Pn Terima Dana Judi Sprm Kini Perlu Segera Ambil Maklumat Daripada Anwar




Di sebalik tiada kertas siasatan dibuka dan diancam mahu disaman, kemudian ditegaskan oleh Azalina Othman Said bahawa siasatan tidak pernah digugurkan, Anwar Ibrahim nampaknya tidak berganjak daripada penegasan bahawa dakwaannya yang menyebut PN menerima dana syarikat judi ketika kempen PRU15 lalu adalah sesuatu yang berasas.


Perdana Menteri berkata, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut jika tidak mempunyai sebarang asas mengenainya.


Justeru, beliau meminta Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin membaca kenyataannya dengan lengkap terlebih dahulu sebelum berhasrat mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang.


“Tetapi kalau dia hendak teruskan saman, silakan.


“Saya tidak akan keluar kenyataan kalau saya tiada asas,” katanya dengan tegas dan yakin.


Anwar seterusnya berkata, siasatan berhubung isu itu melibatkan pelbagai agensi, maka tindakan hanya akan diambil selepas mempunyai bukti.


Mahiaddin sebelum ini dilaporkan menuntut Anwar serta Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana mendakwa PN menggunakan dana judi pada PRU15 dan akan berbincang dengan peguam berhubung tindakan seterusnya.


Ia susulan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina di Parlimen yang menyebut, siasatan berhubung dakwaan ada parti komponen PN menerima sumbangan dana judi semasa kempen pilihan raya umum lepas tidak menyebabkan ada kertas siasatan dibuka kerana maklumat mengenainya terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya.


Bagaimanapun, dalam kenyataan media kemudiannya, Azalina berkata, beliau tidak pernah menyatakan siasatan itu sudah dihentikan atau digugurkan, malah menegaskan, SPRM berhak membuka kertas siasatan pada bila-bila masa berdasarkan bukti yang diperolehi daripada semasa ke semasa.


Apa yang nyata di sini, selain kes ini belum digugurkan sebagaimana dinyatakan Azalina, perkara paling penting ialah Anwar sendirinya nampaknya mempunyai bukti mengenai dakwaan PN menerima dana judi itu.


Mengulangi apa yang Anwar sebut – Saya tidak akan keluarkan kenyataan kalau tiada asas.


Jika Anwar sendiri bertegas menyatakan beliau mempunyai asas atau bukti terhadap dakwaannya bahawa PN ada menerima dana judi, bagaimana Azalina dalam jawapannya di Parlimen boleh menyebut? – maklumat mengenai perkara itu terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya.


Sudahkah SPRM mengambil keterangan atau maklumat daripada Anwar?


Jika belum dan berikutan Anwar dilihat kekal dengan ketegasan “tidak akan bercakap jika tiada asas”, maka SPRM haruslah segera menyelesaikan isu ini dengan seberapa segera.


Temuilah Anwar secepat mungkin dan ambillah maklumat itu daripada beliau.


Rakyat secara umumnya tentu juga tidak sabar untuk mengetahui kebenaran dalam hal ini. – ShahbudinHusin 28/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/05/pn-terima-dana-judi-sprm-kini-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Bukti Pn Terima Dana Syarikat Judi Sprm

Tiada Bukti Pn Terima Dana Syarikat Judi Sprm

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak dapat membuktikan dakwaan bahawa parti Perikatan Nasional menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 Menteri di Jabatan Per...
Dana Judi Anwar Cabar Muhyiddin Supaya Teruskan Saman

Dana Judi Anwar Cabar Muhyiddin Supaya Teruskan Saman

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 208 hits
Anwar jawab PN Silakan tapi saya tak buat kenyataan tanpa asasYasmin RamlanSehari selepas didesak meminta maaf dan diberi kata dua tidak ada tanda Anwar Ibrahim akan melayan tuntutan dibuat pihak PN berhubung kenyataannya mengaitkan parti i...
Azalina Nafi Kata Sprm Gugur Siasatan Dana Syarikat Judi Ke Atas Pn

Azalina Nafi Kata Sprm Gugur Siasatan Dana Syarikat Judi Ke Atas Pn

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 213 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said menafikan pernah menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggugurkan siasatannya ke atas dakwaan Perikatan Nasional menerima dana daripada syarikat...
Awas Kes Pn Terima Dana Judi Sebenarnya Belum Ditutup Lagi

Awas Kes Pn Terima Dana Judi Sebenarnya Belum Ditutup Lagi

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 185 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman berkata dia tidak pernah menyatakan siasatan isu pendanaan pilihan raya daripada syarikat perjudian sudah ditamatkan atau digugurkan Sebaliknya kata ahli parlimen Pengerang itu jawapan terse...
Dana Judi Jangan Cepat Sangat Nak Saman Sprm Boleh Buka Fail Bila Bila Masa

Dana Judi Jangan Cepat Sangat Nak Saman Sprm Boleh Buka Fail Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 212 hits
Malaysiakini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman berkata dia tidak pernah menyatakan siasatan isu pendanaan pilihan raya daripada syarikat perjudian sudah ditamatkan atau digugurkan Sebaliknya kata ahli parlimen Pengerang itu ...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Simpan Santan Segar

The Unwanted Penyesalan Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

8 Makanan Untuk Sakit Sendi Nutrisi Harian Untuk Sendi Lebih Sihat

The Comet A Blistering Rotary Norton From The United Kingdom

Isteri Curang Berakhir Maut Di Tangan Suami