasiswa Luka Luka

Geng Motor Bawa Sajam Serang Unisba Dua Mahasiswa Luka Luka

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 125 hits
Aksi penyerangan terekam CCTV dan diunggah oleh berbagai akun media sosial Dalam keterangannya rombongan bermotor itu datang dari arah bawah Jalan Tamansari menuju utara sekira pukul 22 00 WIB
Momen Penangkapan Lukas Enembe Di Papua Dikawal Brimob Bersenjata Lengkap

Momen Penangkapan Lukas Enembe Di Papua Dikawal Brimob Bersenjata Lengkap

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 153 hits
Momen Penangkapan Lukas Enembe di Papua Dikawal Brimob Bersenjata Lengkap KPK akhirnya menangkap Gubernur Papua Lukas Enembe pada Selasa terkait kasus dugaan korupsi yang menjeratnya Penangkapan Lukas Enembe ini mendapatkan pengawalan ketat...
Taliban Larang Perempuan Kuliah Kampus Di Afghanistan Dijaga Pasukan Bersenjata

Taliban Larang Perempuan Kuliah Kampus Di Afghanistan Dijaga Pasukan Bersenjata

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 143 hits
Taliban Larang Perempuan Kuliah Kampus di Afghanistan Dijaga Pasukan Bersenjata Penguasa Taliban melarang perempuan Afghanistan untuk berkuliah atau menempuh pendidikan tinggi Sehari setelah larangan itu diumumkan pasukan bersenjata Taliban...
Kampus Polsri Palembang Terbakar Diduga Akibat Bocah Main Korek Api

Kampus Polsri Palembang Terbakar Diduga Akibat Bocah Main Korek Api

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 130 hits
Gedung kampus Politeknik Negeri Sriwijaya Palembang terbakar Selasa pukul 08 30 WIB Kebakaran itu diduga akibat korek api yang dimainkan seorang siswa SD
Kes Demam Denggi Di P Pinang Meningkat 248 1 Peratus

Kes Demam Denggi Di P Pinang Meningkat 248 1 Peratus

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 112 hits
KES demam denggi di Pulau Pinang merekodkan peningkatan 248 1 peratus iaitu 1 347 kes dicatatkan sejak Januari hingga 17 Disember lepas berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu hanya 387 kes Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Ma arof Sudin b...
Jangan Lupa Singgah Ke Kampung Agong Kalau Ke Pulau Pinang Lokasi Photoshoot Dan Berootd Paling Cun

Jangan Lupa Singgah Ke Kampung Agong Kalau Ke Pulau Pinang Lokasi Photoshoot Dan Berootd Paling Cun

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 347 hits
Rasanya Kampung Agong ni dah top kot Semua orang tau Lokasinya terletak di tanah besar Pulau Pinang bukan dalam kawasan pulau iaitu di Bakar Kapor Penaga Pulau Pinang Kalau korang nak tau Tempat ini mendapat nama dari pengasas tanah ini yan...
Ph Dan Bn Mungkin Bergabung Hadapi Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang

Ph Dan Bn Mungkin Bergabung Hadapi Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 258 hits
PAKATAN Harapan Pulau Pinang dan Barisan Nasional berkemungkinan akan bergabung sebagai satu pasukan pada pilihan raya negeri akan datang kata Lim Guan Eng Pengerusi DAP itu berkata dengan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat perseku...
Startup Ecosystem And Innovation

Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Sihat Dan Kaya

Tangani Isu Pencerobohan Tanah Secara Bijak Bukan Dengan Memusnahkan Hasil Kenyataan Media Ppim 11 04 2025

Pelamindiy Dan Hantaran Simple

Plan For Your Retirement Wisely


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Eh Geng Lepas Ni Nak Masuk Thailand Jangan Main Redah Je Mulai 1 Mei

Bangun Kuil Atas Tanah Masjid Jais Arah Pengosongan Serta Merta

Dewi Dakwa Cik Epal Punca Bekas Suami Lafaz Taklik Keluar Rumah Tanpa Beri Nafkah