Pn Tak Usah Buang Masa Layan Cakap Tun Mahathir Lebih Baik Fokus Hadapi Pru16




Di sebalik kedudukan Anwar Ibrahim yang kian mengukuh untuk terus kekal menerajui negara, Tun Mahathir Mohamad nampaknya masih lagi berilusi tentang kejatuhan kerajaan.


Ternampak dendam dan sakit hati yang bersarang dalam diri bekas Perdana Menteri dua kali itu lebih menguasai pemikirannya sehingga beliau tidak mampu lagi berpijak di atas hakikat realiti.


Menyusul selepas lima Ahli Parlimen Bersatu mengumumkan sokongan kepada Anwar, Tun Mahathir berkata, PN masih mampu untuk mengambil alih kerajaan dengan mengguna pakai kaedah mengisytiharkan sokongan tanpa perlu keluar parti.


Katanya, kaedah itu ialah sebagaimana dilakukan lima Ahli Parlimen Bersatu yang mengumumkan sokongan kepada Anwar sebelum ini.


Hakikatnya, tambah Tun Mahathir, PN juga boleh mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen kerajaan untuk menubuhkan pentadbiran baru.


“Untuk dirikan kerajaan, PN perlu ada jumlah wakil rakyat lebih 112. Macam mana nak dapat? (Kaedah) sama seperti lima (MP Bersatu) sokong Anwar.


“Mereka tak keluar parti (maka) tak digugurkan (sebagai Ahli Parlimen).


“Kalau ada Ahli Parlimen tak suka kerajaan, katakan dalam 30 orang daripada UMNO, Amanah dan PKR yang sedia tolak Anwar, (ia boleh) membawa kepada kejatuhan beliau sebagai Perdana Menteri.


“Dengan itu PN boleh pilih orang lain sebagai Perdana Menteri, ia sama seperti ketika Muhyiddin (Yassin) dijatuhkan selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan yang kemudian membawa kepada Ismail Sabri dipilih jadi Perdana Menteri.


“Perkara ini boleh diulang sekarang,” katanya dalam sebuah program di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.


Sejujurnya, dalam usia mencecah hampir 100 tahun dan telah dua kali merasa jadi Perdana Menteri, hujah Tun Mahathir kali ini pasti membuatkan ramai berada “kesian” dengannya.


Mengapakah beliau masih berkhayal mahu menjatuhkan kerajaan, sedangkan jumlah Ahli Parlimen PN hanya tinggal 69 orang saja lagi ketika ini?


Bagaimana Tun Mahathir mahu menukar angka 69 itu menjadi kepada sekurang-kurangnya 112?


Meskipun Tun Mahathir menyebut “katalah ada 30 Ahli Parlimen kerajaan yang tidak suka Anwar, ia boleh menyebabkan kerajaan jatuh”, soalnya siapa 30 Ahli Parlimen kerajaan yang mahu beralih menyokong blok pembangkang itu?


Lagi pun, angka 30 itu jika dicampur 69 Ahli Parlimen PN sedia ada, ia masih lagi jauh untuk mencapai jumlah 112 yang diperlukan untuk menjatuhkan Anwar.


Mana lagi nak cekau sokongan selebihnya?


Kesimpulan mudah di sini, bukan saja Tun Mahathir harus berhenti daripada terus berilusi dan berkhayal untuk menjatuhkan kerajaan, kepada PN juga ingin diingatkan agar tidak melayan lagi sebarang cakap bekas Pengerusi GTA itu.


Tun Mahathir pada hakikatnya sudah tidak relevan lagi dalam politik negara ini, apatah lagi bila bercakap untuk menjatuhkan kerajaan.


Jika beliau relevan, tentulah dirinya tidak hilang deposit dan GTA yang diterajuinya tidak kalah semua kerusi ditandingi, malah tidak hilang semua deposit juga pada PRU15 lalu.


Dalam keadaan sekarang, lebih baik PN lupakan saja sebarang minat untuk menjatuhkan kerajaan kerana perkara itu semakin mustahil sekarang ini.


Lebih wajar PN menumpukan usahanya kepada mengukuhkan lagi parti bagi menghadapi PRU16 akan datang kerana hanya itu cara terbaik untuk menjatuhkan kerajaan.


Buat sementara ini, sebagai cara untuk mengelakkan PN terus kehilangan lebih ramai Ahli Parlimennya, Mahiaddin serta Hamzah tiada pilihan lain melainkan harus membawa secara “en bloc” seluruh Ahli Parlimen gabungan itu bersama-sama membina negara ini.


Untuk berlawan, tunggu saja PRU16 yang tempohnya empat tahun lagi.


Dengan yang demikian, Ahli-Ahli Parlimen PN tidak lagi terpecah dan dalam masa yang sama, peruntukan untuk menjaga kawasan masing-masing juga akan diperolehi.


Buang masa PN saja jika terus melayan Tun Mahathir yang penuh dendam kesumat dan sakit hati kepada Anwar itu. – ShahbudinHusin 30/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/30/pn-tak-usah-layan-cakap-tun-mahathir-lebih-baik-fokus-hadapi-pru16.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/pn-tak-usah-buang-masa-layan-cakap-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Yang Kian Lemah Sepatutnya Lebih Menggembirakan Bersatu Dan Tun Mahathir

Umno Yang Kian Lemah Sepatutnya Lebih Menggembirakan Bersatu Dan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 239 hits
Susulan keputusan buruk yang diterima UMNO dalam PRK Kemaman Sabtu lalu ramai yang cuba menzahirkan simpati kepada masa depan parti itu Terutama yang nampaknya paling simpati tentang masa depan UMNO itu ialah Bersatu dan tidak terkecuali ju...
Nak Anak Fokus Bijak Genius Masa Perhatian Mak Ayah Ubat Paling Mujarab Tak Perlu Produk Overclaim

Nak Anak Fokus Bijak Genius Masa Perhatian Mak Ayah Ubat Paling Mujarab Tak Perlu Produk Overclaim

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 280 hits
Kini lambakan pelbagai produk di pasaran yang dikatakan baik untuk perkembangan anak kecil kita dilihat semakin membimbangkan Walhal tanpa penggunaan produk yang berlebihan ini anak boleh fokus dan tenang Semuanya dengan masa dan perhatian ...
Masa Parti Dia Memerintah Lebih 22 Konsert Diadakan Tapi Tidak Pulak Doakan Begitu Ya Hamlau Betoi

Masa Parti Dia Memerintah Lebih 22 Konsert Diadakan Tapi Tidak Pulak Doakan Begitu Ya Hamlau Betoi

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 143 hits
Che IbrahimIslam tidak membenarkan kita bertindak zalim kepada orang lain kecuali kita dizalimi atau dimusuhi Mendoakan keburukan kepada orang lain semata mata kita tidak suka dengan perbuatannya adalah satu kezaliman Islam tak ajar macam t...
Ajak Anak Buat Aktiviti Ini Bentuk Peribadi Untuk Masa Depan Lebih Cerah

Ajak Anak Buat Aktiviti Ini Bentuk Peribadi Untuk Masa Depan Lebih Cerah

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 395 hits
Melentur buluh biarlah dari rebungnya begitulah perumpamaan didikan ibu ayah untuk membesarkan anak anak yang cemerlang berfikiran terbuka sentiasa positif Untuk membentuk peribadi anak ibu ayah haruslah menjadi contoh yang baik supaya menj...
Hiburan Ramai Tertipu Dengan Luaran Carilah Yang Lebih Baik Posting Isteri Abang Viva Luah Rasa Kecewa Undang Perhatian

Hiburan Ramai Tertipu Dengan Luaran Carilah Yang Lebih Baik Posting Isteri Abang Viva Luah Rasa Kecewa Undang Perhatian

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 197 hits
Hantaran yang di muat naik oleh isteri Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar baru baru ini telah mengundang perhatian warganet Melalui hantaran berkenaan wanita itu seolah olah meluahkan rasa kecewa dan menyatakan isu pengorbanan yang ...
Komen Komen Netizen Pelampau Lebih Baik Tak Yah Komen

Komen Komen Netizen Pelampau Lebih Baik Tak Yah Komen

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 306 hits
Mohd Fairul Al Qasas Komen komen netizen pelampau Lebih baik tak yah komen daripada pertikaikan ibadah orang Solat ni wajib dalam apa jua keadaan kecuali semasa ABC Solat tu memang kewajipan tiada apa yang perlu dibanggakan tapi janganlah s...
Rafizi Populariti Anwar Tengah Penggal Lebih Baik Berbanding 3 Pm Terdahulu

Rafizi Populariti Anwar Tengah Penggal Lebih Baik Berbanding 3 Pm Terdahulu

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 199 hits
Anne MuhammadPUTRAJAYA Kemerosotan populariti sesebuah kerajaan pada pertengahan penggal ialah perkara biasa malah turut dihadapi tiga perdana menteri terdahulu kata Rafizi Ramli Bagaimanapun timbalan presiden PKR itu berkata berdasarkan ka...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy