Pn Ditubuh Demi Selamatkan Negara Bukan Ikatan Konkrit



Kerjasama politik dalam Perikatan Nasional (PN) bukan satu ikatan yang konkrit, namun dibentuk melalui keputusan setiap parti demi menyelamatkan negara, kata Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah.

Diminta mengulas kenyataan Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin, beliau berkata kerjasama yang membolehkan PN menerajui kerajaan persekutuan ini adalah keputusan parti-parti yang terlibat.

"Bukan kerjasama ahli-ahli parlimen, kerana ahli Parlimen ini terikat dengan keputusan parti. Macam kami PAS, kita terikat dengan keputusan parti PAS. Orang Umno terikat dengan parti Umno, kalau Umno kata jangan masuk, macam mana dia nak masuk.

"Cuma ikatan ini bukan ikatan yang konkrit, sebab pada waktu itu mungkin boleh saya katakan ia bersifat ad-hoc untuk menyelamatan keadaan apabila Dr Mahathir Mohamad letak jawatan (perdana menteri), negara tidak ada kerajaan.

"Jadi kita menyelamatkan keadaan pada waktu itu, parti PAS, Umno dan BN terpaksa buat keputusan segera dan itu lahirnya Perikatan Nasional. Tetapi nama Perikatan Nasional pun tak tahu siapa yang bagi. Kita pun hairan dari mana keluar nama (PN) ini.

"Tetapi sebenarnya untuk selamatkan negara daripada kelompongan politik. Mungkin akan datang berlaku perubahan politik yang kita tidak tahu," katanya kepada media di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Bung mendakwa PN ditubuhkan atas kerjasama antara anggota parlimen dan bukan atas dasar parti.

Bung berkata, ini merupakan antara punca utama PN gagal diselaraskan di peringkat negeri.

"Perikatan Nasional ini diwujudkan untuk membentuk sebuah kerajaan antara MP (yang menyokong perdana menteri). Bukan atas dasar (sokongan) parti ke parti," katanya ketika menjawab persoalan mengapa PN tidak ditubuhkan di Sabah dalam program khas bersama Pengerusi Umno Sabah anjuran Penerangan Umno Malaysia, semalam.

Sementara itu mengulas lanjut, Mohd Amar berpandangan, jika perkembangan kerjasama ini positif untuk rakyat, ia boleh diperkuatkan lagi pada masa akan datang akan jadikan kerjasama yang lebih konkrit.

"Hari ini pun kita nampak positif, mesyuarat kabinet pun berjalan dengan baik, alhamdulillah. Jadi kalau benda ini bagus saya rasa boleh teruskanlah dengan beberapa ubahsuai dan sebagainya," jelasnya yang juga timbalan menteri besar Kelantan.

Selesaikan isu utama dulu

Dalam perkembangan lain Mohd Amar turut membidas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, yang sebelum ini membangkitkan isu usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai RUU355.

Beliau mempersoalkan apakah yang Mohamad lakukan dalam hal berkait kepentingan agama untuk meningkatkan syariat sepanjang 22 bulan dalam kerajaan pusat sebelum ini.

"Dia duduk 22 bulan dalam kerajaan satu benda pun dia tak buat, tiba-tiba kita yang baru duduk sebulan dia suruh buat segera. Selama 22 bulan apa yang dia buat untuk kepentingan agama, untuk meningkatkan syariat, yang dia kata PAS bawa dulu tak betul.

"Sepatutnya dalam 22 bulan dia sudah ada pelan untuk meningkatkan martabat mahkamah syariah dan sebagainya, itu pun dia tak buat. Tiba-tiba kita baru sebulan dia suruh buat dah, bagilah masa sikit pada kita.

"Fokus kita paling utama ialah wabak Covid-19, kedua isu ekonomi dan kestabilan politik negara. Dalam agama pun ada apa yang perlu didahulukan, kita tidak boleh buat sesuatu dengan tidak ikut keutamaan.

"Misalnya nak sembahyang kena ambil wuduk dahulu, kemudian tempat bersih, pakaian kena bersih, jadi kena ikut langkah demi langkah," katanya.

Mohd Amar turut menyeru supaya semua pihak tidak berpolitik dalam situasi sekarang dan menyelesaikan isu utama dihadapi negara.

"Kita selesaikan tiga isu besar ini dahulu, pada pandangan saya jangan berpolitiklah dalam masa dua tiga bulan ni, biar selesai dahulu tiga isu utama ini.

"Sebab ini masalah bersama, bukan masalah PAS, Umno atau Bersatu, ini masalah negara," ujarnya.

MR :  Itu yang sukar nak difahamkan demi nak selamatkan Malaysia drp PH dan DAP, PAS terpaksa berkorban sedikit


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/pn-ditubuh-demi-selamatkan-negara-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Redah Hujan Demi Hantar Pesanan Pelanggan

Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Redah Hujan Demi Hantar Pesanan Pelanggan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 262 hits
Memang banyak pihak yang berjuang di basisan hadapan di saat negara dilanda wabak pada ketika ini Bermula dari para doktor jururawat polis dan askar sehinggalah mereka yang gigih melakukan penghantaran makanan kepada kita semua Kalau korang...
Berbuka Tepi Jalan Tanpa Keluarga Pengorbanan Frontliner Demi Negara

Berbuka Tepi Jalan Tanpa Keluarga Pengorbanan Frontliner Demi Negara

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 472 hits
Berbuka Tepi Jalan Tanpa Keluarga Pengorbanan Frontliner Demi Negara Berbuka Tepi Jalan Tanpa Keluarga Pengorbanan Frontliner Demi Negara Semalam merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia khususnya di Malaysia menjalankan kewajipan menu...
Sempat Tabur Bakti Buat Negara Frontliner Kakitangan Kkm Meninggal Dunia Anak Mohon Maaf Bagi Pihak Ayah

Sempat Tabur Bakti Buat Negara Frontliner Kakitangan Kkm Meninggal Dunia Anak Mohon Maaf Bagi Pihak Ayah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 337 hits
Hari ini satu berita yang cukup menyedihkan kita terima apabila dimaklumkan seorang lagi pejuang barisan hadapan kita iaitu petugas Kementerian Kesihatan Malaysia telah meninggal dunia Sempat tabur bakti buat negara frontliner kakitangan KK...
Covid 19 Negara Dijangka Terus Berperang Hingga Tahun Hadapan

Covid 19 Negara Dijangka Terus Berperang Hingga Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 328 hits
Negara dijangka terus berdepan dengan pandemik Covid 19 sehingga tahun hadapan Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIMPUTRAJAYA Negara dijangka akan terus berperang dengan pandemik koronavirus sehingga tahun hadapan Ketua Pengarah Kesihata...
Covid19 Waktu Baharu Pusat Panggilan Pusat Pengurusan Operasi Negara

Covid19 Waktu Baharu Pusat Panggilan Pusat Pengurusan Operasi Negara

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 372 hits
WAKTU BAHARU PUSAT PANGGILAN PUSAT PENGURUSAN OPERASI NEGARA MKN BERMULA 20 APRIL 2020Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03 88882010 COVID19 StayAtHome MovementControlOrder PerintahKawalanPergerakan KitaMestiMenangJabatan...
Kejayaan Hari Ini Adalah Hasil Daripada Barisan Hadapan Negara Dr Noor Hisham

Kejayaan Hari Ini Adalah Hasil Daripada Barisan Hadapan Negara Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 326 hits
Kejayaan mengekang penularan wabak Covid 19 pada hari ini adalah hasil daripada barisan hadapan negara dan juga perancangan rapi yang dilakukan Oleh itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham mengucapkan terima kasih atas usaha semua...
Pelancong Jerman Pilih Tinggal Di Taman Negara Hingga Tamat Pkp

Pelancong Jerman Pilih Tinggal Di Taman Negara Hingga Tamat Pkp

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 356 hits
JERANTUT Kunjungan kali kedua ke Taman Negara selepas 10 tahun lalu menjadi momen indah kepada seorang ahli perniagaan dari Jerman Thomas Harry 54
Covid19 Operasi Dihadkan Jabatan Imigresen Agensi Berkaitan Di Pintu Masuk Selatan Negara Oleh Kerajaan

Covid19 Operasi Dihadkan Jabatan Imigresen Agensi Berkaitan Di Pintu Masuk Selatan Negara Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 464 hits
KERAJAAN TELAH MENGHADKAN OPERASI JABATAN IMIGRESEN DAN AGENSI BERKAITAN DI PINTU MASUK SELATAN NEGARASebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03 88882010 COVID19 StayAtHome MovementControlOrder PerintahKawalanPergerakan KitaMe...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun