Pn Jadi Macam Mn


 
Apabila Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin berkata partinya sedia menjalinkan kerjasama dengan Umno, persoalan pertama yang muncul pada hemat saya adalah ‘apa kata PAS’? Perlu ditegaskan semasa artikel ini ditulis, belum ada reaksi PAS. Sebenarnya, semua pihak yang terkait dengan isu ini belum beri respon, setakat ini.
Persoalan kedua, mana mahu ‘diletakkan’ PAS, sekali gus persoalan susulan, apa akan jadi dengan Perikatan Nasional (PN)? Senasib dengan Muafakat Nasional (MN)? Layu sebelum berkembang? Sebenarnya, banyak lagi persoalan timbul.
Imbau kembali apa kata Hamzah semasa menjadi tetamu audio siar Keluar Sekejap tempoh hari. Saya tidak mengikuti siaran itu, maka saya menulis berpandukan apa yang dilapor Sinar Harian.
Akhbar itu memetik Hamzah berkata, kesediaan Bersatu jalin kerjasama dengan musuh ketatnya ‘demi mencapai matlamat perjuangan politik’. Adakah ini bermakna ‘the end justifies the means’?
Kata Hamzah lagi, tiada sebab bagi Umno dan Bersatu untuk terus berpecah jika kedua-dua parti berkongsi perjuangan dan wadah politik yang sama. “Saya tak nampak pun pertembungan yang menyebabkan Umno dengan Bersatu tidak boleh duduk semeja,” katanya. Tetapi bukankah ‘pertembunganlah’ yang terjadi selama ini menyebabkan Bersatu dan Umno bermusuhan (pelik kalau Hamzah tak nampak). Namun Bersatu ialah parti serpihan Umno. Dalam bahasa lembut, asal Bersatu ialah Umno. Lantas bolehlah dikatakan Bersatu ada DNA Umno.
Imbas kembali. Bersatu atau nama penuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia diasaskan Dr Mahathir Mohamad bersama Muhyiddin Yassin pada September 2016, didaftarkan pada 14 Jan 2017 dan disahkan 14 Jan 2017.
Bersatu menyertai Pakatan Harapan (PH) dan apabila gabungan itu menang PRU14 pada 2018, Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia yang ketujuh. Beliau mahu Bersatu mengambil alih daripada Umno untuk jadi parti utama mewakili orang Melayu. Impian itu seakan-akan menjadi kenyataan apabila beberapa pemimpin berprofil tinggi dan ahli Umno menyertai Bersatu. Bagai sirih pulang ke gagang, katanya, namun penghijrahan beramai-ramai yang diharapkan Mahathir tidak berlaku.
Umno kekal sehingga kini sementara Bersatu tidaklah menjadi parti utama orang Melayu, malah dilihat tidak sekuat seperti yang diharapkan. Hakikatnya, Bersatu dan Umno dua-dua tidak mendapat gelaran parti utama Melayu. Gelaran itu, menurut saya, milik PAS. Bukan rahsia lagi Bersatu banyak bergantung harap pada PAS dalam PN.
Berbalik persoalan tadi, apa akan jadi dengan PN? Bubar seperti apa yang terjadi dengan MN? MN ditubuhkan oleh Umno dan PAS pada 2019 tetapi bubar sebagai entiti politik pada 2022, dan jadi badan bukan kerajaan sekarang.
Ditegaskan sekali lagi, kekuatan PN banyak dicapai oleh PAS, bukan Bersatu. Walaupun dinafikan, realitinya adalah PAS ‘abang besar’ dalam PN. Jadi adakah Hamzah telah mendapat restu PAS sebelum menyatakan kesediaan partinya bekerjasama dengan Umno?
Katalah PAS restu, adakah parti itu juga akan menyertai rombongan Bersatu duduk semeja dengan Umno bincang kerjasama? Namun bukankah PAS sudah berulang kali berkata tidak akan kerjasama dengan Umno selagi Zahid Hamidi presiden? ‘Last time I checked’, Zahid masih presiden Umno.
Apa pun, semua boleh jadi dalam politik. Kata seorang kawan lama sambil ketawa, beliau tidak akan terkejut ‘jika selepas ini ada puak yang kata, kami sokong Malaysia Madani demi masa depan Melayu’. Saya tak pasti sama ada kawan saya itu berseloroh atau perli, tidak pula saya tanya. Mungkin beliau rujuk langkah enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap PMX tahun lepas.
Satu lagi persoalan – adakah Hamzah sudah dapat lampu hijau presidennya, Muhyiddin, sebelum membuat kenyataan menerusi podcast yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan Jumaat lepas ?
Yang ingin saya katakan, walaupun Hamzah pegang jawatan tinggi dalam parti, tetapi jawatan nombor dua tetap ada ‘boss’ di atas. Adakah beliau mendapat mandat parti untuk menyatakan kesediaan Bersatu bekerjasama dengan Umno? Ini langkah besar membabitkan parti. Atau adakah itu hanya pandangan peribadi beliau?
Ada lagi persoalan penting – apa agaknya reaksi Umno? Adakah ia bersedia berdamai dengan musuh ketat? Selama ini, banyak kata kesat yang dilemparkan Bersatu terhadapnya (‘Umno is no angel’. Ia pun lempar kata-kata kesat terhadap Bersatu). Andai setuju kerjasama ‘demi Melayu’, mungkinkah persetujuan datang bersama beberapa syarat?
Kerjasama dengan Umno secara tidak langsung bermakna kerjasama dengan rakan-rakan Umno dalam kerajaan perpaduan. Adakah Hamzah OK dengan itu? Atau mungkin Hamzah ada strategi tersendiri apabila melambungkan kesediaan Bersatu?
Setakat ini lebih banyak persoalan daripada jawapan. Indahnya politik kita. - FMT
Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/pn-jadi-macam-mn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pmx Kata Jangan Curi Wang Rakyat Simpan Di Rumah Ops Siapa Yang Buat Kerja Macam Itu

Pmx Kata Jangan Curi Wang Rakyat Simpan Di Rumah Ops Siapa Yang Buat Kerja Macam Itu

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 115 hits
Jangan curi wang rakyat simpan di rumah PM tegur siapa HarapandailyPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli politik yang bergelar pemimpin supaya tidak mencuri wang rakyat demi mengkayakan diri sendiri Beliau menyebu...
Perangai Macam Haram Jadah Dia Tak Jumpa Saiz Dia La Gamaknya

Perangai Macam Haram Jadah Dia Tak Jumpa Saiz Dia La Gamaknya

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 93 hits
Tampar budok tumbuk budak sekolah sampai berdarah idong Pengerusi surau tapi perangai lahanat Berjubah takde ciri islamik pon Rupa rupanya walaun Phui
Remaja Miliki Wajah Iras Dato Siti Ramai Puji Cantik Macam Anak Ibu

Remaja Miliki Wajah Iras Dato Siti Ramai Puji Cantik Macam Anak Ibu

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 101 hits
Seorang remaja perempuan menarik perhatian netizen apabila dikatakan memiliki rupa paras sama seperti Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok kanak kanak perempuan yang dikenali sebagai Fif...
Macam Pak Cik Asyik Mengata Berat Ji Yeeun Penonton Running Man Kritik Kim Jongkook

Macam Pak Cik Asyik Mengata Berat Ji Yeeun Penonton Running Man Kritik Kim Jongkook

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 126 hits
Kalau dah ahli Running Man tak sah lah kalau tak usik satu sama lain Artikel Berkaitan Dalam episod terbaru pembukaan Running Man mereka sempat berbual mengenai penampila Ji Ye eun yang nampak berlainan selepas mengambil laser Ulthera Kim J...
Sudah Tiga Bulan Comelnya Anak Intan Najuwa Sebijik Macam Mommy Dia

Sudah Tiga Bulan Comelnya Anak Intan Najuwa Sebijik Macam Mommy Dia

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 91 hits
Anak kepada penyanyi dan pelakon Intan Najuwa iaitu si comel Imane Lunara membuatkan wargamaya cair dengan wajahnya yang cukup comel Paling membuatkan wargamaya teruja pastinya wajah comel persis ibunya apabila semakin membesar Jika dahulu ...
Umno Boleh Lingkup Kalau Ada Orang Macam Dia Ni

Umno Boleh Lingkup Kalau Ada Orang Macam Dia Ni

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 107 hits
Biasanya ni orangnya hebat Cerdik dan ada idea Tapi sekarang ni nampaknya tak ada ciri ciri tersebut Selain dan dia juga terkenal dengan perangai Macam yang terbaru ni Konon nak Apa yang PMX buat pada SEB sekarang dengan apa Aku nak ceritak...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Corat Coret 1 2 Syawal 1446h

Harvard Portraiture Project Elevating Overlooked Voices

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

The Joy Of Vaping Without Instructions Why Disposable Pods Feel Effortless

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Microsoft Lancar Demo Quake Ii Hasil Ai Tapi Akui Ada Had