Bekas Pelajar Sesma Menang Kes Buli Rm616 634 20


Buli menjadi igauan ngeri bagi yang pernah melaluinya. Malah bagi sesetengah mangsa, mereka terpaksa mengambil masa yang lebih lama dan rawatan intensif untuk mengurangkan kesan trauma.

Pernah suatu ketika aktiviti berunsur buli menjadi aktiviti yang terpaksa diharungi bagi pelajar baru pusat pengajian tinggi.


Namun kebanyakan kes yang dilaporkan pembuli bertindak bagi tujuan menghukum mangsa atau sebagai salah satu jalan siasatan kononnya.

myMetro telah melaporkan keputusan mahkamnah bagi satu kes buli yang berlaku pada April 2015. Berita lengkap seperti di bawah dan boleh dibaca secara terus di laman web myMetro.


MAHKAMAH Tinggi Kuala Terengganu, hari ini, memerintahkan sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) membayar tuntutan RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar sekolah itu yang menjadi mangsa buli, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan difailkan plaintif ketika kejadian berusia 14 tahun menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 50, pada 2 April 2017. Zainal Azman memerintahkan lima pembuli yang juga bekas pelajar sekolah itu selaku defendan pertama hingga lima yang kini berusia 21 tahun; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (defendan keenam), bekas pengetua SESMA, Meriam Jusoh (defendan ketujuh), Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (defendan kelapan) dan kerajaan Malaysia (defendan kesembilan) membayar tuntutan itu.

Dalam penghakimannya, Zainal Azman berkata, kejadian buli pada 26 April 2015 membabitkan plaintif yang ketika itu berusia 14 tahun menampakkan kecuaian pihak sekolah dan seperti dirancang kerana ia berlaku di bilik asrama ketua pengawas. “Pihak sekolah dilihat begitu cuai kerana tidak membuat kawalan sedangkan kejadian berlaku di dalam bilik asrama ketua pengawas, bukannya di tepi longkang atau di kaki lima. “Jadual warden bertugas sudah disusun begitu cantik, tetapi tidak berguna jika tak menjalankan tugas diamanahkan.

Lebih baik letak jawatan dan jadi guru biasa sahaja. “Bagi defendan keenam dan ketujuh pula, mereka cuai dalam menjalankan tanggungjawab memastikan kebajikan warga sekolah terutama keselamatan pelajarnya,” katanya. Plaintif diwakili peguam, Wan Azliana Wan Adnan dan Hisyam Yusof dari W A Wan Adnan & Assoc. Akibat dipukul, ditendang dan ditampar oleh pelajar Tingkatan Lima dalam kejadian buli itu, mangsa yang ketika itu pelajar Tingkatan Dua kehilangan pendengaran sebelah kanan kerana gegendang telinga pecah menyebabkannya tidak boleh melakukan aktiviti air seumur hidup, selain mengalami beberapa kecederaan lain.

 Malah, plaintif yang juga pelajar pintar dan memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada 2013 turut mengalami tekanan perasaan dan trauma sehingga terpaksa bertukar ke sekolah lain pada Julai 2015. Sementara itu, ibu plaintif, Rusaila Abdullah, 43, yang hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan hari ini bersyukur kerana keputusan memihak kepada anak lelakinya.

 “Alhamdulillah bersyukur semuanya sudah selesai. Apa yang kami lakukan ini (tuntutan) bukan untuk wang, tetapi demi pembelaan anak kami yang masih trauma sehingga hari ini dan hilang pendengaran akibat dibuli,” katanya. Media pada April 2017 melaporkan, seorang pelajar yang menjadi mangsa buli memfailkan tuntutan sebanyak RM2 juta terhadap sembilan pihak termasuk lima pembulinya di Mahkamah Tinggi.


simieY: tuntutan lebih bersifat harga bagi sebuah pengajaran..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2019/09/bekas-pelajar-sesma-menang-kes-buli.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Kes Buli Di Malaysia Pdrm

Bukan Kes Buli Di Malaysia Pdrm

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 410 hits
Polis Diraja Malaysia mengesahkan video yang memaparkan kekerasan terhadap sekumpulan remaja lelaki dalam sebuah bilik yang tular di laman sosial hari ini tidak berlaku di negara ini Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia Datuk Asm...
Bekas Pelajar Dan Peserta Akademi Fantasia Meninggal Dunia

Bekas Pelajar Dan Peserta Akademi Fantasia Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 722 hits
Semalam kita dikejutkan dengan pemergian seorang penyanyi yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur Kalau korang layan program Akademi Fantasia dari dulu mesti korang kenal Shazroul Fazli iaitu bintang kelahiran Ak...
Penolong Kanan Bekas Pengetua Kena Bayar Tuntutan Kepada Mangsa Buli

Penolong Kanan Bekas Pengetua Kena Bayar Tuntutan Kepada Mangsa Buli

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 555 hits
PEGUAM Wan Azliana Wan Adnan menerangkan sesuatu kepada pasangan ibu bapa pelajar mangsa buli KUALA TERENGGANU 8211 Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini mengarahkan sembilan pihak termasuk lima pembuli Penolong Kanan Hal Ehwal Murid da...
Dipukul Sampai Pekak Mangsa Buli Menang Tuntutan Lebih Setengah Juta

Dipukul Sampai Pekak Mangsa Buli Menang Tuntutan Lebih Setengah Juta

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 417 hits
Kejadian buli disekolah sudah menjadi trend berzaman namun jika dulu mangsa buli setakat diminta tolong senior Namun sekarang ada mangsa buli mengalami kecederaan teruk dibelasah dan didera oleh senior sekolah mereka MANGSA BULI MENDAPAT PE...
Kpk Menang Kes Tanpa Perbicaraan Kata Husam

Kpk Menang Kes Tanpa Perbicaraan Kata Husam

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 301 hits
MALAYSIADATELINE Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Senator Datuk Husam Musa menjelaskan isu Kompleks Perkayuan Kelantan yang menang saman terhadapnya seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita semalam tidak menggambarkan situasi yang ber...
Interesting Speech To Read From Ex Presiden Alumni Bekas Pelajar Murid2 Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar

Interesting Speech To Read From Ex Presiden Alumni Bekas Pelajar Murid2 Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 311 hits
17 09 1 38 pm Tan Sri Dato Dr Megat Najmuddin Megat Khas SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR BANGSA MELAYU Dalam sejarah politik negara hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan pe tama memenangi...
Polis Buru 21 Bekas Peguam Curang Yang Terlibat Kes Pecah Amanah Dan Tipu

Polis Buru 21 Bekas Peguam Curang Yang Terlibat Kes Pecah Amanah Dan Tipu

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR 3 Okt Polis sedang memburu 21 bekas peguam yang dikehendaki bagi membantu siasatan 39 kes penipuan dan pecah amanah sejak tujuh tahun lepas kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahma...
3 Lelaki Ditahan Kerana Muat Naik Kenyataan Hasutan Mengenai Kes Lelaki Tikam 2 Bekas Rakan Sekerja

3 Lelaki Ditahan Kerana Muat Naik Kenyataan Hasutan Mengenai Kes Lelaki Tikam 2 Bekas Rakan Sekerja

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 352 hits
The ReporterPadah memuat naik kenyataan berbaur hasutan dan perkauman mengenai kematian lelaki yang ditembak polis di sebuah kilang di Bayan Lepas Pulau Pinang Isnin lalu tiga lelaki telah ditahan polis semalam Timbalan Pengarah Forensik Da...
Rumah Sewa Pelajar Malaysia Di Mesir Berkeladak Bangkai Kucing Pun Ada

Rumah Sewa Pelajar Malaysia Di Mesir Berkeladak Bangkai Kucing Pun Ada

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 435 hits
Rumah merupakan nbsp satu tempat berlindung yang sememangnya diperlukan oleh setiap individu Sudah semestinya kawasan rumah perlulah kemas dan selesa Namun begitu menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter yang tinggal di M...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator