Pokok Adenium Saya Dah Berbunga Cantik
As Salam,
Pokok Adenium Saya Dah Berbunga Cantik !-Petang-petang macam ni, kalau ikutkan memang free.Sepatutnya buatlah report-report kerja yang terbengkalai tu kan.Tapi takde makna.Pagi tadi seharian bermesyuarat maya.Mesyuarat guru yang terakhir bagi sesi persekolahan 2020.Memang banyak laporan-laporan yang kena siapkan.Walaupun banyak benda juga dah kita siapkan, tapi dah namanya kerja, tak akan habis punyalah kan.Owhh.Bonus nak, gaji nak, keje taknak.kiki.
Inilah Adenium yang saya sangat suka akan bunganya yang berlapis dan warnanya yang pelbagai.Saya ada 4 pasu pokok ini, dua pasu saya beli, manakala dua pasu lagi pemberian sahabat sekerja yang tersayang :)
Okey, marilah saya kongsi good news dari My Little Garden.Pokok Adenium saya dah berbunga.Hampir 6 bulan juga sejak saya ambil pokok ni dari nursery ( bukan percuma ya, pastinya berbayar!).Pada awalnya, saya bukanlah arif sangat menjaga Adenium ni.Tapi saya ada join grup peminat Adenium di FB, adalah juga saya belajar tentang cara penjagaan pokok ini
Pertama kali Aden saya mengeluarkan bunga yang berlapis-lapis dan sangat cantik warnanya
Pokok ini tidaklah sesukar mana penjagaannya.Cuma pastikan tanah atau medium pokok ini jangan sampai kering, mudahlah ia hidup.Saya letak pokok ini berasingan dengan Indoor Plant saya yang lain sebab Adenium ni dia suka panas dan cahaya terang barulah elok daun dan cepat berbunga.
Kelopak bunga Adenium yang menjadi kegembiraan kepada pencinta Adenium.Sekali dia berbunga, saya pula yang tak larat nak kira kelopaknya yang sangat banyak.haha
Memandangkan Adenium saya ini berbunga dengan banyak pada setiap dahan, dahannya pula agak kecil berbanding kelopak bunga yang banyak dan agak berat, sehingga senget ke bawah saya perhatikan dahan Adenium ni.Huhai.Nasiblah wahai pokok
Tiga lagi pohon Adenium saya yang saya pun dah tak ingat warnanya bunganya.Semoga anak pokok Adenium ini dapat membesar dengan jayanya.aamin
TIPS PENJAGAAN ADENIUM
1. Jangan Menyiram Adenium Terlalu kerap.
Habitat asal bunga adenium adalah di gurun pasir. Hal ini menyebabkam adenium tidak bertahan hidup dengan air yang bayak dan tempat yg lembap, Apabila tanaman ini selalu disiram air tanaman ini mudah rosak dan busuk. Hi darkan terlalu kerap memyiram dan pastikan media semaian betul-betul kering sebelum menyiramnya.
2. Adenium Suka Pada Cahaya Matahari Penuh
Bunga adenium memerlukan sinar matahari yg secukupnya utk sihat dan berbunga indah. Cahaya Matahari penuh akan menyebabkan pokok berfotosintesis secara maksimum dan menghasilkan bunga yang rimbun. Letakan Adenium di tempat-tempat yang mendapatk sinar matahari langsung dan tidak terhalang.
3. Gunakan Media Tanaman Yang Bersaliran baik dan Berongga.
Gunakan Media tanaman Adenium yang bersifat Berongga dan bersaliran baik utk mengelakan air terserap dalam media semaian.Untuk membuat media tanam seperti ini, anda perlu mencampurkan tanah berhumus yang tidak liat dengan pasir dan sekam padi secukupnya. Kemudian campuran ketiga media tanam ini digaul beberapa kali sehingga tekstur media berubah menjadi lebih remah.
Pengunaan media tidak tepat boleh mengakibatkan Pokok bermasalah,lambat berbunga,pokok rosak dan bole menyebabkan pokok beransur mati.(Sumber : Facebook Tanaman Hiasan)
Semoga Bermanfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikmatahariku.blogspot.com/2020/12/pokok-adenium-saya-dah-berbunga-cantik.html