Polis Mkn Bermesyuarat Isu Himpunan Icerd


Bernama
-December 4, 2018 10:23 PM


KUALA LUMPUR: Polis akan mengadakan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan isu perhimpunan kesyukuran kerana kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Dikriminasi Kaum (ICERD).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata mesyuarat berkenaan akan diadakan esok di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan sidang media akan diadakan selepas mesyuarat berkenaaan.

“Saya akan adakan sidang media pada pukul 1.00 petang esok mengenai perhimpunan ICERD selepas mesyuarat bersama MKN dan agensi-agensi luar,” katanya pada sidang media selepas membuat kunjungan ke pusat membeli-belah Aeon di Kepong sempena program kepolisan moden berprofil tinggi.

Ia akan disertai oleh agensi penguatkuasa lain dan pasukan keselamatan negara antaranya tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), bomba serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Semalam, DBKL membenarkan perhimpunan itu di Jalan Raja pada Sabtu ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pihaknya hanya membenarkan penganjur menggunakan Jalan Raja sahaja iaitu di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai lokasi perhimpunan dari pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang.

DBKL menerima permohonan daripada penganjur yang terdiri daripada Muafakat (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia), Ummah (Gerakan Pembela Ummah) dan Daulat (Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia) sahaja pada 27 Nov lepas.

PAS dan Umno akan turut serta dalam perhimpunan itu yang menurut mereka akan menyaksikan kehadiran 500,000 orang.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan DBKL berhubung memendekkan waktu operasi pusat hiburan di ibu negara, Mazlan menyokong cadangan berkenaan.

“Saya mengalu-alukannya sebab lebih mudah kami mengawal pusat hiburan dan saya sokong sepenuhnya premis berkenaan untuk tutup operasi pada 1.00 pagi,” katanya.

Semalam, media melaporkan cadangan DBKL memendekkan waktu operasi pusat hiburan akan dikemukakan kepada Kementerian Wilayah dalam masa terdekat.

Nor Hisham berkata pihaknya akan mengesyorkan supaya premis-premis hiburan di sekitar ibu kota dibenarkan beroperasi hanya sehingga 1.00 pagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/polis-mkn-bermesyuarat-isu-himpunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambiga Puji Polis Penganjur Himpunan Anti Icerd

Ambiga Puji Polis Penganjur Himpunan Anti Icerd

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 469 hits
Selamat datang ke Malaysia Baru kata peguam yang juga aktivis itu
Cuma 55 000 Sertai Himpunan Icerd Polis Kesal Kanak Kanak Dibawa Bersama

Cuma 55 000 Sertai Himpunan Icerd Polis Kesal Kanak Kanak Dibawa Bersama

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 287 hits
Polis menganggarkan perhimpunan ICERD atau kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum disertai 55 000 oang Foto Astro Awani Polis menganggarkan seramai 55 000 pesert...
55 000 Peserta Hadir Himpunan Icerd Kata Polis

55 000 Peserta Hadir Himpunan Icerd Kata Polis

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 406 hits
Safeek Affendy RazaliPESERTA mengaminkan doa ketika Himpunan ICERD di Dataran Merdeka FOTO Asyraf HAmzahPOLIS Kuala Lumpur menganggarkan 55 000 peserta hadir ke perhimpunan membantah ratifikasi ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pe...
Dbkl Polis Benar Himpunan Icerd 8 Dis

Dbkl Polis Benar Himpunan Icerd 8 Dis

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 376 hits
KUALA LUMPUR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia membenarkan himpunan bantah ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Sabtu ini Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan ber...
Himpunan Bantah Icerd Ini Kata Ketua Polis

Himpunan Bantah Icerd Ini Kata Ketua Polis

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 345 hits
Siti Nursyahidah Abu BakarMohamad Fuzi Harun KUALA LUMPUR Pihak yang ingin mengadakan himpunan bantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum perlu menggunakan saluran yang betul dalam menyuar...
Penganjur Himpunan Aman Rakyat Bantah Icerd Terima Notis Kebenaran Adakan Himpunan Aman Oleh Polis Dan Dbkl

Penganjur Himpunan Aman Rakyat Bantah Icerd Terima Notis Kebenaran Adakan Himpunan Aman Oleh Polis Dan Dbkl

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 523 hits
Alhamdulillah sebentar tadi Pihak Penganjur HIMPUNAN AMAN RAKYAT BANTAH ICERD telah dipanggil oleh Ipd Dang Wangi utk serahan notis kebenaran mengadakan himpunan 8 Disember nanti 2 Notis kebenaran telah diserahkan sendiri oleh Ketua Polis D...
Patriot Bimbang Rusuhan Di Himpunan Bantah Icerd Gesa Tentera Sokong Polis

Patriot Bimbang Rusuhan Di Himpunan Bantah Icerd Gesa Tentera Sokong Polis

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 341 hits
Persatuan Patriot Kebangsaan menggesa campur tangan pihak tentera sekiranya berlaku rusuhan pada perhimpunan untuk membantah Konvensyen Antabangsa Mengenap Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum pada 8 Disember ini Presiden persatuan v...
Polis Bawa Kanak Kanak Penganjur Himpunan Bantah Icerd Akan Dipanggil Beri Keterangan

Polis Bawa Kanak Kanak Penganjur Himpunan Bantah Icerd Akan Dipanggil Beri Keterangan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 461 hits
Ketua Polis KL Mazlan Lazim berkata tindakan membawa kanak kanak itu menyalahi Seksyen 4 Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20 000 KUALA LUMPUR Polis akan memanggil penganjur perhimpunan menolak ratifikas...
Isu Kuil Seafield Mkn Selangor Bermesyuarat Petang Ini

Isu Kuil Seafield Mkn Selangor Bermesyuarat Petang Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 343 hits
Isu kuil Seafield MKN Selangor bermesyuarat petang ini Dikemas kini 26 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 27 Nov 2018 4
Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang

Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit

Ringgit Opens Higher Against Greenback After Washington Pauses Tariffs

Kembali Ke Realiti Kehidupan

Ambil Alih Tanggungjawab Mak

Perkongsian Empower Quran Global

15 Evacuated After Kajang Flash Flood

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Samsuri Bukan Penjenayah Legaaa

Tahun Pertama Raya Tanpa Dia

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Cornflakes Madu Resepi Mudah Bahan Bahan 5 Cawan Cornflakes 1 4 Cawan

China Balas Tarif Trump Dengan 125 Sindir Akan Jadi Bahan Jenaka