Pn Atau Bn Dnanya Sama Hanipa



Pada 9/5/2018, rakyat Malaysia sanggup berdiri lama dan beratur panjang di pusat-pusat pengundian bagi membuat perubahan politik yang amat drastik tapi dengan secara aman dan demokratik. Tanpa dipaksa, mereka memilih PH dan menolak BN.
Dari segi perundangan, tiada siapa boleh menafikan banyak perubahan positif yang dilakukan oleh Kerajaan PH.
Antaranya, pejabat Peguam Negara yang di bawah pengendalian seorang peguam yang senior memperlihatkan “political will” mendakwa beberapa “ikan jerung”. Saya yakin rakyat yang membuat perubahan pada 9/5/2018 itu amat gembira.
Selaku mantan timbalan menteri undang-undang Kerajaan PH, saya sering ditanya bilakah para “jerung politik” yang didakwa itu hendak dijatuhi hukuman oleh mahkamah. Jujurnya, agak sukar untuk menerangkan kepada mereka tentang kerumitan sistem dan proses perundangan.
Ramai dari rakyat yang mungkin sukar memahami kenapakah mereka yang dituduh dengan pelbagai tuduhan jenayah yang berat -misalnya tuduhan rasuah atau penggubahan wang haram berbilion ringgit-masih boleh dibenarkan ber”keliaran” di merata tempat, berselfie, berkempen dan lain-lain.
Rakyat, secara umumnya, tidak begitu berminat untuk tahu apabila saya terangkan misalnya tentang doktrin ” seseorang yang didakwa di mahkamah dianggap tidak bersalah kecuali setelah dibuktikan bersalah” , konsep ” rule of law”, konsep ” fair trial”, konsep pemisahan kuasa eksekutif dan Peguam Negara atau Mahkamah dan konsep jaminan (bail).
Bagi rakyat ” para jerung politik” ysng didakwa dan dilihat telah menyusahkan negara/mereka perlu dan wajar dihukum segera. Buktinya, kata mereka, kami telah menolak mereka dalam pilihan raya. Maka, kata mereka, kerja kamu ( Kerajaan) adalah ” humban mereka dalam penjara dan bagi mereka reput di sana”.
Itulah , lazimnya, hujah mereka yang bersalut kemarahan mereka kepada saya misalnya.
Ya, amat sukar untuk menerangkan perbezaan ” hukuman politik” dan ” hukuman undang-undang” ke atas para aktor politik yang dianggap oleh rakyat telah melakukan jenayah. Prosesnya berbeza. Kaedah pembuktiannya juga berbeza. Ya, secara relatif, lebih mudah mensabitkan seseorang ahli politik yang korup melalui “hukuman politik”. Ini kerana, antara lain, proses pembuktian bersalahnya jauh lebih ringan dan jauh lebih mudah dibandingkan melalui proses undang-undang di mahkamah.
Mungkin , atas dasar itu, tidak sedikit rakyat yang agak “marah” dan “kecewa” kepada PH kerana, bagi mereka, pesalah yang “dihukum” melalui pilihanraya masih tidak dihukum melalui “mahkamah”.
Ironinya ketegasan Kerajaan PH untuk berpegang kepada prinsip ” kedaulatan undang-undang” ( rule of law) dan prinsip ” perbicaraan yang adil” ( rule of law) menyaksikan para pemimpin PH pula yang dimarahi dan dikritik secara pedas dan konsisten oleh para penyokong mereka sendiri.
Ya, ianya amat sukar. Tetapi, bagi saya, itulah prosesnya. Bukan mudah untuk membuat perubahan di dalam satu negara yang boleh dikatakan segala sendi-sendi utama di negara itu telah rapuh dan rosak secara teruk. Tapi, itulah jalan yang PH kena dan perlu tempuhi . Amat sukar dan berliku.
Boleh sahaja Kerajaan PH memilih cara yang lebih mudah dan lebih segera bagi “menghukum” para “jerung politik”. Mungkin cara sebegitu boleh mengembirakan para penyokong sendiri dalam jangkamasa pendek. Namun, maaf, itu bukan perubahan yang hakiki. Perubahan atas dasar dendam semata-mata tidak baik kepada negara pada jangkamasa panjang. Ia bukan perubahan yang “genuine”.
Takdir Allah di saat para pemimpin Kerajaan PH sedang serius berfikir, merancang dan melaksanakan proses perubahan tersebut, rupanya ada pihak yang berfikir lain. Maka, berlakulah apa yang berlaku. Kerajaan PH yang dinaikkan melalui mandat rakyat dijatuhkan oleh Kerajaan PN yang terbina melalui pengkhianatan mandat rakyat. Puncanya hanya satu -kerakusan nafsu serakah!
Terbukti kini wujudnya beberapa insiden yang menunjukkan seolah-seolah negara ini sedang bergerak mengundur ke belakang – pra 9/5/2018- iaitu rakyat negara ini seolah-olah masih berada di dalam budaya dan persekitaran pemerintahan BN. Jika dahulu BN, sekarang PN. Malangnya, DNAnya masih tetap sama.
Dari aspek perundangan, boleh jelas kelihatan ketidaksamaan perlakuan ke atas rakyat yang tidak berdaya dan pemimpin yang berkuasa di hadapan undang-undang.
Pada mulanya, rakyat hanya melihat ketidaksamaan undang-undang dalam memperlakukan pemimpin dan kaum kerabat mereka yang melanggar PKP di satu pihak dan rakyat bawahan di satu pihak yang lain. Namun nampaknya ketidaksamaan itu tidak terhenti di situ sahaja.
Bila tertuduh yang berhadapan dengan jenayah yang ada kaitan dengan skandal 1MDB boleh dilepaskan tanpa dibebaskan hanya kerana bersetuju dan bersedia untuk memulangkan sejumlah wang tertentu, kecurigaan rakyat perkara sebegitu mungkin akan berulang benar-benar berlaku. Kali ini seorang lagi pemimpin yang berhadapan dengan 46 pertuduhan jenayah pula dibebaskan.
Soalan yang “legitimate” dari rakyat bawahan “pemimpin mana pula selepas ini?” dalam keadaan rakyat bawahan dihukum 15 bulan penjara kerana mencuri petai!
Almarhum YM Tun Raja Azlan Shah dalam satu penghakimannya iaitu dalam kes Public Prosecutor v Tengku Mahmood Iskandar and Anor ( 1973 ) 1 MLJ 128 memulakan penghakimanya dalam kes tersebut dengan kata kata yang menarik.
Terjemahan ke bahasa melayu berbunyi lebih kurang seperti berikut :-
“Hari ini bukan sangat Responden ,yang sedang menghadapi perbicaraan, yang dibicarakan tetapi keadilan itu sendiri ( yang sedang dibicarakan). Berapa banyak kadar keadilan bagi keadilan itu sendiri? Jika mahkamah berusaha untuk meletakkan keseimbangan antara dua neraca- kepentingan tertuduh dan kepentingan masyarakat , maka saya ingin katakan bahawa keadilan itu adalah bersifat adil ( justice is just ).Tujuan keadilan itu mestilah keseimbangan dan kesaksamaan”
Almarhum juga berkata :-
“…Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang berkata semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Ia bermaksud, secara tersirat, hanya ada satu sahaja set undang-undang di negara ini di mana semua rakyat adalah tertakluk kepadanya. Bagi kami, setiap warganegara, tanpa mengira status rasmi atau status sosial mereka, adalah di bawah pertanggungjawaban yang sama bagi setiap tindakan yang dilakukan tanpa justifikasi undang-undang. Kesaksamaan semua orang di hadapan undang-undang meninimakan kezaliman”
Nabi s.a.w telah lama meingatkan kita dalam satu petikan hadith yang antara lain, berbunyi, mafhumnya :-
“..hanyasanya mereka yang binasa sebelum kamu bahawasanya mereka jika ada di antara mereka yang mencuri itu di kalangan orang-orang mulia ( الشريف ) , maka dibiarkan sahaja ( tidak dihukum) , dan apabila yang mencuri di kalangan mereka itu orang yang lemah ( الصعيف ) , maka ditegakkan hukuman hadd ke atas mereka..”
والله اعلم
_______________________________________________________________________________
Penulis adalah Ahli Parlimen Sepang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28198

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keupayaan Sistem Imun Badan Anda Tentukan Sama Ada Risiko Dijangkiti Covid 19 Atau Tidak

Keupayaan Sistem Imun Badan Anda Tentukan Sama Ada Risiko Dijangkiti Covid 19 Atau Tidak

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 391 hits
Oleh Mohammad Nazri Zulkafli Artikel ini merupakan perkongsian dari portal HelloDoktor Tarikh Kemaskini 26 Mei 2020 Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia sila dapatkannya di sini Seperti yang kita sedia maklum ...
Pernah Alami Situasi Sama Berulang Kali Atau Dejavu Ini Penjelasan Kenapa Ia Terjadi

Pernah Alami Situasi Sama Berulang Kali Atau Dejavu Ini Penjelasan Kenapa Ia Terjadi

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 319 hits
Adakah anda pernah melakukan atau mengatakan sesuatu dan anda tiba tiba merasa seperti anda berada dalam keadaan yang sama sebelum ini Sekiranya demikian anda mengalami apa yang disebut D j vu D j vu diucapkan hari zhaa voo adalah bahasa Pe...
Mesyuarat Opec Yang Selanjutnya Akan Memutuskan Sama Ada Kesinambungan Pemotongan Pengeluaran Atau Mengurangkan Langkah

Mesyuarat Opec Yang Selanjutnya Akan Memutuskan Sama Ada Kesinambungan Pemotongan Pengeluaran Atau Mengurangkan Langkah

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 245 hits
Pemotongan pengeluaran yang diperkenalkan oleh OPEC sangat membantu pasaran minyak untuk pulih dari krisis susulan tindakan kuarantin Walau bagaimanapun kekurangan bekalan yang banyak yang terkumpul semasa wabak menimbulkan masalah baru dal...
Dokumen Persiapan Awal Berhubung Cadangan Sama Ada Pkp Tamat Atau Disambung Adalah Palsu

Dokumen Persiapan Awal Berhubung Cadangan Sama Ada Pkp Tamat Atau Disambung Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 464 hits
SEBENARNYA Menurut Majlis Keselamatan Negara Maklumat tersebut adalah palsu Jangan sebar atau kongsi SUMBER Saluran Telegram Rasmi MKN MAINKAN PERANAN ANDA Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berit
Keputusan Sama Ada Pasar Malam Boleh Beroperasi Atau Tidak Diumum Sabtu Ini

Keputusan Sama Ada Pasar Malam Boleh Beroperasi Atau Tidak Diumum Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 387 hits
Keputusan sama ada operasi pasar malam akan dibenarkan atau tidak akan diputuskan pada Sabtu ini bersama dengan operasi di kedai gunting rambut salon kecantikan dan aktiviti solat berjemaah di masjid Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkat...
Petang Ni Ada Timbalan Menteri Atau Menteri Letak Jawatan

Petang Ni Ada Timbalan Menteri Atau Menteri Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 461 hits
JATUH SUNGGUH LA KALAU BETUL ADA MENTERI DAN TIMBALAN NAK LETAK JAWATAN PETANG INI
Ibadah Aqiqah Qurban Di Dalam Atau Di Luar Negara

Ibadah Aqiqah Qurban Di Dalam Atau Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 557 hits
Ibadah Aqiqah Qurban di Dalam atau di Luar Negara Mazhab Hanafi berpendapat bahawa makruh hukumnya memindahkan sembelihan qurban ke negeri lain seperti zakat kecuali jika diberikan kepada saudara maranya yang berada di negeri lain atau kepa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm