Pertembungan Sesama Sendiri Di Prn Sabah
KOTA KINABALU: Semua parti utama sudah mengumumkan barisan mereka bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjelang hari penamaan calon esok, namun Parti Liberal Demokratik (LDP) masih belum berbuat demikian.
Begitu juga Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, yang biasa disebut Usno Baru.
Walaupun gabungan Warisan Plus mengumumkan calon di 73 kerusi yang dipertandingkan, pertembungan sesama sendiri mungkin berlaku antara parti dan sekutu Barisan Nasional (BN).
Banyak perhatian diberikan kepada LDP, yang bangkit semula dengan bekas ketua menteri Chong Kah Kiat memimpin parti itu. Ia adalah bekas komponen BN, menawarkan Chong sebagai “penyelamat negeri”, berjanji untuk “memperbaiki keadaan” jika LDP diberi mandat.
Bagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi mengenai calon mereka.
Pertandingan lebih daripada 2 penjuru dijangka berlaku di hampir semua 73 kerusi DUN, belum mengambil kira jumlah calon bebas yang mungkin muncul di pusat penamaan calon esok.
Warisan Plus bertanding di semua 73 kerusi, Warisan mengambil sebahagian besar dengan 46 kerusi, Upko memperoleh 12 kerusi, DAP dan PKR masing-masing 7 dan Amanah 1.
BN akan bertanding di 40 kerusi dengan komponennya Umno bersaing di 31 kerusi, Parti Bersatu Rakyat Sabah 5 dan MCA 4 kerusi.
Perikatan Nasional (PN), yang terdiri daripada PPBM, STAR dan SAPP, akan bertanding 29 kerusi keseluruhannya.
Sekutu BN dan PN iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) akan bertanding 15 kerusi, dengan 8 kerusi bertindih dengan parti BN.
PBS akan bertanding menentang Umno di kerusi Bengkoka, Tanjung Aru dan Telupid; menentang PBRS di Matunggong, Tandek dan Kadamaian; dan MCA di Kapayan dan Karamunting.
STAR akan bertanding menentang PBRS di kerusi Tulid dan Sook, dan menentang Umno di kerusi Paginatan.
Secara keseluruhannya, berlaku pertindihan di 11 kerusi melibatkan PBS/STAR menentang Umno, PBRS dan MCA. Tiada pertembungan antara Umno dan PPBM buat masa ini.
Terdahulu Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin parti bersetuju untuk berunding supaya tidak berlaku pertembungan sesama sendiri.
Sementara itu, Parti Gagasan Rakyat Sabah, yang dianggap sebagai “parti nyamuk”, akan melakukan kemunculan pertama pada PRN dengan bertanding di 40 kerusi.
#Sumber : FMT
MR : Masih tidak mengalah, akhir semua rugi
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2020/09/pertembungan-sesama-sendiri-di-prn-sabah.html