Pn Sudah Terima Draf Perjanjian Peruntukan Sekata


malaysiakini.com
Isabelle Leong, Alyaa Alhadjri & B Nantha Kumar
Diterbitkan: Mar 21, 2024 9:07 PM
PARLIMEN | Hamzah Zainudin hari ini berkata dia sudah menerima dokumen yang memperincikan rundingan mengenai peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.

Katanya dia menerima draf tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

"Cuma kita (pembangkang) nak lihat perkara-perkara yang menjadi syarat dalam dokumen itu," katanya semasa berbalas hujah dengan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

Ketika itu Saifuddin sesi penerangan mengenai langkah pemerkasaan Lembaga Penapisan Filem.

Pertikaian singkat di antara dua ahli politik itu bermula apabila RSN Rayer (PH–Jelutong) mencadangkan agar dihasilkan filem lanjutan Anwar: The Untold Story bagi menceritakan kisah pihak yang telah mengkhianati Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam perjalanan politiknya.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, tidak ada keperluan untuk sekuel seperti itu dan menyifatkan Anwar seorang yang memandang ke hadapan dan pemaaf.

Sambil menyokong kenyataan Saifuddin bahawa pemimpin harus memaafkan, Hamzah turut membidas Anwar kerana "cakap tak serupa bikin" apabila menganggap perdana menteri itu menindas pembangkang.

"Jangan timbulkan polemik di negara apabila pemimpin ni cakap tak serupa bikin.

"Saya nasihat sesama kita hari, pada bulan puasa ni, berlaku adillah kepada semua. Itu permintaan saya,” kata ketua pembangkang itu.

Nampak sebagai pendendam

Sebagai respons, Saifuddin berkata jika Hamzah bercakap mengenai peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang, ahli parlimen PH juga tidak menerimanya ketika Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin (Pagoh) menjadi perdana menteri.

Kata Saifuddin, dia masing ingat bagaimana Muhyiddin ketika itu memberikan jawapan terhadap permintaan ahli parlimen PH yang mahu peruntukan pembangunan kawasan disalurkan melalui wakil rakyat setempat.

Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha PH menjelaskan, peruntukan memang diberi ke kawasan pembangkang namun tidak melalui ahli parlimen pembangkang.

“Hanya semasa Bera (Ismail Sabri Yaakob) menjadi perdana menteri, kami menerima peruntukan itu.

"Secara kebetulan, saya dan Larut berada dalam jawatankuasa Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) pada masa itu," kata Saifuddin.

Bagaimanapun, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu dan PN berkata, Saifuddin telah tersilap apa yang diperkatakannya.
Anwar IbrahimKata Hamzah dia tidak bercakap mengenai peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen sebaliknya merujuk kepada pelbagai isu lain.

“Banyak perkara lain yang saya maksudkan. Orang nampak perdana menteri (Anwar) sebagai seorang yang sangat berdendam.

“Contohnya, dikatakan kerajaan sebelum ini (PN) menggunakan wang berbilion-bilion, RM600 bilion, RM300 bilion, tetapi akhirnya tidak ada apa-apa.

"Inilah yang dilihat oleh rakyat. Tindakan lebih berkesan berbanding kata-kata.

“Baru dua tiga hari lalu, saya berjumpa timbalan perdana menteri. Peruntukan adalah dua hala – anda tawarkan, kami terima.

"Sama ada kita tangguh atau tidak, itu perkara lain.

"Apabila anda mempunyai kuasa, jangan menyalahgunakan majoriti yang anda ada," kata Hamzah.
Saifuddin kemudian menjelaskan pada awalnya dia membuat tafsiran sebegitu kerana terdapat banyak aduan yang dibuat oleh ahli parlimen pembangkang mengenai isu peruntukan sama rata kepada ahli parlimen.

Bagaimanapun, mengenai dakwaan Hamzah bahawa Anwar adalah individu yang pendendam, Saifuddin berkata dia “serahkan kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai”.

“Setakat ini, insya-Allah, kerajaan kukuh, bersatu dan berfungsi.

“Saya rasa mari kita ikuti bersama-sama rangka kerja yang pembangkang boleh terus mengkritik.

“Pembangkang boleh jadi (mekanisme) semak dan imbang, untuk memantau,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata perbincangan akan diadakan dengan wakil pembangkang berhubung permintaan mereka mendapatkan peruntukan sama rata.

Fadillah berkata, hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet minggu depan.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/pn-sudah-terima-draf-perjanjian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fadillah Nafi Ada Draf Perjanjian Peruntukan Wakil Rakyat Pembangkang

Fadillah Nafi Ada Draf Perjanjian Peruntukan Wakil Rakyat Pembangkang

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 274 hits
malaysiakini comTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini berkata tidak wujud draf perjanjian berkaitan tuntutan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dengan Kerajaan MADANI seperti didakwa oleh pemimpin Perikatan Nas...
Draf Perjanjian Kerajaan Pembangkang Tak Wujud Kata Tpm

Draf Perjanjian Kerajaan Pembangkang Tak Wujud Kata Tpm

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 204 hits
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata tiada perbincangan mengenai suatu perjanjian dalam pertemuan dengan ketua pembangkang pada 19 Mac lepas PETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata draf perjanjian yang diper...
Polis Tidak Terima Laporan Kes Tular Bom Ikan Sungai Di Gerik

Polis Tidak Terima Laporan Kes Tular Bom Ikan Sungai Di Gerik

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 271 hits
GERIK Tiada laporan polis diterima setakat ini membabitkan kegiatan mengebom ikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah sungai di Gerik seperti mana yang tular dalam media sosial Ketua Polis Daerah Gerik Superintenden Zulkifli Mahmood berkata bu...
Bukan Kim Jiwon Artis Wanita Ini Terlebih Dahulu Terima Tawaran Untuk Terajui Queen Of Tears

Bukan Kim Jiwon Artis Wanita Ini Terlebih Dahulu Terima Tawaran Untuk Terajui Queen Of Tears

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 239 hits
Tidak dinafikan bahawa Kim Soo hyun dan Kim Ji won mempunyai keserasian yang hebat dalam Queen of Tears kan ARTIKEL BERKAITAN Sudah 2 episod bersiaran Queen of Tears mengikuti Kim Soo hyun dan Kim Ji won sebagai pasangan suami isteri mendeb...
Terima Banyak Keluhan Dari Investor Soal Kecepatan Investasi Di Ikn Ini Arahan Jokowi Ke Para Menteri

Terima Banyak Keluhan Dari Investor Soal Kecepatan Investasi Di Ikn Ini Arahan Jokowi Ke Para Menteri

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 160 hits
Jokowi juga memerintahkan agar status lahan bagi investor segera ditetapkan dan diperjelas Basuki menuturkan Jokowi akan memonitor arahan arahan tersebut
4 Penjawat Awam Bersekongkol Dengan Sindiket Terima Rasuah Lebih Rm5 Juta

4 Penjawat Awam Bersekongkol Dengan Sindiket Terima Rasuah Lebih Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 183 hits
MOHD RIDZAUDDIN ROSLANBeberapa suspek yang ditahan SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi mendapatkan perintah reman Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR KOSMO PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan empat penjawat ...
Video Prabowo Terima Ucapan Selamat Dari Kawan Lama Raja Yordania

Video Prabowo Terima Ucapan Selamat Dari Kawan Lama Raja Yordania

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 239 hits
Prabowo Subianto mendapatkan ucapan selamat Raja Abdullah II dari Yordania
Imam Bilal Dan Tok Siak Di Pahang Bakal Terima Sumbangan Aidilfitri Daripada Kerajaan Negeri

Imam Bilal Dan Tok Siak Di Pahang Bakal Terima Sumbangan Aidilfitri Daripada Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 269 hits
KUANTAN Sebanyak RM788 000 diperuntuk bagi golongan pengimarah masjid seperti imam bilal tok siak di Pahang sempena Hari Raya Aidilfitri nanti Exco Hal Ehwal Agama Islam Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Sye...
Umdap Yang Menyebut Lebih Setan Dan Dajjal Dari Yang Dimaksudkan

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Anak Mulan Jameela Murung Kerana Teruk Dibuli Netizen Sejak Wedding Al Ghazali Ahmad Dhani Berang Amp Buat Laporan

Yuyu Husband And Three Family Members Accused Of Distributing Pil Kuda Face The Death Penalty

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

The Joy Of Natural Posing Creating Authentic Connections In Photos

Petua Ketika Makan Durian Elak Panas Badan Kembung

Dr M S Nine Lives Syed Saddiq Lets The Cat Out


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Starlink Malaysia Patutkah Anda Tukar Dari Unifi Atau Maxis

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style

New Proton X50 More Aggressive And Stylish

Adakah Makanan Tambahan Semula Jadi Memang Baik Untuk Anda

Menangis Bukan Sebab Tak Redha Tapi Rindu

Ulasan Tony Hawk S Pro Skater 3 4 Sertai Aksi Skateboard