Pokok Bonsai Bunga Kertas Menjadi Idaman
POKOK BONSAI BUNGA KERTAS MENJADI IDAMAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Rasanya sudah lama saya tak berkongsi cerita di blog ini. Jadual saya bulan Oktober agak padat hingga terasa cepat sungguh masa berlalu.
Semalam saya ke Johor Bahru ada urusan yang perlu diselesaikan. Perjalanan menuju ke Johor Bahru dari Muar melalui lebuhraya manakala perjalanan pulang melalui susur keluar ke Ayer Hitam. Lama tak singgah pekan Ayer Hitam yang terkenal dengan syurga pasu seramik, teddy bear besar dan bunga hiasan. Perjalanan pulang dari pekan Ayer Hitam melalui jalan dalam untuk melihat pemandangan suasana kampung.
Nursery pokok bunga hiasan
Dalam perjalanan melepasi Yong Peng (saya tak pasti lokasi sebenar) saya singgah di sebuah nursery yang menjual pelbagai pokok bunga. Apa yang membuatkan saya terasa ingin memberhentikan kereta di sini disebabkan terdapat pelbagai warna pokok bonsai dari pokok bunga kertas (bougainvillea). Saya pernah kata, saya ni pantang tengok pokok bunga kertas, pokok roses dan orkid, mulalah teruja dan lupa diri. Adoi parah
Nursery pokok bunga
Sebelum ni saya suka kumpul pokok bunga rose dari pelbagai warna tetapi kini saya sudah beralih arah terpaksa derhaka dengan roses disebabkan terpandang keindahan pokok bunga kertas di Santorini, Greece. Dah laa cantik senang dijaga tak seperti pokok bunga rose yang manja, tak boleh kena panas terik
Santorini, Greece - credit to Google
Santorini, Greece - credit to GoogleUntuk pengetahuan pembaca, dah lama saya mengidamkan pokok bonsai bunga kertas. Jadi semalam saya berjaya mencapai hasrat memiliki pokok bonsai bunga kertas pelbagai warna buat pertama kalinya.
Nursery pokok bunga
Cantik sangat pokok-pokok bunga kertas tersusun di nursery tersebut.. Jangan tanya tentulah saya rambang mata. Lama juga buat pilihan sebelum berjaya rembat sepokok ni.
Pokok bonsai bunga kertas
Oleh kerana masa tak mengizinkan untuk saya terus membelek-belek setiap satu pokok, saya pilih pokok bonsai (pasu hitam) jenis ini. Gabungan warna merah dan pink. Harga pun murah iaitu RM70.00 sahaja
Pokok bunga kertas warna pink berdaun hijau putih
Bukan itu sahaja, saya juga beli sepokok bunga kertas warna merah (harga RM4.50) disebabkan tertarik dengan daun pokok berbelang putih. Masih lagi terletak dalam poly bag, ada masa nanti saya akan tukar ke pasu lain yang sudah semestinya pasu berwarna putih supaya seragam
Pokok bunga kertas gabungan warna oren dan peach
Ini pula pokok bunga kertas yang pernah saya cerita di post ini -> [DI SINI]. Untuk pengetahuan pembaca, pokok bunga kertas ini berumur lebih 10 tahun.
Pokok bunga kertas gabungan warna oren dan peach
Pokok bunga kertas ini gabungan warna oren dan peach. Pokok ini dah mula mengeluarkan bunga setelah saya potong semua dahannya semasa pindah tempoh hari. Sejak kebelakangan ini pula cuaca hujan dan panas memang sesuai untuk menggalakkan bunga berkembang. Bila dahan semakin besar nanti saya akan bentuk supaya pokok sentiasa rendang
Begitulah cerita tentang pokok bunga kertas saya. Sebelum mengakhiri post ini saya kongsi pokok orkid saya yang akan mengeluarkan bunga tak lama lagi.
Pokok orkid
Pokok orkid saya tak banyak jadi saya sangkut sahaja pokok-pokok orkid itu di tepi pagar
Pokok orkid di tepi pagar
Okay, setakat ini saya perkongsian keterujaan saya membeli pokok bonsai bunga kertas. Orang yang suka dengan tanaman bunga sahaja memahami bagaimana perasaan itu, hehehehe. In shaa Allah saya akan repeat ke nursery itu lagi untuk memburu pokok bonsai bunga kertas seterusnya.. Mungkin cari gabungan warna putih dan light pink pula.. *wink...wink..wink..* >_<
By the way, thank you for reading. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry.
Sekian, wasalam.
Byee..
Regards,
Loading...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ladyinredplanner.blogspot.com/2019/10/pokok-bonsai-bunga-kertas-menjadi-idaman.html