Pn Kerajaan Yang Gagal Memang Wajar Dijatuhkan






Wajarkah Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN dijatuhkan pada waktu ini?


Barangkali ini merupakan persoalan yang banyak berlegar di fikiran kita di mana di ketika Covid19 melanda semula, gerakan mahu menjatuhkan kerajaan pun dilihat sama aktifnya.


Dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini mengumumkan menolak kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang sah dan semalam pula, Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakob menarik sokongannya, realitinya Perdana Menteri sudah pun hilang majoriti.


Ditolak dua Ahli Parlimen yang telah meninggal dunia dan menunggu sehingga PRK yang diisytihar darurat diadakan di Batu Sapi dan Grik, perkembangan terbaru ini menunjukkan Muhyiddin hanya mempunyai 110 sokongan daripada 220 Ahli Parlimen keseluruhannya.


110 daripada 220 bererti tiada lagi majoriti, lebih tepatnya kedudukan yang seri atau tergantung.


Walaupun ada yang mendakwa Muhyiddin masih ada majoriti melalui 110 sokongan itu kerana blok pembangkang berpecah, tetapi mereka tidak sependapat hanya dalam soal untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri saja.


Sebaliknya, dalam soal menolak dan ingin menjatuhkan Muhyiddin, blok pembangkang adalah sepakat.


Begitu pun, selain Ku Li dan Ahmad Jazlan sah tidak lagi menyokong Muhyiddin, ketidaklayakan beliau duduk sebagai Perdana Menteri akan lebih mudah difahami jika ada dua atau tiga lagi Ahli Parlimen BN berbuat demikian dalam waktu terdekat ini.


Jika mereka ingin berbuat demikian, sebaiknya ia mesti dilakukan pada hari ini atau esok iaitu sebelum Muhyiddin menyampaikan perutusan khas pada petang atau malam Isnin untuk mengumumkan langkah-langkah terbaru kerajaan mengawal penularan Covid19.


Ada khabar mengatakan PKP di beberapa negeri atau larangan rentas daerah serta negeri akan dikuatkuasakan semula dalam pengumuman Perdana Menteri esok nanti.


Beserta jangkaan Kementerian Kesihatan bahawa kes Covid19 boleh menjangkau sehingga 8,000 kes sehari menjelang Mei, jika PKP atau larangan rentas negeri dilaksanakan, bermakna Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual pada 31 Januari untuk mengesahkan usul putus hubungan UMNO dengan Bersatu dan seterusnya keluar daripada kerajaan PN, dengan sendirinya tidak dapat lagi dilakukan.


Jika Perhimpunan Agung tertangguh, bererti juga kekallah lagi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.


Kekal lagi beliau sebagai Perdana Menteri, terus terancamlah masa depan UMNO dengan pembulian barangkali tambah dipertingkatkan lagi.


Tidak mustahil selepas itu UMNO tidak mampu lagi menyelamatkan dirinya daripada terus dimangsa dan ditelan oleh Bersatu.


Maka itu, tindakan menjatuhkan Muhyiddin dan kerajaan PN mesti dilaksanakan dengan secepat mungkin demi masa depan UMNO itu sendiri.


Selepas Isnin nanti, segala-galanya sudah terlambat.


UMNO jangan rasa bersalah untuk menjatuhkan Muhyiddin dan kerajaan di tengah-tengah Covid19 sedang melanda ini kerana Muhyiddin sendiri menjadi Perdana Menteri melalui Langkah Sheraton ketika Covid19 ketika itu belum lagi reda.


Sebaik saja beliau menjadi Perdana Menteri, kes Covid terus meningkat sehingga PKP dilaksanakan di seluruh negara.


Lebih daripada itu, ketika Musa Aman menggerakkan usaha merampas Sabah susulan kes mahkamahnya digugurkan secara tiba-tiba sehingga akhirnya memaksa PRN diadakan, ia juga digerakkan ketika Covid19 masih melanda.


Jadi, jika Muhyiddin sendiri menggerakkan pengkhianatan untuk menjadi Perdana Menteri ketika Covid19 dan kemudian melorong serta merestui tindakan Musa Aman mahu menjatuhkan Shafie Apdal juga ketika Covid19, apa masalahnya beliau pula dijatuhkan ketika wabak yang sama masih melanda?


Bukankah pepatah ada menyebut – “what goes around comes around.”


Lagi pula, selain UMNO tidak harus berlengah lagi untuk menjatuhkan Muhyiddin demi survival parti itu, kerajaan PN yang dipimpinnya ini juga dikira gagal teruk dalam mengurus dan mentadbir negara.


Bukan saja tiada kemajuan dilaksanakan sepanjang 10 bulan yang lalu, bahkan pelabur besar seperti Hyundai, Tesla, LG, Toyota, pembuat bateri CATL, Amazon dan beberapa yang lain telah mengambil keputusan memindahkan pelaburan mereka ke Indonesia.


Apakah kita mahu melihat lebih banyak pelabur sedia ada meninggalkan Malaysia?


Kenapa Indonesia lebih diyakini berbanding Malaysia?


Sementara diakui Muhyiddin dan anggota pentadbiran kerajaan PN dilihat gagal kerana tidak mampu menambahbaik keadaan negara, adalah diyakini masa depan Malaysia akan terus memburuk jika mereka tidak segera dijatuhkan.


Dalam keadaan Muhyiddin yang tidak mampu dan kesihatannya pula tidak berapa baik, mengganti kerajaan dan Perdana Menteri adalah suatu kewajipan untuk mengelakkan negara dan rakyat terus terperosok tanpa haluan.


Selain UMNO ada asas kewajarannya sendiri menarik sokongan untuk menjatuhkan Muhyiddin, rakyat juga seharusnya menyambut baik perkara itu.


Kerajaan yang gagal tidak boleh dibiarkan kekal dengan kegagalannya, bimbang nanti lebih ramai yang mati kerana tak cukup makan dan tiada pekerjaan daripada disebabkan Covid19. (Shahbudindotcom 10/01/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/pn-kerajaan-yang-gagal-memang-wajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Sebab Kenapa Siasatan Suruhanjaya Diraja Kes Kematian Allahyarham Adib Wajar Dibuat Oleh Kerajaan Najib Razak

Ini Sebab Kenapa Siasatan Suruhanjaya Diraja Kes Kematian Allahyarham Adib Wajar Dibuat Oleh Kerajaan Najib Razak

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 200 hits
Kenapa saya kata RCI untuk kematian kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah wajar Tahun lepas Mahkamah koroner memutuskan bahawa kematian Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh beberapa orang yang tidak dikenali pada mala...
Kerajaan Paling Gagal

Kerajaan Paling Gagal

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 285 hits
Hasina HamzahKerajaan paling gagal hanya ramai otak tak tahu tinggal dimana Mereka2 ini bukan shj gagal tetapi tamak jahat dan penipu
Gagalis Kerajaan Yang Gagal

Gagalis Kerajaan Yang Gagal

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 690 hits
Faezuddin Puad1 Kalau tahun lepas buat PKP kita paham Semua tak bersedia Baru kali pertama 2 Tahun ini berulang lagi PKP Orang yang sama umum 3 Bila umum PKP tapi tak umum bantuan 4 Umum PKP tapi tak umum SOP atau syarat syarat 5 Tak belaja...
Kerajaan Gagal Kawalwabak

Kerajaan Gagal Kawalwabak

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 296 hits
Ibrahim Mat Isa Kau tau kenapa Malaysia gagal bendung penularan Covid19 Nak tau jawabnya Sebab kerajaan yang mentadbir sekarang kerajaan pengkhianat rompak orang punya secara tebuk atap Pak haji lebai ulamak pula bersekongkol nak habaq bagi...
Kerajaan Pn Tambah Kekerapan Cabutan Khas Judi Dari 8 Ke 22 Kali Tahun Depan Takdir

Kerajaan Pn Tambah Kekerapan Cabutan Khas Judi Dari 8 Ke 22 Kali Tahun Depan Takdir

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 410 hits
MALAYSIA DATELINESenator DAP Liew Chin Tong mendakwa kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4 digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021 Beliau berkata kerajaan PN mengemb...
Guna Semua Aset Kerajaan Angkut Pesakit Covid 19 Ke Hospital

Guna Semua Aset Kerajaan Angkut Pesakit Covid 19 Ke Hospital

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 309 hits
Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran menggesa kerajaan menggunakan pengangkutan awam untuk membawa pesakit Covid 19 ke hospital berbanding membiarkan mereka menjalani kuarantin di rumah Rajiv berkata Malaysia boleh mencontohi Singapura yang ...
Kerajaan Sabah Terus Pantau Kawal Ketat Daging Import

Kerajaan Sabah Terus Pantau Kawal Ketat Daging Import

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 199 hits
Bendera Sabah KOTA KINABALU Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan berjanji kerajaan negeri akan terus memantau status daging import di negeri itu kerana sedar kebimbangan rakyat terhadap isu kartel daging Situasi di Sabah berbeza se...
Khairy Cadang Kerajaan Wujudkan Satu Portal Aduan Khas Dalam Talian Isu Jalan Berlubang

Khairy Cadang Kerajaan Wujudkan Satu Portal Aduan Khas Dalam Talian Isu Jalan Berlubang

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Portal aduan khas secara dalam talian perlu diwujudkan bagi menangani isu lubang maut pada jalan di seluruh negara Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin ketika menyuarakan cadangan itu berkata pendekatan sedemik...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash