Pn Cuba Curi Cinta Ph Bn Di Pahang Hmmmmm




Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan keputusan untuk bekerjasama dengan PH adalah bagi memastikan pembentukan kerajaan negeri yang stabil

Katanya, rundingan dengan PN untuk menubuhkan kerajaan gagal kerana sikap pimpinan gabungan parti itu yang dilihat terlalu mementingkan jawatan

Berucap pada ceramah umum PRU15 di Rompin malam tadi, Wan Rosdy berkata sebelum kerajaan negeri dibentuk dia dihubungi pengerusi PH Pahang, Amirudin Shari

Katanya pada masa itu Amiruddin menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama tanpa syarat kepada BN Pahang bagi membentuk kerajaan negeri

Wan Rosdy berkata dia juga kemudiannya dihubungi pimpinan PN di mana dia bertemu Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden, Idris Ahmad

"Dalam pertemuan itu, timbalan presiden PAS telah bercakap dulu dan ketika itu kerajaan (Persekutuan) belum ditubuhkan lagi.
"Ayat pertama dikeluarkan kepada saya mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju melantik saya sebagai senator dan diberi jawatan menteri penuh.
"Saya ni terkejut dalam hati, kerajaan tak tubuh lagi ni, macam mana boleh 'offer' kepada saya," katanya kepada penyokong yang hadir pada ceramah tersebut.
Selain Amirudin, turut hadir dalam ceramah itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan bekas ahli parlimen Kuala Nerang, Khairuddin Aman Razali


  PN mahu jawatan diagihkan  
Wan Rosdy berkata, Tuan Ibrahim kemudiannya memaklumkan PN mahu jawatan menteri besar Pahang, jawatan speaker DUN dan jawatan Exco diagihkan seimbang antara BN dan PN

Selain itu katanya, PN juga menuntut tiga daripada lima kuota ahli dewan undangan negeri (ADUN) lantikan diberikan kepada mereka

"Saya kira-kira, saya lihat nampak (mereka) bukan nak berbincang, tapi dah menetap dan menentu (keputusan) sebelum rundingan dimulakan.
“Jadi saya cakap, PH sedia bekerjasama dengan kami (BN Pahang) tanpa syarat,” katanya.
Pada perjumpaan kali kedua, katanya, PN masih tetap dengan pendiran untuk mendapatkan jawatan speaker dan exco

Wan Rosdy turut mendedahkan sikap segelintir pimpinan PN yang meminta pejabat jawatankuasa kemajuan dan kemakmuran kampung (JKKK) dan kunci balai raya diserahkan ketika proses rundingan sedang berjalan

"Jadi kami membayangkan, maknanya kestabilan dan kemakmuran adalah perkara kedua bagi mereka," katanya

Kata Wan Rosdy, keputusan dibuat BN untuk bersama PH bukan keputusan dirinya seorang tetapi dibincangkan bersama Adun lain dan di bawa ke mesyuarat badan perhubungan Umno negeri


  PN tolak kerajaan perpaduan  
Dalam pada itu Wan Rosdy turut menyindir Pengerusi PN Pahang, Saifuddin Abdullah yang mempertikaikan pendirian BN memilih PH untuk membentuk kerajaan negeri

"Orang yang mempertikaikan kenapa kita pilih PH dan bukan PN, dia itu dah berapa kali lompat dah.
"Saya tak nak cakap tapi kita tengoklah, daripada BN ke PKR, darripada PKR ke Bersatu dan tak mustahil kalau ditawarkan (jawatan) selepas ini, lompat lagi," katanya.
Wan Rosdy juga mendedahkan BN dan PH Pahang cuba membentuk model kerajaan perpaduan di negeri ini dengan menawarkan satu kerusi Exco kepada PN. Namun katanya tawaran itu ditolak PN

"Kita dah boleh tubuhkan kerajaan ketika itu, tapi kerana kita berjiwa besar, kita tawarkan juga satu kerusi (jawatan) Exco kepada mereka (PN Pahang) bagi tujuan perpaduan, tapi mereka yang tolak dan kemudian salahkan saya," katanya

Dia berharap penjelasan mengenai kronologi rundingan bagi membentuk kerajaan Pahang antara BN, PH dan PN itu dapat difahami rakyat

Ini katanya penting supaya tidak berlaku salah anggap terhadap keputusan BN memilih bersama PH untuk menjadi kerajaan

"Saya memang tunggu peluang ini, untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan kita buat keputusan dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan kestabilan kerajaan negeri di Pahang," katanya.

Malaysiakini 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/12/pn-cuba-curi-cinta-ph-bn-di-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Lebih Gentleman Berbanding Pn Masih Dengan Perangai Lama Cuba Dealing Senyap Curi 10 Mp Bn Asyraf Wajdi

Ph Lebih Gentleman Berbanding Pn Masih Dengan Perangai Lama Cuba Dealing Senyap Curi 10 Mp Bn Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 91 hits
Media hari ini melaporkan pemimpin Barisan Nasional bertemu dengan kepimpinan Perikatan Nasional untuk membincangkan penubuhan Kerajaan Perpaduan tiga hari selepas BN bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan Ketua Pemuda UMNO Dr Asyraf Waj
Dun Tioman Kerajaan Baru Pahang Boleh Tergugat Macam Pelik Hmmmmm

Dun Tioman Kerajaan Baru Pahang Boleh Tergugat Macam Pelik Hmmmmm

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 144 hits
Kerajaan baru Pahang yang kini dipimpin oleh gabungan BN PH bakal tergugat jika PN berjaya meraih kemenangan dalam pilihan raya kecil DUN Tioman kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang Bercakap kepada pemberita di Rompin Pahang malam tadi Hadi m...
Rafizi Penyokong Pn Patut Tanya Kenapa Muhyiddin Cuba Curi Mp

Rafizi Penyokong Pn Patut Tanya Kenapa Muhyiddin Cuba Curi Mp

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 179 hits
MalaysiakiniPenyokong Perikatan Nasional harus mempersoalkan langkah pemimpin mereka Muhyiddin Yassin dalam cubaan mencuri 10 ahli parlimen daripada BN untuk membentuk kerajaan kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli Dalam klip video di aka...
Thank You Next Pakai Skirt Senteng Dan Berambut Ungu Lepas Putus Cinta Janna Nick Curi Tumpuan Netizen

Thank You Next Pakai Skirt Senteng Dan Berambut Ungu Lepas Putus Cinta Janna Nick Curi Tumpuan Netizen

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 181 hits
Pelakon dan juga penyanyi Janna Nick nampaknya sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila dia dilihat berpakaian seksi dan berimej baru di Instagram Tampil berambut rona ungu Janna juga mengenakan skirt pendek sehingga menampakkan pehanya ...
Pahang Imbroglio Ends Wan Rosdy To Head Bn Harapan State Govt

Pahang Imbroglio Ends Wan Rosdy To Head Bn Harapan State Govt

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 150 hits
The prolonged wait in forming the Pahang state government after the 15th general election has come to an end with BN and Pakatan Harapan officially joining forces After a royal audience with Pahang regent Tengku Hassanal Ibrahim Sultan Abdu...
Hadi Tioman Victory Might Shake Up Pahang Govt

Hadi Tioman Victory Might Shake Up Pahang Govt

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 92 hits
A Perikatan Nasional victory during the Tioman election might result in a change of state government said PAS president Abdul Hadi Awang Speaking to reporters in Rompin Pahang last night Hadi said the current state government was a minority...
3 Kali Runding Umno Pahang Tolak Perpaduan Ummah Rela Ikut Dap

3 Kali Runding Umno Pahang Tolak Perpaduan Ummah Rela Ikut Dap

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 321 hits
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah rela ikut DAPTimbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan Badan Perhubungan UMNO Negeri menolak penyatuan ummah an...
Only One Exco Post Tuan Ibrahim Says Pahang Bn Offer Unfair

Only One Exco Post Tuan Ibrahim Says Pahang Bn Offer Unfair

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 143 hits
PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man has lamented the hard line taken in negotiations by Pahang BN which he said made an unjust offer the Perikatan Nasional coalition could not consider In an article for the PAS party organ HarakahDai...
Apa Itu Wang What Is Money

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Tebu Telur Setahun Di Raised Beds

Amerika Syarikat Fakta Menarik Unik Dan Aneh

Flanders House By Saota In Belgium

Kad Bank Malaysia Support Apple Pay Google Pay

Geran Voc Jpj No

Dr M Claims Lawyers Barred From Secretive Batu Puteh Rci