Pn Kerajaan Haram Berapa Lama Ia Mampu Bertahan




Menerusi kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan semalam, beliau berkata, PN yang menjadi kerajaan sekarang bukanlah sebuah entiti politik yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

“UMNO tidak pernah menyertai Perikatan Nasional kerana Perikatan Nasional bukan entiti politik yang berdaftar seperti BN.

“Hubungan UMNO dengan PN ialah hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam Pakatan Harapan,” demikian kata beliau dalam hantaran di laman sosialnya.

Dengan itu, apakah status kerajaan PN yang mentadbir negara sekarang?

Adakah ia sebuah kerajaan haram?

Dalam sejarah negara sejak merdeka, inilah kali pertama entiti politik yang mentadbir negara merupakan gabungan yang tidak berdaftar secara sah.

Sebelum ini, baik Perikatan, kemudian Barisan Nasional dan seterusnya Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan, semuanya adalah entiti yang sah dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Persoalannya, mengapakah setelah hampir dua bulan menjadi kerajaan, tetapi masih tidak ada usaha untuk mendaftarkan PN dan menjadikan ia sebuah gabungan yang benar-benar sah?

Kenapa Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri tidak mahu mendaftarkannya, sedangkan sebagai kerajaan yang berkuasa, soal memperolehi kelulusan tentu saja bukan suatu masalah?

Bukankah dengan mendaftarkan PN, ia lebih mampu menjamin kelangsungan politiknya dari segi jangka panjang?

Apakah usaha mendaftarkan gabungan itu tidak dilakukan kerana tidak mendapat sokongan daripada UMNO dan Pas yang nampaknya lebih mahu kekal bersama Muafakat Nasional atau MN berbanding PN untuk menghadapi PRU akan datang?

Jika begitu, apakah yang mengikat hubungan antara parti dalam PN dan dasar apa yang digunakan oleh PN sebagai asas dalam mentadbir negara?

Dan bagaimana pula masa depan Muhyiddin dan rakan-rakannya daripada Bersatu dalam PRU15 nanti?

Lebih buruk lagi, selain kerana PN bukan sebuah gabungan yang berdaftar, kedudukan Muhyiddin sendiri dalam Bersatu masih tidak menentu dalam pemilihan parti yang akan diadakan selepas 30 Jun nanti.

Walaupun ramai yang yakin tiada masalah bagi Muhyiddin untuk menang berlawan dengan Mukhriz Mahathir bagi jawatan Presiden Bersatu, tetapi tidak kurang yang mengatakan bukan mustahil untuk Muhyiddin ditewaskan, lebih-lebih lagi kerana di belakang Mukhriz ada Tun Mahathir Mohamad yang sudah pun diumumkan menang tanpa bertanding selaku Pengerusi Bersatu.

Lalu, oleh kerana PN tidak berdaftar dan jika Muhyiddin tewas, apakah UMNO, Pas dan GPS akan terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri?

Selain itu, kedudukan Azmin Ali dan kumpulannya daripada bekas PKR yang diumumkan Muhyiddin telah menyertai Bersatu menjelang hari beliau mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu turut menjadi pertikaian ramai, malah daripada kalangan UMNO sendiri.

Kata mereka, oleh kerana penyertaannya ke dalam Bersatu tidak pernah dibawa dalam mesyuarat parti, kedudukannya boleh dikira sebagai “ahli haram” juga.

Terdapat pimpinan UMNO mempertikaikan, bagaimanakah seorang yang kedudukannya dalam parti begitu diragui boleh dilantik oleh Muhyiddin sebagai menteri kanan dalam kerajaan?

Apakah kerana PN tidak berdaftar dan seumpama “entiti haram”, maka “ahli haram” juga boleh diberikan jawatan kanan?

Dengan segala kecelaruan itu, di samping tekanan berterusan daripada UMNO, berapa lamakah PN ini mampu bertahan?

 (ShahbudinHusin 26/04/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/pn-kerajaan-haram-berapa-lama-ia-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berapa Lama Lagi Muhyiddin Mampu Bertahan Jika Begini Tekanan Yang Dihadapinya

Berapa Lama Lagi Muhyiddin Mampu Bertahan Jika Begini Tekanan Yang Dihadapinya

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 332 hits
HUBUNGAN UMNO DENGAN MUHYIDDIN JELAS ADA TANDA2 SEMAKIN TIDAK BAIK Shahbudin Husin Dalam tempoh terdekat ini sekurang kurangnya sudah dua kali Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan membuatkan Perdana Menteri Muhyiddin berada dalam keadaan ti...
Apakah Kerajaan Pn Mampu Bertahan Selepas Parlimen Bersidang 18 Mei Ini

Apakah Kerajaan Pn Mampu Bertahan Selepas Parlimen Bersidang 18 Mei Ini

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 486 hits
Kerajaan baharu di bawah pimpinan TS Muhyiddin Yassin bersetuju untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 18 Mei 2020 kali pertama sejak ambil alih pemerintahan dari Pakatan Harapan ekoran dari krisis politik yang dimulakan...
Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 439 hits
Dua buah masjid suci Masjid Al Haram dan Majid Nabawi akan dibuka untuk orang ramai tidak lama lagi Perkara ini diumumkan sendiri Imam dan Khatib Masjidil Haram merangkap Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Syeikh Abdurrahman bin Abdul Aziz bin M...
Covid 19 Ekonomi Kita Masih Mampu Bertahan

Covid 19 Ekonomi Kita Masih Mampu Bertahan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 241 hits
1 LAPORAN Bank Dunia menyebut ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat untuk pulih walaupun terkesan teruk akibat pandemik COVID 19 kerana memiliki struktur ekonomi yang pelbagai dan sejarah pengurusan makroekonomi yang cemerlang2 Ber...
Kerajaan Bantu Kurangkan Beban Rakyat Seboleh Yang Mampu Pm

Kerajaan Bantu Kurangkan Beban Rakyat Seboleh Yang Mampu Pm

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan mencari jalan membantu mengurangkan beban rakyat sebaik mungkin sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini Perdana Menteri berkata kerajaan menyedari sebahagian...
Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 1261 hits
Saya pernah bersembang dengan Datin Fahimah yang merupakan rakan sekerja saya sebelum beliau bersara dari BNM untuk mengikut suami beliau bertugas di luar negara Dia memberitahu yang ketika di luar negara beliau selalu menyediakan nasi kera...
Hina Demokrasi Jogging Boleh Parlimen Tak Boleh Bersidang Lama

Hina Demokrasi Jogging Boleh Parlimen Tak Boleh Bersidang Lama

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 318 hits
Semakin banyak pihak mempertikaikan langkah kerajaan ultra Melayu Perikatan Nasional yang menggunakan alasan wabak Covid 19 sebagai dalih tidak membenarkan sesi Perlimen bulan Mei bersidang lebih daripada sehari Terbaharu Persatuan Kebangsa...
Cantik Sangat Onde Onde Bunga Telang Kukus Sekejap Kelapa Parut Kalau Nak Onde Onde Tahan Lama

Cantik Sangat Onde Onde Bunga Telang Kukus Sekejap Kelapa Parut Kalau Nak Onde Onde Tahan Lama

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 812 hits
Kuih onde onde kuih tradisi kesukaan ramai kerana rasanya yang manis dan luarnya yang kenyal menambahkan lagi keenakan juadah ini Baca Kebiasaanya warna kuih onde onde bewarna hijau dari air perahan daun pandan Namun resipi kali ini sedikit...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride

Apple Dilaporkan Teroka Pengeluaran Iphone Di Indonesia

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Kenapa Jarang Menulis

Gosip Panas Tentang Amway

Teme Hilal Asyraf Dan Peminat

Janji Dicapati Kena Sidai Sampai Kering

Blog Masih Signifikan Ke

Buffet Ramadan 2025 Doubletree By Hilton Johor Bahru