Polis Bongkar Komplot 19 Syarikat Pengedar Terlibat Kartel Daging Import


azrulhakimieJabatan Siasatan Jenayah turut menahan 36 individu JOHOR BAHRU – Sebanyak 19 buah syarikat pengedar sejuk beku dikenal pasti ‘berkomplot’ dan terlibat dalam kegiatan kartel daging import, dalam satu operasi yang dilaksanakan di enam negeri secara serentak dua hari lepas (9 April).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, syarikat yang terlibat membabitkan tujuh di Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (empat), Selangor (empat), Perak (satu), Pulau Pinang (dua) dan Kedah (satu).
Beliau berkata, 19 syarikat itu didapati ‘berkomplot’ dengan sebuah syarikat, yang merupakan pengimport daging sejuk beku yang sah dari Brazil.
“Mengikut permit pengimport, syarikat ini hanya layak untuk mengimport sebanyak 27 tan daging bagi satu permit yang dikeluarkan. Hasil siasatan mendapati syarikat berkenaan hanya menggunakan empat daripada lima permit pengimport yang dikeluarkan, bagi tahun 2020.
“Walau bagaimanapun, syarikat itu (syarikat pengimport) didapati telah mengedarkan lebih daripada 1,000 tan kepada 202 pelanggan, yang dibuktikan melalui invois yang dirampas. Siasatan juga mendapati keuntungan tahunan 19 syarikat ini adalah antara RM1 juta hingga RM52 juta,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Dalam Op Kartel Daging yang dijalankan, Jabatan Siasatan Jenayah turut menahan 36 individu terdiri daripada 26 lelaki dan 10 perempuan, berusia antara 28 hingga 67 tahun. Daripada jumlah itu, 34 daripadanya adalah pengarah syarikat dan dua lagi adalah pengurus syarikat.
Selain mengimport dari syarikat di negara Brazil, syarikat pengimport itu juga menerima bekalan daripada syarikat tempatan, dan bekalan yang diterima akan dibungkus semula sebelum diedarkan kepada pelanggan.
Katanya, syarikat terbabit juga didapati telah menempah kotak berlogo halal, untuk membungkus semula daging yang diimport dari negara Brazil, dan yang diterima dari syarikat tempatan bagi memenuhi permintaan pelanggan.
“Kita dapati syarikat ini banyak menerima tempahan, kerana menawarkan harga yang lebih murah berbanding syarikat pembekal daging halal lain, serta kemudahan pembayaran kredit selama tiga bulan berbanding syarikat lain, yang hanya menerima pembayaran secara ‘Cash on Delivery’ menjadi faktor utama kepada tempahan tinggi diterima syarikat berkenaan.
Katanya, siasatan pihak polis mendapati kegiatan itu telah menyebabkan timbulnya isu keraguan status halal terhadap bekalan daging yang ada di pasaran.
Huzir berkata kegiatan itu bukan sahaja memberi kesan kepada umat Islam, tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia, di mana daging yang dibungkus semula itu juga tidak dapat disahkan tahap kebersihan dan tidak diperakui oleh pihak veterinar.
Beliau berkata, polis akan meneruskan siasatan berkaitan isu kartel daging itu dan dijangka akan lebih ramai yang akan ditahan selepas ini.
Dalam masa sama beliau berkata, polis masih meneruskan usaha memburu dua lelaki yang dipercayai dalang utama kes berkenaan iaitu, Tan Siew Huak berasal dari Ulu Tiram, dekat sini dan Wong Ah Kheong dari Kuantan, Pahang.
Pada 1 Dis tahun lepas, satu serbuan yang dilakukan beberapa pihak berkuasa ke atas gudang sejuk beku di Senai, dekat sini, telah membongkar taktik jahat kartel yang menyeludup daging dari luar sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/polis-bongkar-komplot-19-syarikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Daging Komplot 19 Syarikat Pengedar

Kartel Daging Komplot 19 Syarikat Pengedar

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 228 hits
KARTEL DAGING KOMPLOT 19 SYARIKAT PENGEDAR JOHOR BAHRU Sebanyak 19 buah syarikat disyaki berkomplot mengedar daging import sejuk beku dari Brazil menggunakan kotak berlogo halal bagi mengelirukan syarikat pembekal yang lain Namun pakatan ja...
Sindiket Kartel Daging Sejuk Beku Import Sasaran Terbaru Polis Selepas Macau Scam

Sindiket Kartel Daging Sejuk Beku Import Sasaran Terbaru Polis Selepas Macau Scam

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 184 hits
Seramai 36 individu ditahan polis di enam negeri menerusi Ops Kartel Daging yang dilancarkan pada 9 April lalu kerana disyaki terbabit dengan sindiket kartel daging sejuk beku import Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir ...
Muat Naik Senarai Nama Anggota Polis Didakwa Terlibat Kartel Bekas Inspektor Ditahan

Muat Naik Senarai Nama Anggota Polis Didakwa Terlibat Kartel Bekas Inspektor Ditahan

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 203 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang bekas pegawai polis berpangkat inspektor ditahan kerana memuat naik dan menyebarkan dakwaan bahawa beberapa pegawai polis terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah terancang Pengarah Jabatan Siasatan Jenaya...
Pukul Bodyguard Berpuasa Polis Bongkar Suspek Dalang Sindiket Rampas Emas Wang Rm28 45 Juta

Pukul Bodyguard Berpuasa Polis Bongkar Suspek Dalang Sindiket Rampas Emas Wang Rm28 45 Juta

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 247 hits
Astro AwaniApril 15 2021 Polis merampas 100 jongkong emas seberat 100 kilogram selain 12 500 keping wang kertas AS 100 dengan nilai keseluruhannya mencecah RM28 45 juta Gambar Sinar HarianKLANG Penangkapan lima suspek suspek kes pukul dua p...
Larang Puasa Polis Bongkar Aktiviti Judi Ceti Haram Majikan

Larang Puasa Polis Bongkar Aktiviti Judi Ceti Haram Majikan

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 291 hits
Susulan kes pukul dua orang pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa semalam telah membawa kepada pembongkaran aktiviti judi haram dan sindiket ceti haram atau Along yang dijalankan syarikat milik majikan terbabit Ketua Polis Selangor...
Cemar Bulan Ramadan Pemuda Umno Lapor Polis Klip Video Lagu Raya Syarikat Judi

Cemar Bulan Ramadan Pemuda Umno Lapor Polis Klip Video Lagu Raya Syarikat Judi

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 472 hits
sebuah iklan yang mempromosikan aktiviti perjudian dengan menggunakan lagu hari raya Aidilfitri sebagai muzik latar mengundang kecaman netizen gara gara menyinggung sensitiviti umat Islam Iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat judi berjudul...
Polis Tahan 8 Individu Disyaki Terlibat Iklan Judi Raya

Polis Tahan 8 Individu Disyaki Terlibat Iklan Judi Raya

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 332 hits
170 total views 170 views today Lima lelaki dan tiga wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam penggambaran sebuah video yang mempromosikan perjudian secara dalam talian yang tular di media sosial sejak semalam sehingga membangkitkan kem...
Polis Malaysia Pendakwa Raya Korea Selatan Tumpaskan Kartel Dadah Antarabangsa

Polis Malaysia Pendakwa Raya Korea Selatan Tumpaskan Kartel Dadah Antarabangsa

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 263 hits
Polis Malaysia pendakwa raya Korea Selatan tumpaskan kartel dadah antarabangsa Dikemas kini 37 minit yang lalu Diterbitkan p
Kartel Miliki 150 Syarikat Bolot Rm3 6billion Projek Kerajaan

Kartel Miliki 150 Syarikat Bolot Rm3 6billion Projek Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 581 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menumpaskan sindiket kartel projek dengan penahanan tujuh individu termasuk seorang ketua sindiket pada Ahad Menurut sumber sindiket kartel projek yang beroperasi sejak 2014 itu telah memonop...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang

Saravanan Takes Dig At Unity Govt While Stumping For It

Absolute Power Corrupts Absolutely

Ffp Membantu Menangani Isu Gaji Dalam Bola Sepak Tempatan