Polis Akan Panggil 2 Saksi Pakar Inkues Kematian Adib


tyrazalhe Siasatan kes bunuh Adib diteruskan selepas terima arahan pejabat AG
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed KUALA LUMPUR– Polis akan memanggil dua saksi pakar inkues kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Muhammad Adib Mohd Kassim, dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Dua individu tersebut ialah Pakar Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid dan pakar fizik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Amir Radzi Ab Ghani.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, seorang daripada mereka akan hadir hari ini bagi dirakam keterangan manakala seorang lagi akan dipanggil dalam masa terdekat.
“Semasa inkues di Mahkamah Koroner, 30 saksi telah dipanggil dan 28 daripadanya merupakan saksi yang telah dirakam percakapan oleh polis.
“Polis juga telah membuat janji temu dengan beberapa saksi dan akan meneruskan siasatan selepas menerima arahan daripada pejabat Peguam Negara pada Jumaat lepas (4 Okt),” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.
Sementara itu, Huzir turut meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi berhubung empat suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan Muhammad Adib.
Beliau menjelaskan, empat individu berkenaan ditahan atas kesalahan insiden merusuh di MCT berhampiran lokasi kejadian serangan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya.
“Salah faham berhubung empat suspek yang dibebaskan dalam kes kematian Muhammad Adib sebelum ini adalah disebabkan kekeliruan dalam laporan beberapa media tempatan,” katanya menambah empat suspek terbabit adalah daripada enam orang ditahan di lokasi kejadian.
Jelasnya, empat suspek yang dibebaskan itu sebenarnya disiasat di bawah Seksyen 147, 427 dan 447 Kanun Keseksaan iaitu merusuh, pencerobohan jenayah dan mendatangkan bencana.
Selain itu, 56 daripada 66 orang yang disiarkan gambar mereka sebelum ini diminta tampil membantu siasatan kes kematian Muhammad Adib.
Katanya, individu terbabit diminta tampil sebelum polis menyiarkan kembali gambar mereka dalam masa terdekat.
Pada 27 September lepas, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu, selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil berkenaan.- Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/polis-akan-panggil-2-saksi-pakar-inkues.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Akan Siasat Cari Pihak Terlibat Kematian Muhammad Adib Kpn

Polis Akan Siasat Cari Pihak Terlibat Kematian Muhammad Adib Kpn

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 291 hits
ARAU 27 Sept Polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kematian anggota Muhammad Adib Mohd Kassim susulan keputusan inkues yang diumumkan Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini Ketua ...
Pernah Tarik Balik Kenyataan Tolak Jadi Saksi Inkues Adib Integriti Cik Miera Dipuji Netizen

Pernah Tarik Balik Kenyataan Tolak Jadi Saksi Inkues Adib Integriti Cik Miera Dipuji Netizen

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 384 hits
Tarikh 27 Septembmer 2019 merupakan tarikh keramat buat rakyat Malaysia khusus buat keluarga Arwah Adib selepas Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kes kematian disebabkan oleh perbuatan jenayah Menurut Bernama Koroner Rofiah Mohamad meng...
Inkues Kematian Adib Pdrm Tunggu Arahan Lanjut Jabatan Peguam Negara

Inkues Kematian Adib Pdrm Tunggu Arahan Lanjut Jabatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 279 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Selepas 41 Hari Inkues Punca Kematian Muhammad Adib Diketahui Esok

Selepas 41 Hari Inkues Punca Kematian Muhammad Adib Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 331 hits
Anggota bomba mengusung jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim dari Jabatan Forensik HKL 18 Disember 2018 Foto oleh Hari AnggaraSHAH ALAM 26 Sept Selepas 41 hari prosiding inkues berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dijalan...
Tunang Luahkan Rasa Syukur Keputusan Inkues Memihak Kepada Arwah Muhammad Adib

Tunang Luahkan Rasa Syukur Keputusan Inkues Memihak Kepada Arwah Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 1101 hits
Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim anggota bomba yang terkorban akibat rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya pada tahun lalu telah terbukti kebenarannya pagi tadi Punca kematian arwah Muhammad Adib telah disahkan kerana kecederaan ...
Inkues Adib Rakyat Menanti Keputusan Hari Ini Justice4adib

Inkues Adib Rakyat Menanti Keputusan Hari Ini Justice4adib

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 264 hits
Selepas 41 hari prosiding perbicaraan inkuiri kematian anggota bomba dan penyelamat Subang Jaya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim kini sudah tiba untuk Mahkamah Koroner membuat keputusan yang mana ia dinantikan oleh segenap lapisan masy...
Keputusan Inkues Muhammad Adib Diketahui Hari Ini

Keputusan Inkues Muhammad Adib Diketahui Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 303 hits
HARI ini sudah pasti menjadi detik paling mendebarkan malah dinanti nantikan terutamanya keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim yang mengharapkan keputusan Inkues itu memihak kepada wira negara itu Keputusan inkues Muhammad Adib diketahui hari ...
Atm Hormat Keputusan Ar Badul Mohon Inkues Kematian Mejar Zahir

Atm Hormat Keputusan Ar Badul Mohon Inkues Kematian Mejar Zahir

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 307 hits
LUMUT 27 Sept Angkatan Tentera Malaysia menghormati keputusan AR Badul yang mahu inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya Mej Mohd Zahir Armaya Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata permoho...
Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik

Masa Inilah Peluang Bagi Sprm Siasat Jika Dahulunya Tak Bayar Hutang

Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana Chord

Lirik Lagu Hari Mulia Amir Jahari Ft Beto Kusyairy

Alami Keajaiban Maghribi Sempena Hari Raya Di Suria Klcc

Resipi Kuih Lapis

Pertahanan Sabah Fk Kacukan Sepanyol Dalam Radar Harimau Malaya

Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Bailout

Roti John Air Tangan Anak Anak

Uncle Botak Bbq Petaling Jaya

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Cara Mendaftar Asuransi Kesehatan Bca Life