Umno Yang Kian Lemah Sepatutnya Lebih Menggembirakan Bersatu Dan Tun Mahathir




Susulan keputusan buruk yang diterima UMNO dalam PRK Kemaman Sabtu lalu, ramai yang cuba menzahirkan simpati kepada masa depan parti itu.


Terutama yang nampaknya paling simpati tentang masa depan UMNO itu ialah Bersatu dan tidak terkecuali juga ialah bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.


Beberapa pemimpin Bersatu lantas memberi pandangan agar UMNO perlu segera mengkaji semula hubungannya dengan PH melalui pembentukan kerajaan perpaduan jika tidak mahu terus tenggelam dalam PRU akan datang.


Kata mereka, keputusan PRK Kemaman adalah bukti keberadaan UMNO dalam kerajaan perpaduan yang ada DAP di dalamnya, tidak diterima oleh pengundi Melayu.


Begitu juga dengan Tun Mahathir yang pernah menyarankan kepada Ahmad Zahid Hamidi agar membubarkan UMNO, kali ini simpatinya kepada masa depan parti itu terjulang bukan main kepalang.


Menurut beliau, jika UMNO terus bekerjasama dengan PH dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim yang ada DAP, parti itu lenyap dalam PRU16 nanti.


Tambah bekas Pengerusi GTA yang partinya hilang deposit semua kerusi ditandingi pada PRU15 lalu, hanya dengan memisahkan diri daripada DAP dan kembali kepada perjuangan asal saja yang membolehkan UMNO diterima semula oleh orang Melayu.


Baik Bersatu mahupun Tun Mahathir, kedua-duanya adalah musuh ketat UMNO dan sentiasa mahu mengalahkan parti itu.


Mereka bukanlah kawan baik, bukan juga kawan yang boleh sesekali diajak minum kopi untuk berbual serta bertukar fikiran.


Bahkan Tun Mahathir kini adalah penasihat ekonomi kepada empat negeri yang ditadbir Pas, suatu kedudukan yang bermakna jiwa raganya kini sudah bersama parti pimpinan Hadi Awang itu.


Macam mabuk ketum saya cuba memikirkannya, kenapakah dalam mereka diketahui merupakan musuh ketat dan sentiasa mahu mengalahkan UMNO, tetapi masih ada simpati dan tak segan-segan pula memberi cadangan bagaimana caranya agar parti itu dapat dipulihkan semula sokongannya?


Apa yang Bersatu dan Tun Mahathir mahu sebenarnya, masih mahu mengalahkan UMNO atau ingin melihat UMNO pulih semula?


Bukankah sebagai musuh kepada UMNO, Bersatu dan Tun Mahathir seharusnya gembira dengan kedudukan UMNO yang semakin lemah dan ditolak pengundi ketika ini kerana ia memberi lebih peluang kepada mereka untuk menang PRU16 kelak?


Bahkan UMNO sepatutnya digalakkan memeluk DAP dengan lebih erat lagi, dengan demikian barulah potensi lagi besar kemenangan dapat mereka genggam.


Khusus kepada Tun Mahathir, selain beliau merupakan penyumbang utama kepada kehilangan kuasa UMNO sebelum ini dan hasratnya untuk melihat parti itu dibubarkan belum kesampaian, tidakkah dengan kemungkinan UMNO kalah teruk dalam PRU16 akan datang, maka ia lebih mudah untuk dilenyapkan terus?


Tetapi, kenapa mereka sekarang bersimpati?


Apakah Bersatu tidak mahu kepada kemenangan dan Tun Mahathir tidak mahu Pas beroleh kuasa selepas ini, sebaliknya tetap mahukan UMNO disokong semula, seterusnya kembali menerajui negara? – ShahbudinHusin 05/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/05/umno-yang-lemah-sepatutnya-berita-gembira-kepada-bersatu-dan-tun-mahathir.html








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/umno-yang-kian-lemah-sepatutnya-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Tak Usah Buang Masa Layan Cakap Tun Mahathir Lebih Baik Fokus Hadapi Pru16

Pn Tak Usah Buang Masa Layan Cakap Tun Mahathir Lebih Baik Fokus Hadapi Pru16

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 217 hits
Di sebalik kedudukan Anwar Ibrahim yang kian mengukuh untuk terus kekal menerajui negara Tun Mahathir Mohamad nampaknya masih lagi berilusi tentang kejatuhan kerajaan Ternampak dendam dan sakit hati yang bersarang dalam diri bekas Perdana M...
Berkubur Pru 16 Mahathir Bimbang Umno Makin Kuat Bersama Ph

Berkubur Pru 16 Mahathir Bimbang Umno Makin Kuat Bersama Ph

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 146 hits
Telahan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad kononnya parti terbesar orang Melayu UMNO akan berkubur pada Pilihan Raya Umum ke 16 susulan kalah teruk pada Pilihan Raya Kecil Kemaman merupakan pendapat songsang Bagi Pengarah Komunikasi...
Opinion Mahathir Is Wrong Umno S Best Interest Lies In Remaining With The Unity Government

Opinion Mahathir Is Wrong Umno S Best Interest Lies In Remaining With The Unity Government

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 239 hits
The chances of Umno bettering its result in the next general election is actually better if it remains in the unity government than in joining PN or going its own way If it joins PN Umno is going to be fishing in the same pond with Bersatu ...
Tidak Bincang Dasar Perhimpunan Bersatu Lebih Fokus Drama Muhyiddin Kata Shahril

Tidak Bincang Dasar Perhimpunan Bersatu Lebih Fokus Drama Muhyiddin Kata Shahril

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 116 hits
Shahril Hamdan berkata Bersatu sepatutnya membincangkan tawaran mereka untuk menyelesaikan isu membabitkan rakyat PETALING JAYA Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada minggu lalu dilihat gagal menjadi platform membincangkan dasar kerajaan d...
Mp Bersatu Semakin Ramai Menyatakan Sokongan Kepada Kerajaan Perpaduan

Mp Bersatu Semakin Ramai Menyatakan Sokongan Kepada Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 166 hits
Zaki abd SaniMereka menyampah kepada Muhyiddin atau semakin risau dengan kesombongan Kepimpinan Pas Kini pas kelihatan Suka Membuat keputusan bersendirian tanpa Merujuk kepada Bersatu Perlantikan Dr Sam Sebagai Bakal PM ke 11 contoh nya Mem...
4 Doa Hujan Lebat Supaya Hujan Lebih Bermanfaat

4 Doa Hujan Lebat Supaya Hujan Lebih Bermanfaat

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 203 hits
Hujan ialah satu anugerah yang sangat luar biasa dari Allah SWT untuk seluruh ciptaan di bumi Oleh itu doa hujan lebat amat dituntut kepada kita sebagai hamba Allah SWT agar hujan biasa biasa atau lebat akan menjadi bermanfaat untuk hambany...
Puluhan Ribu Miras Ilegal Di Pasuruan Dimusnahkan Nilainya Capai Setengah Miliar Lebih

Puluhan Ribu Miras Ilegal Di Pasuruan Dimusnahkan Nilainya Capai Setengah Miliar Lebih

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 146 hits
Pemusnahan digelar di PT Sinergi Jelma Anugrah Kecamataan Pandaan Kabupaten Pasuruan Jatim
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah