Pn Tetapkan 10 Asas Hala Tuju Negara




KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menetapkan 10 asas penting bagi menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, asas itu merangkumi hala tuju ekonomi, pendidikan, agenda Melayu, reformasi sektor kesihatan, integriti, keselamatan dan ketenteraman awam, perpaduan serta pendigitalan negara.
"Asas ini ditetapkan kerana kerajaan PN ini tidak mempunyai apa-apa manifesto atau akujanji yang biasanya dibentangkan kepada rakyat semasa kempen pilihanraya. Tanpa manifesto, saya fikir agak sukar untuk saudara-saudari menilai pencapaian kerajaan.
"Dalam tempoh enam bulan ini, kerajaan PN meletakkan beberapa asas penting yang akan menjadi hala tuju bagi tempoh akan datang," katanya menutup Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN)- Pencapaian, Harapan dan Cabaran anjuran Pertubuhan Intektual Negara (PINTAR) di Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata, asas pertama dari segi ekonomi, kerajaan sedang memberi tumpuan kepada usaha memulih dan merancakkan semula ekonomi negara pasca COVID-19 menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)
"Sepertimana yang berlaku di negara lain, sektor ekonomi di negara kita terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Namun, ekonomi negara sedang menunjukkan tanda-tanda pemulihan setelah hampir semua sektor ekonomi dibuka semula. InsyaAllah, sekiranya trend pemulihan ini berterusan, negara kita dijangka akan mencatat pertumbuhan positif pada tahun hadapan," katanya.
Muhyiddin berkata, asas kedua, kerajaan PN akan terus memberi tumpuan kepada usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memastikan hasil kemakmuran negara dikongsi secara adil dan saksama seluruh warga negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama, status sosial dan wilayah.
"Dalam konteks ini, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan menjadi paksi dasar dan program ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional," katanya.
Asas ketiga pula, kata Muhyiddin, kerajaan PN akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Agenda Bumiputera sebagai agenda nasional.
"Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi, kerajaan telah menubuhkan Majlis Kemakmuran Bumiputera yang dipengerusikan oleh saya sendiri;" katanya.
Keempat, tegas Perdana Menteri, kerajaan PN akan memberi tumpuan kepada usaha pendigitalan Malaysia menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
"Kelima, memastikan Malaysia mempunyai jaminan makanan yang mencukupi akan menjadi salah satu teras utama pentadbiran kerajaan PN manakala asas keenam ialah kerajaan PN akan meneruskan komitmen kepada usaha membanteras rasuah menerusi pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Nasional.
"Selain itu, usaha-usaha reformasi institusi akan dilaksanakan demi mewujudkan sebuah pentadbiran yang kompeten, telus dan berintegriti;" katanya.
Asas ketujuh, kata Perdana Menteri, kerajaan akan berikan keutamaan sektor pendidikan demi melahirkan modal insan negara yang berkemahiran, berpengetahuan dan berbudi pekerti mulia.
"Oleh demikian, kualiti guru, pensyarah, kurikulum dan infrastruktur pendidikan akan terus dipertingkatkan. Sektor pendidikan negara kita mesti bersedia untuk mendepani pelbagai cabaran baharu termasuk meningkatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran secara maya," katanya.
Kelapan, Perdana Menteri berkata, kerajaan beri tumpuan untuk reformasi sektor kesihatan dan pandemik COVID-19 menguji kualiti dan kesiapsiagaan sistem kesihatan negara.
"Alhamdulillah, kejayaan Malaysia menangani penularan wabak COVID-19 membuktikan negara kita mempunyai sistem kesihatan yang baik. Namun, saya percaya masih banyak ruang-ruang yang boleh diperbaiki," katanya.
Kesembilan, katanya, ia berkaitan aspek keselamatan dan ketenteraman awam akan diberikan keutamaan oleh kerajaan Perikatan Nasional. Rakyat mesti berasa selamat untuk tinggal di negara ini.
"Usaha-usaha untuk mengurangkan kadar jenayah, mengawal sempadan negara daripada diceroboh, memelihara kedaulatan wilayah, memerangi keganasan dan menangani masalah pendatang asing tanpa izin akan diberikan keutamaan oleh kerajaan; dan ke-10, perpaduan kaum dan keharmonian antara masyarakat berbilang agama akan terus dipupuk dan dipertahankan," katanya

#Sumber :   BH 

MR :   Titik mula yang sukar 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/pn-tetapkan-10-asas-hala-tuju-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Pn Kurang Pengalaman Hala Tuju Kedah Kabur

Mb Pn Kurang Pengalaman Hala Tuju Kedah Kabur

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 335 hits
Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang suram tanpa cadangan polisi atau pembangunan baharu ketika ini membuktikan Kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional tidak mempunyai agenda masa hadapan dalam membangunkan Kedah Berbanding kerajaan Pakat...
Rukun Negara Asas Pembentukan Negara Bukan Hanya Simbolik Agong

Rukun Negara Asas Pembentukan Negara Bukan Hanya Simbolik Agong

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 469 hits
Rukun Negara yang lahir 50 tahun lepas adalah asas kepada perpaduan nasional dan pembentukan negara ini bukan sekadar dijulang secara simbolik menerusi bacaan setiap kali negara menyambut Hari Kebangsaan kata Yang di Pertuan Agong Sultan Ab...
Vernakular Duri Dalam Daging Perpaduan Negara

Vernakular Duri Dalam Daging Perpaduan Negara

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 366 hits
BANGI 8 Muharram 1442H Khamis Pemuda Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam menyokong gesaan memansuhkan sekolah vernakular secara berperingkat Ketua Kluster Belia PEMBELA Luqman Abd Hamid berkata kenyataan berhubung isu berkenaan oleh Angka
Covid 19 Lima Kes Baharu Di Catat Hari Ini Tiga Dalam Negara Dan Dua Lagi Kes Import

Covid 19 Lima Kes Baharu Di Catat Hari Ini Tiga Dalam Negara Dan Dua Lagi Kes Import

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 346 hits
PUTRAJAYA Kes positif COVID 19 hari ini terus mencatatkan satu angka dengan hanya lima kes baharu tiga daripadanya adalah penularan dalam negara manakala dua lagi adalah kes import Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah be...
Indonesia Berada Di Urutan 162 Dari 215 Negara Melakukan Tes Covid 19

Indonesia Berada Di Urutan 162 Dari 215 Negara Melakukan Tes Covid 19

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 329 hits
Berdasarkan situs worldometers jumlah testing Covid 19 di Indonesia menempati urutan ke 162 dari 215 negara atau wilayah terdampak Covid 19 Artinya Indonesia berada di urutan 53 terbawah
Jangan Persoal Semangat Cinta Negara Pelajar Vernakular Dong Zong

Jangan Persoal Semangat Cinta Negara Pelajar Vernakular Dong Zong

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 339 hits
BANGI 8 Muharram 1442H Khamis Pengerusi Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Tan Tai Kim membantah kenyataan mengelirukan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung seko
Kpk Setor Rp620 Juta Ke Kas Negara Dari Kasus Eks Kepala Bpjn Balikpapan

Kpk Setor Rp620 Juta Ke Kas Negara Dari Kasus Eks Kepala Bpjn Balikpapan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 264 hits
Ali menegaskan KPK akan terus untuk berupaya maksimal memulihkan kerugian keuangan negara dari setiap penanganan perkara tindak pidana korupsi
Bring The Rukun Negara To The Fore Says Selangor Sultan

Bring The Rukun Negara To The Fore Says Selangor Sultan

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 474 hits
Sultan Sharafuddin Idris Shah regrets the lack of appreciation for Malaysia s national principles SHAH ALAM The Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah wants the five principles of Rukun Negara formulated in 1970 to be re empowered...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right