Polemik Susu Sekolah Siapa Untung Sebenar



Bermula dengan menyatakan akan mendedahkan skandal susu PS1M, kemudian tampil beberapa menyatakan tiada rasuah disebalik pengedaran susu dan ia mengikut prosedur. Malah ada yang tampil menyatakan jika berlaku ketirisan, ia patut disiasat diperingkat pengagihan sekolah. Apakah susu tersebut diterima oleh pelajar. 
Apa yang dilihat ketaksuban Dr Maszlee yang terlalu kedepan menyatakan ketirisan sedangkan belum ada report berkaitan perkara tersebut, malah tiada individu yang dipanggil SPRM untuk disoal siasat berkaitan Program Susu. Sepatutnya, biarlah laporan dihantar kepada SPRM terlebih dahulu dan siasatan dibuat secara terperinci jika benar terdapat ketirisan. Bukannya terus mengatakan berlaku ketirisan sedangkan perkara tersebut belum sahih. 
Jika benar kementerian mahu melakukan perubahan, sepatutnya bukan setakat susu dititik berat tetapi setiap hidangan di kantin sekolah perlu diperhalusi. Pemantau pemakanan sihat yang dihidangkan dikantin sekolah juga perlu dititik berat. Haramkan hidangan hotdog dan makanan frozen yang tidak menyihatkan, melainkan hidangan tersebut dibuat sendiri dan bukannya dibeli secara frozen. Dengan tahap kulinari kita yang rendah atau tidak menitik berat nutrisi pemakanan yang dihidangkan, rasanya sukar untuk mencari pengusaha kantin yang memahami segala kehendak mengikut standard penyediaan kulinari kepada kanak-kanak

Siapa yang untung dalam isu ni, hanya untuk polemik politik semata-mata dan tiada tindakan penangkapan dibuat (jika ada ketirisan). 

Skandal Susu, Maszle Janji PendedahanKiniTV | Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata skandal susu kotak yang hilang entah ke mana di bawah Program Susu 1 Malaysia (PS1M) hanyalah salah satu daripada banyak skandal oleh menteri terdahulu. Katanya, beliau sendiri akan mendedahkan skandal-skandal ini bagi membolehkan rakyat tahu ke mana duit mereka telah ‘menghilang’. Katanya, apa yang penting, projek susu oleh kerajaan lama tersebut telah pun gagal. Menurut Maszlee, langkah itu bukan sengaja mahu mencari kesalahan (witchhunting) kerajaan terdahulu, tetapi sebagai peringatan agar kerajaan sekarang tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Susu Tidak Hilang, Maszle Silap
Malaysiakini | Laporan Mingguan Malaysia hari ini menyangkal kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa Program Susu 1Malaysia (PS1M) penuh skandal dan gagal

Menurut laporan akhbar itu yang memetik sumber, semua lima syarikat pembekal susu yang dilantik pentadbiran lalu telah menghantar bekalan kepada lebih 7,000 sekolah yang terlibat dalam program itu, bermula Ogos hingga Oktober 2017

Sumber yang dikatakan terlibat secara langsung dalam program itu mendakwa, proses pembekalan telah mengikut prosedur, termasuk mempunyai dokumen yang lengkap seperti surat setuju terima (SST), surat akuan penerimaan (SAP) dan invois tuntutan pembayaran

“Kalau macam itu (susu tidak dihantar), penolong kanan serta guru besar juga perlu disiasat dan ditahan memandangkan mereka yang menandatangani SAP selepas bekalan tersebut dihantar ke sekolah,” katanya seperti dipetik

Pada 8 November lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa PS1M bagi tahun 2018 yang sepatutnya berjalan tahun ini dan telah diluluskan peruntukan, tidak diketahui kedudukannya

Dalam laporan itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan Huat Hock mendakwa bekalan sepatutnya diedarkan ke sekolah melalui dua fasa, iaitu pada Mac dan Jun, bagi memenuhi keperluan murid dalam tempoh setahun

"Bagaimanapun sejak awal tahun ini sekolah tidak menerima susu kotak tersebut. Memang ia tidak ada sebelum 9 Mei lagi," katanya ketika dihubungi

Berhubung perkara itu, sumber yang dipetik akhbar itu berkata PS1M tidak diteruskan untuk tahun ini selepas peralihan kuasa pasca-PRU ke-14

"PS1M 2018 sudah dibincangkan tetapi tiada kontrak dikeluarkan, maka untuk tahun ini memang tiada susu dibekalkan tetapi tahun lepas semua telah selesai,” katanya

Terdahulu, Maszlee berkata program itu sudah gagal dan bekalan "hilang selama setahun".
"Apabila kita periksa kita pun tak tahu ke mana perginya, dan bukan itu saja (skandal yang ada)," katanya yang menjamin akan menyiasat penyelewengan yang berlaku dalam kementeriannya ketika pentadbiran terdahulu

Bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid, yang sebelum ini berkata "tidak tahu" tentang masalah itu, hari ini berkata punca PS1M tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini kerana kegagalan kementerian kewangan mengeluarkan waran untuk tender pemerolehan susu kota

Menurut Mingguan Malaysia, beliau berkata wang peruntukan program itu tidak hilang tetapi masih di bawah seliaan kementerian kewangan

PS1M merupakan program di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sepatutnya mengedarkan susu kotak kepada murid miskin di sekolah

Untuk rekod, perlaksanaan RMT telah menerima peruntukan RM299 juta daripada kerajaan BN seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2018

Lima syarikat pembekal yang terlibat dalam pengedaran susu kotak pada tahun lalu ialah Konsuma Sdn. Bhd, Sabah International Sdn. Bhd, Dutch Lady Milk Industries Bhd., Hybrid Allied Dairy Company Sdn. Bhd. dan Holstein Milk Company Sdn. Bhd. 

Hentikan Polemik Politik Susu, Fokus Pemakanan Sihat Untuk Kanak-Kanak
Utusan | Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon supaya isu bekalan susu kepada murid sekolah rendah tidak dipolitikkan mana-mana pihak

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, tidak sepatutnya murid-murid yang memerlukan menjadi sasaran pertelingkahan politik yang tidak berkesudahan.

Pihak NUTP hanya memikirkan yang terbaik untuk anak didik kita tidak kira kerajaan yang memerintah. Justeru pihak NUTP merayu kepada pihak kerajaan untuk memberi susu segar kepada murid-murid dan bukan susu kotak yang berisi gula.Sekiranya pengagihan susu segar tidak dapat dilakukan, NUTP mencadangkan makanan berzat tinggi seperti telur sebagai pengganti dan mengesyorkan dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) lebih berkhasiat mengandungi buah-buahan dan peratusan sayuran lebih tinggi. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/polemik-susu-sekolah-siapa-untung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Tak Hilang Kami Hantar Semua Ke Sekolah Pembekal

Susu Tak Hilang Kami Hantar Semua Ke Sekolah Pembekal

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 408 hits
KUALA LUMPUR 17 Nov Dakwaan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa Program Susu 1Malaysia gagal memandangkan tiada bekalan susu dihantar ke sekolah seluruh negara pada tahun lalu dianggap tuduhan liar dan tidak berasas Siasatan Mingguan...
Program Cuti Sekolah Bengkel Melukis Komik

Program Cuti Sekolah Bengkel Melukis Komik

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 531 hits
Hot seat Terhad 30 orang peserta sahaja BENGKEL MELUKIS KOMIK 22 Disember 2018 Wisma Shinju Mutiara Rini Skudai 9 pagi 1 tengahari Dibuka hanya untuk anak berusia 9 15 tahun sahaja Demi meraikan anak anak yang suka baca komik Dan melukis jo...
Ketua Pemuda Amanah Hentikan Sekolah Vernakular Sebelum Bercakap Soal Ratifikasi Icerd

Ketua Pemuda Amanah Hentikan Sekolah Vernakular Sebelum Bercakap Soal Ratifikasi Icerd

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 382 hits
Ketua Pemuda AMANAH Nasional Sany Hamzan berpendapat isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum perlu ditangani secara rasional termasuk menghentikan sekolah aliran berasaskan kaum terlebih d...
11 Pelajar Maut Dalam Kebakaran Sekolah

11 Pelajar Maut Dalam Kebakaran Sekolah

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 260 hits
12 November 2018 9 41 PM KAMPALA Uganda Seramai 11 budak lelaki terkorban dan 20 yang lain melecur teruk dalam kebakaran yang memusnahkan asrama mereka di Uganda semasa mangsa sedang
Tawaran Rm1 Bilion Sarawak Baiki Sekolah Hanya Taktik Politik

Tawaran Rm1 Bilion Sarawak Baiki Sekolah Hanya Taktik Politik

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 216 hits
Tawaran RM1 bilion Sarawak baiki sekolah hanya lsquo taktik politik rsquo
Pelajar Sekolah Pun Merasuah Kata Kp Sprm

Pelajar Sekolah Pun Merasuah Kata Kp Sprm

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 332 hits
PUTRAJAYA 13 Nov Perlakuan rasuah turut berlaku di sekolah serta melibatkan murid demikian dedah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull Pada Forum Permuafakatan SPRM Kementerian Pendidikan di ...
Pihak Sekolah Duga Siswa Sd Jatuh Dari Lantai Tiga Karena Terpeleset

Pihak Sekolah Duga Siswa Sd Jatuh Dari Lantai Tiga Karena Terpeleset

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 271 hits
Hingga saat ini pihak sekolah belum bisa berkomunikasi banyak dengan korban Pihak sekolah menunggu kondisi psikologis korban kembali tenang untuk dimintai keterangan penyebab jatuh dari lantai 3 gedung SD
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda