Pn Perlu Buat Rombakan Ganti Ketua Pembangkang Baharu




Kehadiran barisan kepimpinan baharu dalam kabinet Kerajaan Perpaduan sejak Selasa lalu memberi nafas segar kepada blok Madani untuk memantapkan pentadbirannya.
Oleh itu, Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran menyarankan blok pembangkang yang tidak putus putus cuba menumbangkan kerajaan agar merombak barisan kepimpinan mereka dengan menukar jawatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa.
Menyifatkan prestasi Setiausaha Agung Bersatu itu ‘lemah’ di Dewan Rakyat, Yuneswaran berpendapat, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang menang Pilihan Raya Kecil Kemaman baru baru ini sepatutnya mengambilalih kedudukan Ketua Pembangkang.
“Rombakan kabinet telah selesai, jadi saya saran Ketua Pembangkang (di Dewan rakyat) juga perlu ditukar kerana beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang berkualiti jika dibandingkan dengan sebelum ini (Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang).
“Bukan itu sahaja, beliau juga kerap tidak hadir ke Parlimen. Jadi saya fikir, sudah tiba masanya Ahli Parlimen Kemaman (Samsuri) jadi Ketua Pembangkang kerana beliau dilihat lebih baik (berwibawa) daripada pemimpin parti Bersatu,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Untuk rekod, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besat Terengganu diangkat menjadi Ahli Parlimen Kemaman pada 2 Disember lalu, apabila menang dengan majoriti 37,220 undi menewaskan calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang hanya mendapat 27,778 undi.
Mengulas lanjut berkenaan rombakan kabinet, Yuneswaran optimis kehadiran muka-muka baharu, terutama tokoh teknokrat seperti Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II mampu memberi impak baik kepada pembangunan ekonomi negara.
“Saya yakin barisan kehadiran tokoh baharu ini bukan sahaja boleh menstabilkan politik negara tetapi ia juga boleh memberikan idea-idea baharu yang baik untuk negara.
“Ia bukan sahaja memenuhi ruang kekosongan dan jawatan kabinet tetapi dengan kepakaran dalam bidang masing-masing itu mampu membantu Perdana Menteri untuk terus memacu negara,” ujarnya lagi.
Selasa lalu, selain tokoh teknokrat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan pelantikan menteri baharu antaranya Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi; Ahli Parlimen Damansara dan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo (Menteri Digital); serta Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan).
Manakala, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan kini memegang jawatan Menteri Sumber Manusia.
The post ‘PN perlu buat rombakan, ganti Ketua Pembangkang baharu’ first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36938?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pn-perlu-buat-rombakan-ganti-ketua-pembangkang-baharu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelantikan Ketua Pengarah J Kom Baharu Dibincang Hari Ini

Pelantikan Ketua Pengarah J Kom Baharu Dibincang Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 152 hits
Oleh Helmi Mohd FoadMenteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan bertemu dengan pihak pengurusan Jabatan Komunikasi Komuniti hari ini antara lain bagi membincangkan mengenai pelantikan Ketua Pengarah baharu agensi itu secepat mungk...
Pencapaian Pembangkang Pn Merapu Dalam Setahun Lokman

Pencapaian Pembangkang Pn Merapu Dalam Setahun Lokman

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 192 hits
Pasca Kerajaan Perpaduan merayakan pencapaian setahun memerintah pada minggu lalu rakyat tertanya tanya apakah pula pencapaian pembangkang PN sepanjang tempoh yang sama Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia Datuk Lokman Noor Adam sepanjang...
Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Ada Pihak Cuba Jatuhkan Saya

Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Ada Pihak Cuba Jatuhkan Saya

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 243 hits
Faisal AsyrafKUALA LUMPUR Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mendakwa ada pihak tertentu cuba menjatuhkannya dan mencemarkan reputasinya menerusi tohmahan dan tuduhan Bekas ketua polis Johor itu bagaimanapun berkat...
Hang Buat Kerja Elok Elok Selama Ni Probono Banyak Melawan Segala Fitnah Pembangkang

Hang Buat Kerja Elok Elok Selama Ni Probono Banyak Melawan Segala Fitnah Pembangkang

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 199 hits
Oleh Abdullah ZaidKementerian Komunikasi memaklumkan Jabatan Komunikasi Komuniti yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri kini di bawah seliannya Menterinya Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dibuat susulan mesyuarat Jemaah Menteri...
Mengutuk Ja Kerja Pembangkang Ni Masa Jadi Kerajaan Sakaw Jaa Keejanya Apa Pun Tak Boleh Buat

Mengutuk Ja Kerja Pembangkang Ni Masa Jadi Kerajaan Sakaw Jaa Keejanya Apa Pun Tak Boleh Buat

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 149 hits
Titah Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar ni mungkin akan buat beberapa pemimpin lebai tak dapat tidur malam Tuanku dah beri petunjuk jelas Bermakna Tuanku tak mahu kerja tebuk atap rampas kerajaan melalui pintu belakang...
Kabinet Makin Besar Pembangkang Dakwa Anwar Mungkir Janji

Kabinet Makin Besar Pembangkang Dakwa Anwar Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 326 hits
freemalaysiatoday com 12 Dec 2023 4 50pmPAS berkata perubahan Jemaah Menteri dilihat lebih kepada menjaga kuasa berbanding mempertingkat prestasi barisan pentadbiran yang sebenar Rombakan Jemaah Menteri diumumkan Anwar Ibrahim menyaksikan j...
Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Advice To Senior Citizens

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Elephant Mothers Form Strong Emotional Bonds With Calves

Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Kru Dan Icon Entertainment Lakar Sejarah Terima 2 Pengiktirafan Dari The Malaysia Book Of Records


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Adakah Akaun Emas Gap Patuh Syariah

Proses Blog Recovery Www Siinurul Com

Resepi Ikan Bakar Terpaling Sedap Simple Lazat

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Wan Dy Sayang Hanya Mainan Chord

Eur Usd 12 Mei Konflik Ukraine Mungkin Dapat Diselesaikan