Pn Akan Tolong Umno Menang Di 27 Kerusi Kritikal



“Saya pun dah dimaklumkan oleh pimpinan dan perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada PN-Bersatu, PAS mengusahakan untuk mengelakkan bertembung di 27 kerusi berisiko dengan Umno.” (FMT) – Seorang pemimpin PAS mendedahkan Bersatu sudah diberitahu supaya tiada pertembungan berlaku di 27 ‘kerusi kritikal’ dengan Umno, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) walaupun Muhyiddin Yassin menggelar parti itu sebagai “musuh utama”.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohd Zuhdi Marsuki, berkata ia bagi memastikan kerusi berkenaan tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak bekerjasama pada pilihan raya akan datang.
“Walaupun keputusan semalam (13 Okt) menyatakan PAS bersama PN, tetapi masih ada ruang untuk berlakunya pakatan ketika PRU untuk tidak bertembung kerusi.
“Saya pun dah dimaklumkan oleh pimpinan dan perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada PN-Bersatu, PAS mengusahakan untuk mengelakkan bertembung di 27 kerusi berisiko dengan Umno,” katanya kepada FMT.
27 kerusi Parlimen itu melibatkan 20 kerusi dimenangi PH susulan pertembungan PAS-Umno, manakala baki tujuh kerusi berisiko jatuh ke tangan PH disebabkan kekalahan tipis gabungan pembangkang itu, pada PRU14.
Zuhdi sebelum ini mencadangkan kerusi terbabit dinamakan “kerusi Muafakat Nasional” bagi mengambil semangat penyatuan ummah yang digerakkan oleh dua parti besar Melayu itu.
Dalam pada itu, Zuhdi berpendapat walaupun kedua-dua parti itu tidak bergabung dalam PRU15, namun masih ada “peluang” untuk PAS dan Umno berpakat agar PH tidak mendapat kelebihan akibat perpecahan undi orang Melayu.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran sekiranya pakatan itu tidak berhasil, kemungkinan besar PH akan menang besar dan menakluk kembali Putrajaya akibat kesilapan parti Melayu yang berpecah-pecah.
“Saya nampak pemimpin tertinggi PAS, dan Umno hanya nampak gabungan tak nampak pakatan di situ, sebab pilihan kita banyak…untuk halang PH mahu tak mahu kita perlu pakatan di kerusi kritikal ini.
“Jika tidak potensi PH untuk menang adalah besar, lebih besar dari PRU14 kerana dulu undi Melayu pecah dua sahaja, tetapi kali ini mengundi melayu pecah kepada tiga , BN-PN-GTA,” katanya.
Ditanya halangan sebenar PAS dan Umno bergerak bersama dalam PRU15, Zuhdi mengakui terdapat halangan di peringkat atasan kedua-dua parti, sambil menambah tindakan Bersatu, yang mengisytiharkan Umno sebagai musuh utama antara “penghalang” dua parti itu bergerak ke peringkat seterusnya.
“PAS dan Umno, kedua-duanya berpegang kepada musuh utama adalah PH kecuali Bersatu, sebab itu kita nasihat Bersatu banyak kali supaya ubah cara berfikir bahawa lawan utama adalah PH bukan Umno.
“Tetapi walaupun Bersatu seperti itu… kita masih berusaha untuk yakinkan Bersatu kerana Umno tidak sampai begitu (mengisytiharkan Bersatu musuh utama),” katanya.
Pada 24 Sept, Muhyiddin berkata BN adalah musuh utama gabungan itu pada PRU15 yang bagaimanapun disanggah PAS yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar dan janggal lebih-lebih lagi kepada parti dalam kerajaan dipimpin bersama.
Pada 28 Mac lalu, dalam ucapan ketika Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan Umno tidak bekerjasama dengan Bersatu, pada PRU15, adalah muktamad.
Pada 2 Okt, Zahid mengemukakan tiga tuntutan kepada PAS sekiranya mahu kembali menjalin kerjasama politik – keluar daripada Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka “mufarakah” (berpisah) 100% daripada PN dan Bersatu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/10/15/pn-akan-tolong-umno-menang-di-27-kerusi-kritikal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Rahim Thamby Chik Ramal Umno Tidak Akan Menang Lebih 50 Kerusi

Pru 15 Rahim Thamby Chik Ramal Umno Tidak Akan Menang Lebih 50 Kerusi

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 133 hits
Walaupun UMNO kelihatan bersedia untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke 15 namun ahli politik veteran Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meramalkan parti itu tidak akan menang lebih daripada 50 kerusi Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata seba...
Naik Pangkat Kalau Menang Lebih Empat Kerusi Zahid Beritahu Ahmad Said

Naik Pangkat Kalau Menang Lebih Empat Kerusi Zahid Beritahu Ahmad Said

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 189 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Pengerusi Barisan Nasional Terengganu Ahmad Said diberi misi untuk memenangi sekurang kurangnya empat kerusi Parlimen di negerinya bagi Barisan Nasional pada PRU15 Pengerusi BN Zahid Hamidi menjanjikan ganjaran un...
Bn Sasar Menang 10 Kerusi Parlimen Di Kedah Tubuh Pasukan Petugas Zahid

Bn Sasar Menang 10 Kerusi Parlimen Di Kedah Tubuh Pasukan Petugas Zahid

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 166 hits
BANDAR BAHARU Barisan Nasional menyasarkan untuk menang sekurang kurangnya 10 daripda 15 kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke 15 ini kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata BN akan mewujudkan pasukan ...
Kerjasama Pas Umno Terputus Pertembungan Di 27 Kerusi

Kerjasama Pas Umno Terputus Pertembungan Di 27 Kerusi

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 171 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 11 2022 10 36 AMPAS gagal memenuhi syarat yang digariskan Umno untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang menurut Naib Presiden Umno Khaled Nordin Justeru bekas menteri besar Johor itu menjangkakan...
Pas Dan Umno Bertembung Di 27 Kerusi Paling Banyak Di Pantai Timur

Pas Dan Umno Bertembung Di 27 Kerusi Paling Banyak Di Pantai Timur

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 125 hits
malaysiakini comPAS berdepan kemungkinan akan kehilangan sebahagian besar kerusi yang dimenanginya sebelum ini jika pertembungan parti itu dengan Umno tidak dapat dielakkan di 27 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Malaysiaki...
Umno Bercita Cita Mahu Menang Tapi Zahid Hamidi Makin Menambah Musuh

Umno Bercita Cita Mahu Menang Tapi Zahid Hamidi Makin Menambah Musuh

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 166 hits
Mesyuarat MT UMNO dua hari lalu secara umumnya hanyalah bertujuan untuk memuktamadkan desakan kepada Perdana Menteri bahawa PRU15 mesti diadakan pada tahun ini Mesyuarat itu seterusnya disusuli dengan kejayaan menetapkan agar Ismail Sabri Y...
Mahathir Beri Amaran Najib Akan Bebas Jika Umno Menang Pru15

Mahathir Beri Amaran Najib Akan Bebas Jika Umno Menang Pru15

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 177 hits
Sekiranya mereka berjaya menang dan membentuk kerajaan itu adalah objektif pertama bukan tentang kebajikan rakyat kata Mahathir Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad meramalkan bekas perdana menteri Najib Razak akan dibebaskan dari penjara ...
Pn Lawan Di 27 Kerusi Kritikal Meski Bakal Berlaku Pertembungan

Pn Lawan Di 27 Kerusi Kritikal Meski Bakal Berlaku Pertembungan

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 148 hits
Perikatan Nasional akan meletakkan calon daripada komponen parti itu di kesemua 27 kerusi Parlimen yang dianggap kritikal dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 bagi menentang calon Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Naib Presiden PAS D...
Agak Agak Berapa Kerusi Menang

Agak Agak Berapa Kerusi Menang

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 217 hits
Sebelum PRU cakap nak selamatkan negara lepas PRU tak ckukup majoriti kau bergabung dengan BN jugak
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord