Poksu Hancur Badan Dikandung Tanah Budi Baik Dikenang Jua


BELASUNGKAWA

Kenangan bersama Poksu di Pelembang.KALAU boleh dirakam sebuah kedukacitaan pada Ramadhan 1445 ini, (setakat hari ini 27 Ramadhan),  berita pemergian Prof Che Musa Che Omar,74 malam tadi, adalah kedukaan mendalam buat saya dan mereka yang mengenali dan hormat kepadanya. 
Prof Che Musa atau Poksu, telah dipanggil menghadapi Ilahi kira-kira jam 1.18 pagi tadi.
Khabarnya, pemergian Poksu bersendirian tanpa sesiapa di sisi, tiada penemannya. Mungkin kebetulan? Barang kali juga kesendirian itulah simbol bahawa Poksu sepanjang hidupnya hanya menabur budi dan tidak mengharap balasan. 
Kemuliaan hidup seseorang insan itu akan terlukis pada zahiriah.
Poksu dimasukan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada awal Ramadhan lalu, sebelum itu beliau mendapat rawatan di hospital Ampang, Selayang sebelum dikirimkan ke PPUM. Sesuatu yang mengedukan hati saya, apabila seorang akademik bertaraf Profesor dalam bidang Perancangan Bandar dan Alam Sekitar, hanya menerima layanan di hospital biasa-biasa sahaja.

Prof Che Musa
(1950 - 2024)Tanggal 23 Mac, saya bersama anak buah Poksu sdr Azizi dan Yusri Maimon meziarahinya untuk bertanya khabar. Ketika kami mengunjunginya Poksu biasa-biasa sahaja dan tidak apa-apa kebimbangan yang terukir di wajahnya. Poksu ceria dan masih berjenaka seperti biasa, walaupun tubuhnya sedikit susuk. Tidak dipasti apakah penyakit dihadapinya ketika itu, cuma beliau mengadu hilang selera makan dan berat badan turun mendadak. Poksu juga memberi tahu dia mudah keletihan.
Apabila Poksu menceritakan keadaan itu, saya memahami apa yang sedang dihadapi Poksu. Apa lagi ditambah dengan maklumat mengatakan "sakitnya" ada masalah dengan hati dan sekit jantung. Poksu juga sering sempuk nafas, lebih memahamkan saya. Saya tidak mahu membuat spekulasi tentang sakit Poksu ketika itu, tetapi dari pengalaman saya yang pernah menghidap kanser limpoma dan baru buat pembedahan jantung, dapat mengagaknya.
Maklumat dari jauh.
Suatu maklumat luar dari Kota Bharu, ada seorang rakan isteri memberi tahu, yang Poksu menghindap kanser hati stage four? Hairan saya macam mana, orang nun jauh di Kota Bharu boleh mengetahui keadaan Poksu sedangkan belum ada keputusan diagnosis tentang penyakit Poksu. Tanpa meremehkan maklumat itu saya menduga tentu rakan isteri saya itu ada hubungan (konteks) dalaman dengan pihak PPUM sehingga ia dapat mengkhabarkan penyakit Poksu demikian. 

Ketika saya bersama Azizi dan Yusri
ziarah Poksu.Beberapa hari selepas itu, sdr Azizi memaklumkan Poksu mengahdapai pneumonia dan terpaksa disuntik morfin. Dengan mengadunkan maklumat sahih daripada Azizi dan cerita orang Kota Bharu itu, maka boleh disimpulkan bahawa Poksu menghadapi keadaan kritikal. 
Dalam sengang begitu, saya hanya mendapat maklumat dari Azizi sahaja tanpa menjengok Poksu. Selang sehari saya akan menghubungi Azizi untuk mengetahui maklumat terkini Poksu. "Keadaan Poksu menurut anaknya agak penat sikit abang Ti, hingga kena suntik morfin," bagi tahu Azizi. Saya boleh fahamkan apabila seseorang pesakit disuntuk morfin bermakna ia mengalami kesakitan.
Berita pemergian Poksu.
Malam tadi saya kurang sihat dan badan terasa sedikit penat apabila terlalu menumpukan kepada penulisan. Saking sibuknya, saya tidak aktif dalam media sosial beberapa hari ini. Hampir semua platform medsos saya tidak buat pengeposan. Rasa penat itu sebenarnya kerana jemu dan loya dengan gelagat politik kita yang tidak kesudahan sehingga terfikir untuk istirehat daripada menulis fasal politik.
Pagi tadi rupanya, sudah dua kali Azizi menghubungi saya, kali pertama jam 9:58 pagi sebanyak dua kali. Panggilan itu tidak terangkat malahan tidak dengar langsung. Saya ketiduran selepas Subuh. Hinggalah masuk panggilan ketiga jam 10:19 baru diangkat dan Azizi memberi tahu, bahawa Poksu sudah tiada tengah malam tadi. "Abang Ti tahu dah Poksu, Poksu tak dak dah," kata Azizi lirih.  
Tiada kata boleh diucapkan pabila mendengar perkhabaran duka itu melainkan melafaskan pengucapan afdal menerima berita seperti itu dengan menyebut inalilahiwainailahirajiun, dan takziah. "Kita redakan sahaja Poksu pergi Zi, itu adalah takdir dan ketentuan daripada Allah SWT.
"Apa boleh buat abang Ti tak sempat untuk kita makan gulai serati dengan Poksu," balas Azizi bernada kelam dan kecewa mengingatkan kata-kata dan harapan Poksu dari atas katil ketika kami melawatnya. 
Iya, semasa kami menziarahi Poksu tempoh hari Allahyarham beriya minta mendoakan agar dia sembuh segera untuk membolehkan makan pagi berlaukkan gulai serati. "Lepas ini, saya sihat kita makan gulai serati di tempat biasa," Gulai serati di Lemah Keramat adalah kegemaran Poksu. Setiap kali beliau ingin melepas hajatnya beliau akan panggil rakan-rakan terdekat untuk makan ramai-ramai, dan saya tidak pernah terlepas. Yang selalu menjadi "jemaah" ialah Azizi dan Yusri. 
Poksu seorang yang baik.
Berbicara soal Allahyarham Poksu, tidak perlu diceritakan tentang budi baiknya. Begitu juga dengan akhlak dan perwatakannya yang menghormati semua golongan. Poksu seorang yang lemah lembut. Walaupun beliau mempunyai kelulusan tinggi hingga ke peringkat Ph.d  dalam bidang Seni Rekabentuk dan Alam Sekitar, tetapi tidak pernah membataskan sempadan hidupnya dengan golongan kanditupun yang tidak berpelajaran. orang dekat dengannya kenal hatribudi Poksu.
Bagi Poksu semua orang adalah sama tanpa dibezakan darjat dan status. Beliau tidak kekok sedikit pun berkawan dengan golongan tidak setaraf akademik berbanding dengannya. Begitu juga gelaran Prof dan Darjah kebesaran bergelar Datuk diterimanya tidak pernah dibanggakan. 
Perwatakan sebegitu mungkin dikeranakan pendidikan dan latar belakangnya. Orang tua Poksu berasal daeri Kadok Kota Bharu, tetapi Poksu membesar di Kuala Krai. Pondok Sungai Durian adalah institusi pendidikan agama keluarganya. Malahan pendidikan awalnya adalah di sekolah Sulatan Yahya Petra Kuala Krai. Dari situ melanjutkan pengajian ke peringkat Master ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menurut sejarah hidupnya seperti dituturkan Yursi, Poksu adalah satu-satu anak jati Sungai Durian Kuala Krai yang memperolehi pendidikan hingga ke peringkat tertinggi Phd.
Dalam kata lain Poksu menjadi kebanggaan orang-orang Kuala Krai. Beliau adalah ikon kepada Kuala Krai khususnya dalam pendidikan.  Sepanjang hayatnya menaburkan khidmat yang tidak terhitung khsusunya dalam pendidikan yang dicemerlanginya itu. Antara sumbangan besar beliau kepada masyarakat Kuala Krai ialah dalam bidang budaya dan kesenian bersama sdr Maimon ayah kepada Yusri. Saya pernah mengikuti sebuah majlis yang dianjurkan badan budaya ini di pedalaman Kuala Krai. 
Jawatan tertinggi dipegangnya dalam kependidikan ialah sebagai Dekan Fakulti Senibina dan Reka Bentuk di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Disini Poksu terlibat melahirkan ramai anak bangsa menguasi seni dan reka bentuk serta profesional perancang bandar. Selepas berhenti dari UIAM apabila bertanding dalam pilihan raya Poksu berkhidmat di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). 
Dengan kejayaan dan kecemerlangannya sebagai dekan, beliau pernah disebut-sebut bakal melonjak ke peringkat lebih tinggi di UIAM sekiranya belum terus berkhidmat tanpa berhenti berpolitik. Tetapi perjalanan itu terbantut apabila Poksu "terkecek dan tersihir" dengan orang politik sehingga melepaskan jawatan kerana ingin bertanding dalam pilihan raya umum tahun 2018 di kerusi parlimen Kuala Krai. 
Pilihan raya itu memberi pengalaman tersendiri dan sangat pahit buat Poksu. Beliau mengenali alif, ba, tha politik daripada kejadian yang tidak disengajakan. Politik itu bervariasi berbeza dengan apa yang Poksu bayangkan. Beliau terkecung. Allahyarham ada menyebut hal itu kepada saya tentang individu bertanggungjawab mengheratnya ke kancah politik. Beliau dikecek dan diberi harapan yang melaut. Kerana obses ingin menaburkan khidmat bakti lebih luas lagi beliau menerima ajakan itu tanpa berfikir panjang.
Beliau mengira, politik penuh dengan budi pekerti seperti dirinya. Politik akan mengenang dan menunaikan janji-janjinya. Katanya, beliau sedia melepas jawatan, atas dasar sekiranya kalah pun beliau akan diberi pembelaan oleh parti bagi meneruskan perkhidmatannya. Namun, ujarnya rupa-rupanya ia adalah tipu dan sandiwara belaka. Selepas kalah di Kuala Krai, ujarnya "saya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pembelaan." Poksu meluahkan ini ketika kami bersua di lapangan terbangan Sultan Ismail Putera Kota Bharu.
Menurutnya ada beliau berikan resumenya kepada seorang menteri berasal dari Kelantan, dengan harapan dapat meletakkan beliau dalam apa-apa sektor bersesuai selepas kehilangan kerja, tetapi bukan sahaja resume itu tidak dijawab, bahkan ia ditinggalkan dimeja di lapangan terbang berkenaan. "Saya ambil resume itu dan simpan," ujarnya dengan penuh rasa kecewa. 
Sebagai seorang bersangka baik, kejadian itu tidak memeritkan dirinya untuk tidak bermain politik. Dalam pilihan raya umum lalu (2022) sekali lagi beliau terheret ke kancah politik menjadi pengikut kepada seorang pemabuk politik di Kelantan. Beliau bertanding di Kota Bharu dengan seribu janji lebih indah daripada sebelum ini. Individu itu berjanji untuk memberi perbelanjaan pilihan raya dan memintanya menggunakan wang sendiri, semua palsu, sampai ke akhir hayatnya wang dijanji itu tidak sampai. Perkara ini masih disebut ulang semasa kami menziarahinya. 
Ketika Poksu menyampaikan maksudnya untuk bertanding saya ada menasihatinya agar berfikir dua tiga kali dan jangan mudah "semabur" dalam neon politik. "Lebih baik Poksu fikir sedalam-dalamanya untuk bertanding. Sebab orang yang menjanjikan itu saya mengenali hipokrasi dan lawak serta belawaknya," kata saya. Namun Poksu hanya sanggup sahaja, tetapi tidak mengendahkan. Sehinggalah selesai pilihan raya itu beliau kalah buat kali kedua, beliau menyatakan kekesalan dan marah, baru mengerti akan sepak terajang politik.
Cadang untuk keliling kepulauan Riau.
Tidak lengkap belasungkawa ini kalau saya tidak ceritakan kenangan dan impian kami berdua. Poksu ada mengatur rancangan untuk bercuti sambil mengenali asal usul kerajaan Melayu di kepulauan Riau. Tiga bulan lepas atau pada Januari, saat makan serati terakhir, Poksu mencadang rancangan itu. Misi itu katanya membolehkan saya menulis sejarah tentang kerajaan Melayu Johor - Riau.
Beliau ada menyebut antara pulau yang akan kami kunjungi nanti, bermula di Bantam, ke Pulau Pandang, Lingga, Guntung dan lain-lain. Semua pulau itu berkedudukan dekat di antara satu sama lain yang boleh diakses dengan feri atau boat memakan masa pelautan antara dua hingga tiga jam saja. Poksu cadang untuk tinggal di pulau-pulau itu beberapa hari. 
"Nanti MSO boleh tulis sejarah kerajaan Melayu Johor - Riau untuk panduan dan bahan pemikiran anak cucu akan datang," kata Poksu beriya benar. 
Sebagai pakar dalam bidang seni bina dan alam sekitar sangat relevan untuk Poksu dan juga saya selaku penulis tua menikamti suasana alam Melayu yang masih alami itu. Sebelum ia terusik dengan mordenisasi sangat elok untuk dinikmati sepuas-puasnya panorama itu. Bersungguh beliau menyusun rancangan itu, dan sudah menghubungi seorang rakan bagi mengatur perjalanan kami. 
Katanya dari beberapa buah pulau itu, ada pulau bernama Pulau Lingga. Di pulau inilah terletaknya Gunung Daik seperti mana disebut sebagai pembayang pantun klasik Melayu, berbunyi, Pulau Pandangan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga. Gunung Daik itu terletak di pulau ini, nanti kata Poksu kita akan saksikan gunung berkenaan yang mempunyai tiga puncak. 
Saya jadi teruja bila Poksu memberi tahu begitu. Selama ini saya kira apa disebut dalam pantun itu hanya dongengan dan cipataan semata-mata. Tetapi rupa-rupanya semua nama tempat yang disebut dalam pantun dan syair wujud dialam nyata, seperti Pulau Pandang, Gunung Daik, Lingga, Indragiri, Tanjung Katong dan sebagainya.
Tuhan tidak mentakdirkan kami menyinggahi pulau-pulau lagenda dan bersejarah itu. Poksu terpaksa tunda misi itu kerana terpaksa melayan permintaan isteri dan anaknya untuk bercuti di Kundasang, Sabah. "Nampak kita tangguh dulu untuk ke Batam, MSO, Poksu kena teman Moksu ke Kundasang," begitu tulis Poksu dalam WhatAap. Kebetulan pada masa yang dijanji itu saya juga terhalang kerana terpaksa ke Pekan Baru dan Bangkinang Riau untuk menghadapi kenduri perkahwinan anak kawan.
Selepas itu baik saya atau Poksu tidak ada apa-apa update mengenai misi ke seribu pulau itu. Beliau tidak memberi tahu tarikh baru dan saya juga tidak menanya tarikh bila. Hanya menunggu. Sehinggalah sdr Azizi memaklumkan, yang Poksu sudah berada di hospital, sudah dua malam. 
Satu-satu kenangan bersama Poksu dalam mencari identiti Melayu dan kehebatan kerajaan lama Melayu ialah, kami ke Pelembang tahun 2006. Kebetulan ketika itu Poksu ada berjumpa dan mesyurat dengan beberapa orang pensyarah universiti di Pelembang, beliau mengajak saya sama. 
Semasa disana kami sepat ke Bukit Siguntang bagi menelusuri sejarah dan melihat segala akrologi yang ada, sambil membincang dan berbahas mitos asal usul orang Melayu. Kononya orang Melayu bersusur galur dari keturunan Wan Empuk dan Wan Malini yang mendiami bukit Siguntang itu. Mitos mengenai Melayu berketurunan wanita ini saya menolak, tetapi tidak bagi Poksu. Sebagai orang akademik setiap hujah sama ada hendak ditolak ataupun diterima mesti berfakta.
Itulah Poksu, seorang ahli akademik berjaya dan hebat, tetapi gagal menjadi ahli politik tersohor kerana politik bukan keperibadiannya, dia hanya diheret songsang oleh hantu politik. Kehebatan Poksu adalah dalam bidang kependidikan. 
Semoga budi baik dan jasa Poksu terus subur dalam ingatan seperti mana maksud pantun yang menggunakan pembayang, Pulau Pandang jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua.  Salam takziah. [wm.kl. 1:10 pm 07/04/24]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/04/poksu-hancur-badan-dikandung-tanah-budi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabar Jokowi Titip Nama Menteri Di Kabinet Prabowo Budi Arie Enggaklah Gosip

Kabar Jokowi Titip Nama Menteri Di Kabinet Prabowo Budi Arie Enggaklah Gosip

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 83 hits
Presiden Jokowi dikabarkan menitipkan nama menteri di kabinet Prabowo Subianto Gibran Rakabuming Raka
Menteri Pdip Dan Pkb Tak Hadir Bukber Di Istana Menkominfo Budi Arie Jangan Didramatisir

Menteri Pdip Dan Pkb Tak Hadir Bukber Di Istana Menkominfo Budi Arie Jangan Didramatisir

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 112 hits
Menteri PDIP dan PKB Tak Hadir Bukber di Istana Menkominfo Budi Arie Jangan Didramatisir
Putrajaya Beri Jaminan Tambah Baik Kemudahan Hkl Kata Pm

Putrajaya Beri Jaminan Tambah Baik Kemudahan Hkl Kata Pm

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 177 hits
KERAJAAN memberi jaminan akan memberi perhatian utama dalam menambahbaik infrastruktur dan kemudahan di Hospital Kuala Lumpur kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Beliau berkata demikian di media sosial selepas menziarahi pesakit di HKL selai...
Mahfud Md Lebih Baik Diasingkan Daripada Menyerah Kepada Kemunafikan

Mahfud Md Lebih Baik Diasingkan Daripada Menyerah Kepada Kemunafikan

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 139 hits
Mahfud berharap kisah pelajar tersebut dapat menginspirasi para penyelenggara pendidikan
2019 Moga Allah Lorongkan Yang Baik Baik Sahaja

2019 Moga Allah Lorongkan Yang Baik Baik Sahaja

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 131 hits
Selamat Tahun Baru 2019 semua Besar benar harapan dan doa saya agar 2019 ini Allah lorongkan yang baik baik sahaja untuk kedua dua ibu bapa suami anak anak adik adik saya dan saya sendiri Tak ketinggalan juga buat anda yang sedang membaca I...
Menhub Budi Larang Maskapai Naikkan Tarif Lewati Batas Atas Di Musim Mudik

Menhub Budi Larang Maskapai Naikkan Tarif Lewati Batas Atas Di Musim Mudik

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 165 hits
Kemenhub telah mensosialisasikan aturan harga batas atas ke seluruh operator jasa angkutan umum
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba