Pn Masih Dengan Calon Perdana Menterinya


 
Setuju atau tidak dengan cadangannya, Ahli Dewan Ulama PAS Mokhtar Senik pada pendapat saya wajar ditabik. Sekurang-kurangnya beliau tidak berselindung, tidak cakap berlapik dan tidak beri ‘bunga bunga’.
Mokhtar berterus terang mencadangkan Presidennya Abdul Hadi Awang sebagai calon perdana menteri dari kem pembangkang untuk ditawarkan kepada pengundi.
Sememangnya PAS sejak sekian lama mahu Hadi jadi perdana menteri jika ia atau gabungan politik yang disertainya memerintah Malaysia. Ini bukan rahsia. Cuma tidak ramai seperti Mokhtar berani menyuarakan Hasrat berkenaan.
Malah Mursyidul Am PAS Hashim Jasin ‘sekadar’ menegaskan partinya lebih layak memimpin Perikatan Nasional (PN). Benar kenyataan Hashim boleh dilihat menolak Muhyiddin Yassin menjadi calon perdana menteri PN. Namun beliau tidak menamakan Hadi secara terbuka sebagai calon perdana menteri PN pilihan PAS.
Umum tahu Bersatu sekutu PAS dalam PN mahu Muhyiddin yang juga presiden mereka menjadi perdana menteri. Imbau kenyataan Naib Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu lewat tahun lalu mengesyorkan Muhyiddin sebagai calon tunggal jawatan perdana menteri mewakili PN pada PRU akan datang.
Kenyataan Faizal mencetus reaksi keras Pemuda PAS yang menyifatkannya langkah gelojoh kerana isu calon PM belum dibincangkan PN. Seperti dikatakan tadi itu tahun lalu.
Namun soal calon perdana menteri PN tidak reda sehingga menyaksikan Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail tampil menyatakan belum masanya PN memutuskan siapa calon perdana menteri mereka.
Dan kata beliau lagi perkara itu tidak akan dibincangkan secara terbuka. Tindakan beliau diibaratkan usaha ‘menyejukkan’ keadaan dengan cara menarik rambut dalam tepung.
Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini sehari selepas Hashim sekali lagi menegaskan bahawa partinya seharusnya memimpin gabungan pembangkang merujuk kekuatannya berbanding Bersatu.
Walaupun kenyataan Tun Faisal dibuat ketika pemimpin PAS masih memperkatakan soal calon perdana menteri PN, rakan beliau sendiri dalam Bersatu pada masa sama bercakap mengenai isu ini.
Pada hari yang sama Tun Faisal keluar dengan kenyataannya yakni 15 Januari lalu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menamakan secara terbuka empat pemimpin PN yang pada pandangannya layak jadi calon PM.
Dari sudut pandangan beliau yang layak ialah Muhyiddin (bukanlah memeranjatkan beliau memilih presiden parti sendiri), Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin yang juga timbalan presiden Bersatu.
Dua nama lain adalah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu.
Menarik pada hemat saya beliau tidak menamakan Azmin Ali, setiausaha agung Bersatu yang baru dilantik. Dan paling ketaranya Hadi tidak dimasukkan dalam senarai calon pilihan beliau.
Malaysiakini memetik Wan Ahmad Fayhsal berkata seorang pemimpin yang ingin dicalonkan sebagai perdana menteri mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan pihak Istana.
Adakah Muhyiddin dan Hamzah mempunyai hubungan baik dengan istana? Sama ada istana negara mahupun istana negeri-negeri.
Imbas kembali titah Yang di Pertuan Agong ke 16 berhubung pembentukan kerajaan perpaduan bagi menyelesaikan kemelut politik negara selepas PRU 15. Siapa agaknya yang menolak cadangan baginda?
Bagaimanapun bagi Wan Fayhsal “Sebagai negarawan senior Tan Sri Muhyiddin ada hubungan baik dengan pihak istana”. Seperti dikata tadi Wan Fayhsal tidak menamakan Hadi. Bagaimana hubungan Hadi dengan istana?
Kata Mokhtar, beliau mengutarakan nama Hadi kerana presiden PAS itu mampu membawa ‘wajah baru politik negara’. Cadangan beliau mendapat pelbagai reaksi termasuk yang negatif yakni mempertikaikan pendapat beliau Hadi ‘paling layak’.
Beliau tampil memberi penjelasan lanjut seperti dilapor Malaysiakini semalam. Menurut Mokhtar beliau berkata Hadi “paling layak” ialah “jika ( orang ramai ) mahukan sebuah kerajaan Islam dan negara Islam”.
Seterusnya beliau berkata “Tapi kalau mahukan sebuah negara sekular, liberal yang macam ada sekarang memangkah Tuan Guru Haji Hadi tak layak”. Adakah Wan Fayhsal sependapat dengan Mokhtar semasa mengemukakan senarai calon pilihannya yang tidak ada nama Hadi?
Adakah Mokhtar bermaksud selain Hadi tidak ada pemimpin lain daripada PAS dan Bersatu yang boleh ‘tegakkan negara Islam’ di Malaysia?
Sehingga artikel ini ditulis belum ada reaksi Hadi terhadap cadangan Mokhtar dan juga senarai Wan Fayhsal.
Apa pun amalan menamakan calon perdana menteri ialah perkara biasa yang dibuat parti politik bertujuan memberitahu rakyat siapa akan menjadi pemimpin ditakdirkan ia menang.
Namun menurut Malaysiakini pada 22 Disember 2017 Hadi menegur tindakan pihak yang menamakan calon perdana menteri lebih awal atas alasan: “Ia bercanggah dengan amalan Rasulullah SAW. Panjang lagi hujah beliau yang tidak perlu saya ulangi disini.
Yang menjadi persoalan ialah mengapa PN bercakap mengenai calon perdana menteri mereka sekarang. Adakah kerana ini persediaan awal bagi menghadapi PRU16? Perlu dinyatakan mandat kerajaan perpaduan sah sehingga 2027.
Atau adakah ini ada kena mengena dengan amaran PN yang membayangkan ia amat ‘berminat’ mengambil jalan pintas mendapatkan kuasa dengan mengenepikan proses peti undi? - FMT
Artikel in adalah pandangan penulis dak tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/pn-masih-dengan-calon-perdana-menterinya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Calon Isteri Buat Suami

Drama Calon Isteri Buat Suami

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 391 hits
Nantkan drama adaptasi novel Calon Isteri Buat Suami karya Sophilea akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3 Drama terbitan Sha s Media Sdn Bhd diarahkan oleh Bahri Uma Menampilkan gandingan pelakon utama Jazmy Juma dan Siti Hariesa Calon Is...
Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 202 hits
Portal UK Kembali Kaitkan Naim Garcia Dengan Harimau Malaya Naim Garcia calon pemain warisan baru memiliki darah warisan Sepanyol Malaysia Sabah Bekas pemain akademi Real Madrid itu mempunyai ketinggian 180cm turut pernah beraksi buat Barce...
Kes Hina Raja Berderet Masih Parti Pejuang Melayu

Kes Hina Raja Berderet Masih Parti Pejuang Melayu

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 141 hits
HarapandailyJanuary 4 2025Oleh LIYANA MARZUKISetiausaha Agung Pas keluarkan kenyataan Mereka akan teruskan Perhimpunan Solidariti Najib Isnin ini sebab nak pertahankan titah Raja Melayu Walhal kenyataan Istana Negara sudah terang memberi hi...
Adakah Blog Dan Domain Sendiri Masih Berbaloi Di Tahun 2025

Adakah Blog Dan Domain Sendiri Masih Berbaloi Di Tahun 2025

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 229 hits
Genap 5 tahun aku menggunakan domain siinurul com Selama hampir 9 tahun menulis blog tak sangka aku masih bertahan walaupun dengan perkembangan era digital yang semakin hari semakin mencabar buat penulis blog seperti aku Aku tiba tiba terde...
Najib Bakal Pm 11 Masih Adakah Peluang Buat Najib

Najib Bakal Pm 11 Masih Adakah Peluang Buat Najib

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 112 hits
Che IbrahimAda orang kata Najib bakal PM 11 entahlah Atas kertas Najib akan dibebaskan pada tahun 2028 setelah hukumannya dikurangkan dari 12 tahun ke 6 tahun Tu pun kalau dia bayar denda rm50 juta seperti yang telah dikurangkan dari perint...
8909 Calon Lanjut Pelajaran Di Mrsm Tahun Ini

8909 Calon Lanjut Pelajaran Di Mrsm Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 133 hits
Seramai 8 909 pelajar berjaya ditawarkan ke 56 Maktab Rendah Sains Mara di seluruh negara bagi kemasukan sesi 2025 Pengerusi Majlis Amanah Raya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya menerima sebanyak 93 635 permohonan ke tingkatan s...
Pelik Wan Fayhsal Tak Sebut Hadi Sebagai Calon Pm

Pelik Wan Fayhsal Tak Sebut Hadi Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 106 hits
Malaysiakini nbsp Kenapa pemimpin Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak melihat Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai salah calon perdana menteri daripada Perikatan Nasional Perkara itu dibangkitkan oleh wakil rakyat DAP Lim Lip E...
Setiausaha Politik Perdana Menteri Pertikaikan Surat Pengesahan Titah Addendum Dari Istana Pahang

Setiausaha Politik Perdana Menteri Pertikaikan Surat Pengesahan Titah Addendum Dari Istana Pahang

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 135 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berpendapat surat Istana Pahang yang mengesahkan kewujudan Titah Addendum yang memberi kelegaan hukuman penjara kepada tahanan rumah tidak berapa tepat Be...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidup Setiap Orang Berbeza

Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat