Polis Dipaksa Guna Proton X70 Sebagai Kereta Peronda


 


April 18, 2021 KESELAMATAN warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak patut diperjudikan dengan peralatan atau kelengkapan yang tidak berkualiti dan tidak selamat untuk digunakan.
Difahamkan PDRM kini dalam proses perolehan ratusan Proton X70 sebagai kereta peronda polis (MPV) bagi menggantikan kenderaan lama yang sudah tidak sesuai lagi digunakan.
Namun, timbul isu apabila kenderaan gantian yang bakal diperoleh itu tidak melepasi ujian penilaian yang dilakukan PDRM.
Menurut sumber, kepimpinan PDRM membantah mengenai pemerolehan itu susulan ujian yang dilaksanakan di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor mendapati kenderaan itu gagal dari segi ujian ketahanan, penggunaan minyak, ujian keselamatan dan banyak lagi faktor lain.
“Malangnya, PDRM ‘dipaksa’ menerima juga X70 itu walaupun ia tidak sesuai dan tidak melepasi ujian dilaksanakan.
“Antara kelemahan kenderaan itu adalah tidak stabil ketika melalui selekoh tajam hingga terbalik ketika dalam pemanduan laju, sukar bergerak di kawasan berbukit yang licin dan becak selain mempunyai tangki minyak yang kecil,” katanya.
Menurutnya, jika benar PDRM ‘dipaksa’ menerima atau menggunakan kenderaan yang tidak sesuai untuk tugasan rondaan itu, maka keselamatan 135,000 warganya kini berdepan risiko.
“Kerajaan perlu mempertimbangkan mengenai isu ini dan agensi yang berkaitan juga perlu menyiasat jika berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana pihak dalam proses pembekalan kenderaan terbabit,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, perkara itu juga sudah dibangkitkan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim dalam sidang medianya di Nibong Tebal pada 7 April lalu.
Memetik laporan Bernama, Zainal Abidin ketika itu berkata, penggunaan kereta Proton X70 jenis pacuan dua roda hadapan itu selepas PDRM menjalankan pandu uji di Muar, Johor mendapati ia tidak sesuai dijadikan MPV polis.
PDRM sebelum ini memaklumkan Proton X70 akan digunakan dalam tugasan rondaan bagi menggantikan MPV lama model Proton Waja yang sudah melebihi had penggunaan.
Difahamkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador juga sudah menyuarakan bantahan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai perkara itu untuk tindakan lanjut. 












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/polis-dipaksa-guna-proton-x70-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lari Dari Polis Suspek Maut Kereta Rempuh Pokok

Lari Dari Polis Suspek Maut Kereta Rempuh Pokok

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 350 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA KERETA Proton Waja yang dipandu suspek merempuh dua batang pokok di Bukit Lintang Melaka UTUSAN DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA MELAKA Seorang lelaki maut kerana cuba melarikan diri daripada sepasukan lima kereta pero...
Ibu Dakwa Anak Dipukul Cikgu Guna Pembaris Kayu Sehingga Pecah Berderai Polis Sahkan Telah Terima Laporan

Ibu Dakwa Anak Dipukul Cikgu Guna Pembaris Kayu Sehingga Pecah Berderai Polis Sahkan Telah Terima Laporan

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 400 hits
437 total views 437 views today Tular di media sosial gambar seorang murid lelaki yang mengalami kesan berbirat di tangan kiri dan ibu mangsa mendakwa anaknya telah dipukul oleh guru sekolah dipercayai berlaku di Alor Setar Kedah Gambar gam...
Polis Ronda Pada Hari Raya Periksa Rumah Yang Ada Banyak Kereta

Polis Ronda Pada Hari Raya Periksa Rumah Yang Ada Banyak Kereta

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 499 hits
Polis Diraja Malaysia akan mengekalkan rondaan dan pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah sempena perayaan Aidilfitri seperti yang dilakukan tahun lalu lapor Harian Metro Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam B
Hiburan Tanda Terima Kasih Atas Pengorbanan Eyra Hazali Hadiahkan Ibu Bapa Kereta X70

Hiburan Tanda Terima Kasih Atas Pengorbanan Eyra Hazali Hadiahkan Ibu Bapa Kereta X70

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 341 hits
Pelakon yang agak lama menyepi dari dunia lakonan Eyra Hazali menerusi sebuah hantaran di Instagramnya telah meluahkan rasa kesyukuran kerana berpeluang membalas jasa dan budi kedua ibu bapanya View this post on InstagramAdvertisementDifaha...
Video Banyak Lagi Orang Nak Masuk Polis Yang Tak Guna Ni Kita Buang Cepat Ayob Khan

Video Banyak Lagi Orang Nak Masuk Polis Yang Tak Guna Ni Kita Buang Cepat Ayob Khan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 377 hits
728 total views 728 views today Tiada peluang kedua bagi anggota polis yang terlibat dadah kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika menjawab soalan wartawan berkenaan salah laku anggota dalam sidang media Polis Johor hari...
Kancil Kuning Viral Kereta Dan Pemilik Ditahan Polis

Kancil Kuning Viral Kereta Dan Pemilik Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 419 hits
1 080 total views 1 080 views today Sebuah kereta kancil berwarna kuning tanpa bumbung dengan tayar kereta hadapan yang pecah tetapi masih dipandu di jalan raya oleh seorang individu pernah menjadi tular di media sosial Susulan itu Jabatan ...
Geng 24 Bukit Raja Guna Wang Pengaruh Umpan Pelajar Jadi Ahli Kata Polis

Geng 24 Bukit Raja Guna Wang Pengaruh Umpan Pelajar Jadi Ahli Kata Polis

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 364 hits
April 9 2021 Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed menunjukkan gambar ahli Geng 24 Bukit Raja yang masih diburu polis SHAH ALAM Geng 24 Bukit Raja menggunakan kemewahan wang ringgit perlindungan pengaruh dan kuasa sebagai umpan untuk merek...
Veikk Drawing Tablet For Android Yang Mudah Guna Dan Harga Murah

Veikk Drawing Tablet For Android Yang Mudah Guna Dan Harga Murah

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 972 hits
VEIKK DRAWING TABLET FOR ANDROID YANG MUDAH GUNA DAN HARGA MURAH Maisara dan melukis tak boleh dipisahkan Memang kalau dia duduk saja saja tu nampak macam mengadap phone tu maknanya dia tengah melukis la Zaman kita dulu melukis kat atas ker...
Kenapa Masih Guna Tong Gas Berat

Kenapa Masih Guna Tong Gas Berat

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 708 hits
SEBENARNYA masalah ini telah lama berlaku sejak bertahun tahun lalu apabila gas petroleum cecair yang diguna untuk memasak di rumah tidak boleh dibeli dengan tong sekali Maknanya anda boleh membeli gas sahaja dan bukan tong Pembelian hanya ...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hoya Malaysia Menegaskan Misi Pengesanan Awal Myopia Melalui Kempen A Million Visions

Sabronzo Kahwin Di Bali Sah Bergelar Isteri Dj Dash Berlin

Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat