Pn Bn Pbs Sekutu Tapi Tembung Sesama Sendiri Di 17 Dun



Nampaknya 'pertembungan mesra' antara sahabat politik Perikatan Nasional, BN dan PBS dalam pilihan raya Sabah telah meningkat daripada 11 kerusi menjadi 17 kerusi.Ini selepas BN dan PBS menukar keputusan perjanjian rundingan mereka dengan meletakkan lebih banyak calon daripada jumlah calon yang telah diumumkan pada hari Khamis.
Satu-satunya ahli sekutu yang memegang kata-katanya ialah PN, yang berjanji untuk bertanding 29 kerusi dalam pilihan raya Sabah dan mengotakannya semasa proses penamaan calon pagi ini.
PBS berjanji mahu meletakkan 15 calon tetapi hari ini meletakkan 22 calon manakala BN yang berjanji akan meletakkan 40 calon akhirnya menambah bilangan menjadi 41 calon.
Bahkan sebelum hari penamaan calon lagi, parti-parti sekutu yang merujuk sebagai Gabungan Rakyat Sabah itu dijangka bertembung sesama sendiri di 11 kerusi DUN.
Muhyiddin tiba di Kota Kinabalu semalam dalam usaha terakhir untuk menghalang pertembungan di 11 kerusi itu tetapi gagal meleraikan kebuntuan.
Berikut senarai 17 kerusi DUN yang bakal menyaksikan bertembungan sesama sendiri antara BN, PN dan PBS:
N02 Bengkoka - Umno vs PBS
N05 Matunggong - PBRS vs PBS
N07 Tandek - PBRS vs PBS
N11 Kadamaian - PBRS vs PBS
N22 Tanjung Aru - Umno vs PBS
N25 Kapayan - MCA vs PBS
N26 Moyog - Star vs PBS
N34 Lumadan - Umno vs PBS
N38 Paginatan - Umno vs Star vs PBS
N39 Tambunan - Star vs PBS
N40 Bingkor - Star vs PBS
N41 Liawan - Star vs PBS
N42 Melalap - Umno vs PBS
N44 Tulid - Star vs PBRS vs PBS
N45 Sook - Star vs PBRS
N47 Telupid - Umno vs PBS
N54 Karamunting MCA vs PBS
Ketika penamaan calon pagi ini, BN memutuskan untuk menamakan Jamawi Ja’afar bertanding kerusi DUN Melalap membawakan pertembungan dengan PBS.
Jamawi, sebelum ini berpaling tadah dari Umno untuk menyertai Warisan dan kemudian menyokong idea rampasan kuasa bekas ketua menteri Musa Aman terhadap kerajaan Sabah yang dipimpin Warisan.
Bagaimanapun, namanya tidak termasuk dalam senarai calon Umno yang diumumkan pada Khamis.
Dengan penglibatan Jamawi, Umno akan bertanding di 32 kerusi, diikuti dengan lima dari PBRS dan empat MCA, membawa kepada jumlah keseluruhan 41 kerusi di bawah naungan BN.
Sementara itu tiga parti menggunakan logo PN, iaitu Bersatu (19 kerusi), STAR (8 kerusi) dan SAPP (dua kerusi). PBS menggunakan logo sendiri.
Kesemua tiga parti ini, kecuali SAPP sebahagian dari kerajaan persekutuan PN tetapi bertanding menggunakan tiga logo berlainan pada PRN Sabah.
Muhyiddin pastikan PN 29 kerusi
Mengikut peraturan pencalonan, calon yang berhasrat untuk bertanding di bawah parti atau gabungan perlu menerima surat watikah. Ia biasa dilakukan oleh ketua parti atau pengerusi gabungan.
Bagi PN, ketuanya ialah Muhyiddin Yaasin dan beliau telah menjelaskan bahawa tidak akan membenarkan sebarang calon tambahan diletakkan selain daripada senarai yang telah diputuskan dalam perbincangan.
Perkara yang sama tidak boleh dijelaskan bagi pihak BN yang diketuai oleh Zahid Hamidi dan PBS yang diketuai Maximus Johnity Ongkili.
Kejutan terbesar mungkin daripada PBS, yang bertanding lebih tujuh kerusi daripada perjanjian yang telah dipersetujui.
Tujuh tambahan kerusi itu ialah DUN Moyog (PBS vs PN), Lumadan (PBS vs BN), Paginatan (PBS vs BN vs PN), Tambunan (PBS vs PN), Bingkor (PBS vs PN), Liawan (PBS vs PN), Tulid (PBS vs BN vs PN).
Kerusi tambahan ini bermaksud PBS dilihat melancarkan 'perang' terhadap sekutu dengan menambah lima kerusi dan memperburuk pertembungan dalaman yang mana BN dan PN sudah pun bertembung sesama sendiri.
Semua pertembungan PBS dengan PN secara khususnya menentang Star manakala pertembungan PBS dengan BN pula menentang calon Umno dan PBRS.
Timbalan Presiden PBS Radin Malleh berkata partinya sebelum ini merancang bertanding 15 kerusi dan turut mengambil maklum akan berlaku pertempuran di sekurang-kurangnya lima kerusi.
“Sudah tentu kami mengambil ini dengan niat baik bahawa pilihan raya akan dijalankan dengan cara untuk memperkukuhkan kedudukan PN di Sabah," katanya.
PBS dakwa ‘pertembungan mesra’
Radin juga berkata, untuk ini PBS telah melakukan analisis di kawasan Kadazan Dusun Murut (KDM) berdasarkan permintaan akar umbi dan memutuskan bertanding enam kerusi.
“Secara kebetulan, kerusi itu diperuntukkan buat Star.
"Mesyuarat pengagihan kerusi yang dipengerusikan Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin, sudah tentu kami mengemukakan permintaan untuk bertanding di kerusi ini. Jadi itu bukan perkara baru,” kata Malleh dalam satu kenyataan.
Malleh (gambar, bawah) juga mendakwa Star mencalonkan Anita Baranting di Tandek, kerusi yang diperuntukkan untuk PBS.
Bagaimanapun, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Anita bertanding calon bebas dan bukancalon PN atau Star.
Jelas Malleh PBS juga membuat keputusan untuk bertanding di DUN Lumadan susulan permintaan akar umbi Melayu.
Bagaimanapun, Malleh menegaskan semua pertembungan sesama sendiri ini aadalah “pertembungan mesra” dan menegaskan komitmen PBS untuk bekerjasama. 
"Kami menganggapnya sebagai satu pertembungan mesra. Apa yang penting ialah parti komponen PN memenangi semua kerusi yang ditandingi,” katanya.
Tiada pertembungan antara Warisan Plus 
Sementara itu, tiada pertembungan sesama sendiri antara gabungan saingan BN-PN-PBS, Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, PKR, DAP, Amanah dan Upko.
Walaupun PKR pada mulanya kesal kerana mendapat tujuh dari 14 kerusi yang diinginkannya, namun Presiden PKR Anwar Ibrahim nampaknya menepati janji dengan tidak membenarkan penggunaan logo PKR melebihi tujuh calon berkenaan.
DAP juga bertanding tujuh kerusi manakala Amanah pula bertanding satu kerusi. Kedua-duanya menggunakan logo Warisan.
Menariknya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenaraikan Amanah bertanding dengan logo sendiri.
Bagaimanapun, pengarah pilihan raya Amanah Sabah Harieyadi Karmin menegaskan Amanah menggunakan logo Warisan, berkata SPR mungkin tersilap.
"Saya rasa ini satu kesilapan. Saya akan merujuk kepada SPR. Pencalonan kami diterima oleh SPR sebagai calon Warisan, bukan Amanah," katanya kepada Malaysiakini.
Warisan bertanding 46 kerusi manakala Upko, yang menggunakan logo sendiri, bertanding 12 kerusi.
PRN Sabah: 447 calon 73 kerusi DUN
Pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi DUN Sabah 26 Sept ini.
Seramai 73 adalah daripada Parti Cinta Sabah (PCS), diikuti Parti Warisan Sabah (Warisan) (53), Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) (47), Parti Liberal Demokratik (LDP) (46), Barisan Nasional (BN) (41), Perikatan Nasional (PN) (29), Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) (28), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) (23) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) (22).
Selain itu, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebanyak 12 calon, PKR (tujuh), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) (lima), Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) (dua) dan masing-masing satu calon bagi Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Kebangsaan Sabah (PKS) serta Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Pertubuhan).
Seramai 56 calon bebas turut disahkan bertanding pada PRN Sabah.
DUN Bengkoka, menyaksikan calon terbanyak bertanding iaitu 11 penjuru diikuti Inanam dengan pertandingan 10 penjuru.
MR : Ramai pemimpin politik Sabah mundur dalam konsep kesatuan dan strategi masa hadapan   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/pn-bn-pbs-sekutu-tapi-tembung-sesama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lawan Sesama Sendiri Pn Bn Pbs Bakal Tersungkur

Lawan Sesama Sendiri Pn Bn Pbs Bakal Tersungkur

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 292 hits
KOTA KINABALU 12 SEPT Pertembungan di antara Barisan Nasional rakan sekutunya daripada Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah akan bertembung di 17 kawasan Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke 16 menjadi petanda awal ...
Prn Sabah Calon Dun Tamparuli Underdog Tapi Yakin Boleh Ambil Hati Pengundi

Prn Sabah Calon Dun Tamparuli Underdog Tapi Yakin Boleh Ambil Hati Pengundi

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 366 hits
KEADILAN berdepan dengan pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri Tamparuli pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 Calon DUN Tamparuli Alijus Sipil mendapat tentangan sengit dari tiga calon lain iaitu penyandang kerusi Jahid ...
Pas Benci Dap Tapi Sayang Mca Pbs

Pas Benci Dap Tapi Sayang Mca Pbs

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 259 hits
Ipohmali PAS BERI LALUAN SERAH KERUSI PADA MCA DAN PBS Baru tahu Rupanya satu satunya Kerusi tradisi yang PAS kata kuat ada jentera di Karamunting pun diserahkan kepada MCA dan PBS Itu kalau pemimpin PAS sendiri tak merungut kita pun tak ta...
Pertembungan Sesama Sendiri Di Prn Sabah

Pertembungan Sesama Sendiri Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 469 hits
KOTA KINABALU Semua parti utama sudah mengumumkan barisan mereka bagi Pilihan Raya Negeri Sabah menjelang hari penamaan calon esok namun Parti Liberal Demokratik masih belum berbuat demikian Begitu juga Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu y...
Bukan 3 Kerusi Tapi 11 Kerusi Pertembungan Antara Pn Bn Pbs

Bukan 3 Kerusi Tapi 11 Kerusi Pertembungan Antara Pn Bn Pbs

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 277 hits
Berdasarkan senarai nama calon yang diumumkan semalam Perikatan Nasional dan rakan sekutunya Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah dijangka akan bertembung antara satu sama lain di sekurang kurangnya 11 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri S...
Dahlah Ahli Ciput Begolak Sesama Sendiri Itulah Nasib Amanah Parti Pengkhianat

Dahlah Ahli Ciput Begolak Sesama Sendiri Itulah Nasib Amanah Parti Pengkhianat

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 371 hits
Hj Abd Latif Bin A Tambi dilantik sebagai Penyelaras DUN Gemencheh Beliau merupakan Ketua Parti AMANAH Kawasan Tampin sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada YB Ahli Parlimen Tampin TAMPIN Sekumpulan ahli akar umbi Parti Amanah N...
Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 650 hits
Annuar Musa berkata dengan adanya badan pengurusan air sendiri Wilayah Persekutuan boleh menguruskan konsesi air sendiri dan membeli air mentah atau memproses air PUTRAJAYA Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi me...
Demi Cipta Stail Sendiri Nabila Huda Sanggup Habiskan 70 Peratus Gajinya

Demi Cipta Stail Sendiri Nabila Huda Sanggup Habiskan 70 Peratus Gajinya

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 246 hits
Pelakon Nabila Huda menerusi laman Instagram miliknya telah mendedahkan dia melakukan persiapan sebulan awal untuk program terbaharu bersama Astro Warna iaitu The Masked Singer Malaysia source
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor