Pn Lawan Di 27 Kerusi Kritikal Meski Bakal Berlaku Pertembungan




 
Perikatan Nasional (PN) akan meletakkan calon daripada komponen parti itu di kesemua 27 kerusi Parlimen yang dianggap kritikal dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi menentang calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ada pimpinan UMNO yang mendabik dada yakin mereka boleh menang di kerusi kritikal itu meskipun berlaku pertembungan.

“Pertembungan tidak dapat dielakkan sebab ada dalam kalangan pemimpin UMNO kata, kalau bertembung pun dia boleh menang, dia rasa ‘cocky’ (yakin), jadi kita lawan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Turun Padang dan Jamuan Rakyat serta penyampaian Suratan Hak Milik Tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Marang di Dewan Majlis Daerah Marang, hari ini (20 Oktober 2022), lapor Berita Harian.

Kawasan itu ialah Kangar, Jerlun, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Kulim Bandar Baharu, Parit Buntar, Tambun, Lumut, Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Temerloh, Sungai Besar, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kapar, Kuala Langat, Titiwangsa, Kuala Pilah, Tampin, Sri Gading, Tanjung Piai, Tangga Batu dan Putatan.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata tiada sebarang perbincangan untuk  memberi laluan kepada UMNO-BN bagi mengelakkan mana-mana kerusi dikuasai PH.

“PAS akan ambil kerusi itu macam biasa, tapi sama ada PAS atau Bersatu bergantung kepada keputusan akhir perundingan antara PAS dengan Bersatu dan juga rakan dalam PN.

“Ada yang Bersatu ambil, ada yang PAS ambil dan ada Gerakan ambil. Jadi, kita lihat hasil rundingan nanti,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata, pengagihan kerusi dalam gabungan PN sudah mencapai 90 peratus dan pihaknya akan melakukan satu lagi siri perundingan esok.

Berdasarkan keputusan PRU-14, ke semua 27 kerusi kritikal itu dimenangi PH namun jika digabungkan jumlah undi diperoleh BN dan PAS pada 2018, jumlahnya lebih tinggi berbanding yang dimenangi PH.

Semua kerusi berkenaan dahulu milik UMNO-BN dan PAS, kini milik PH susulan pertembungan tiga penjuru pada PRU-14.

27 kerusi kritikal itu membabitkan 20 kerusi Parlimen majoriti Melayu yang dimenangi PH pada PRU-14 dan tujuh lagi yang menyaksikan PH kalah tipis.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata PH mampu memenangi 27 kerusi Parlimen yang dianggap kritikal itu jika menguasai 30 peratus sokongan pengundi Melayu di kawasan berkenaan.

Katanya, kemenangan itu boleh dicapai sekiranya PKR dan PH boleh merayu pengundi Melayu yang mencukupi, walaupun berada dalam pertarungan satu lawan satu, sama ada bertembung dengan UMNO atau PAS.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/pn-lawan-di-27-kerusi-kritikal-meski.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Khairy Bakal Bertanding Kerusi Parlimen Kini Dipegang Parti Lawan

Pru15 Khairy Bakal Bertanding Kerusi Parlimen Kini Dipegang Parti Lawan

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 280 hits
SEREMBAN Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini memberi bayangan bahawa beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen yang kini disandang wakil parti bukan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Meskipun kerusi itu belum dimuktama...
Umno Sedia Lawan Pas Di 27 Parlimen Kritikal Kata Khaled

Umno Sedia Lawan Pas Di 27 Parlimen Kritikal Kata Khaled

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 221 hits
freemalaysiatoday com October 11 2022 7 07 AMNaib Presiden Umno Khaled Nordin berkata PAS gagal memenuhi tiga tuntutan dikemukakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bagi menjalin kerjasama kerjasama politik dengan memutuskan hubungan bersama...
Pn Akan Tolong Umno Menang Di 27 Kerusi Kritikal

Pn Akan Tolong Umno Menang Di 27 Kerusi Kritikal

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 337 hits
Saya pun dah dimaklumkan oleh pimpinan dan perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada PN Bersatu PAS mengusahakan untuk mengelakkan bertembung di 27 kerusi berisiko dengan Umno Seorang pemimpin PAS mendedahkan Bersatu sudah diberitahu supaya...
Kerjasama Pas Umno Terputus Pertembungan Di 27 Kerusi

Kerjasama Pas Umno Terputus Pertembungan Di 27 Kerusi

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 207 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 11 2022 10 36 AMPAS gagal memenuhi syarat yang digariskan Umno untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang menurut Naib Presiden Umno Khaled Nordin Justeru bekas menteri besar Johor itu menjangkakan...
Pn Bn Bertembung Di 27 Kerusi Kritikal Kerana Keegoan Umno

Pn Bn Bertembung Di 27 Kerusi Kritikal Kerana Keegoan Umno

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 134 hits
agendaily com24 10 2022Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan Keegoan UMNO menolak perbincangan menjadi sebab pertembungan antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional di 27 kerusi kritikal pada Pilihan Raya Umum Ke 15 19 Novem...
Mesti Yuqi Kahwin Dulu Soyeon Kongsi Pandangan Ahli I Dle Mana Bakal Tamat Bujang

Mesti Yuqi Kahwin Dulu Soyeon Kongsi Pandangan Ahli I Dle Mana Bakal Tamat Bujang

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 212 hits
Selepas kembali dengan lagu comeback Nxde So yeon I DLE nak kahwin pula ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini kumpulan I DLE tampil dalam satu rancangan hiburan Street Alcohol Fighter 2 yang kini bersiaran di laman YouTube rancangan tersebut Dala...
Rentasan 1233 Gempar Hadi Awang Bakal Disiasat Polis Sprm

Rentasan 1233 Gempar Hadi Awang Bakal Disiasat Polis Sprm

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 222 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1233 1 SIAPA KATA PAKATAN HARAPAN KOMUNIS 2 AGEN MOSSAD BERKUBANG DI MALAYSIA 3 USAHA KERAJAAN MELAYU ISLAM DICANTAS RAKAN SENDIRI Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Politik Ma...
Matcha Sofuto Sedap Jugalah

Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

Biomedical Science University In Malaysia What To Consider

5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru

Senarai Semua 17 Jenis Klasifikasi Perkhidmatan Sspa Penjawat Awam Terkini Pekeliling 2024

Gaojing888 To 9 2568 888 Website 888 Gaojing888 Top 69 By Leif

Why Full Arch Implants Are The Future Of Complete Tooth Replacement

Seni Berdamai Dengan Takdir Refleksi Dari Lagu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


One Step Close

Jus Alpukat Creamy Nyummy

Rajin Rajinlah Tengok Status Story Kawan Anda

Benzooloo Gtt Chord

Valdy Nyonk Hanya Kau Yang Ku Sayang Chord

Gentleman S Daily A 1979 Harley Electra Glide Bobber From Japan