Pmx Terus Tersenarai Tokoh Islam Dunia


 PMX TERUS TERSENARAI TOKOH ISLAM DUNIA 


Sejurus Anwar Ibrahim angkat sumpah menjadi PM, manusia paling tersakiti adalah Mahathir, Muhyidin dan Hadi.  Tidak perlu kita ulas mengapa, satu dunia tahu.










Maka, semenjak itu sampai sekarang tidak henti-henti serangan dihalakan kepada PMX dan kebanyakannya semua fitnah, tidak berfakta dan persepsi untuk mempengaruhi rakyat agar membenci PMX.  Jalan paling mudah, main sentimen kaum dan agama.


Mahathir, pakar dalam propaganda dan sentimen kaum.  Maka merepeklah orang tua yang sudah berbau tanah itu kononnya negara ini akan tergadai kepada orang lain dalam tempuh 10 tahun lagi.  Keturunan dari India ini seterusnya memperlekehkan PMX kononnya PMX zalim, lebih zalim dari beliau.  Rasa mahu terkentut mendengarnya.  Sampai ke bumi Jepun mamak karala ini memburukkan PMX.


Lebai Hadi, dia pakar dalam menunggang agama.  Waktu dulu, dia kata Perlembagaan negara ini kapir.  Wajib berjihad lawan kerajaan yang mengekalkan perlembagaan jahiliyyah, katanya.  Kesannya, berbunuhan sesama Islam di Memali.  Bila Hadi jadi sebahagian dari kerajaan tebuk atap 33 bulan, tiba-tiba perlembagaan negara telah "memeluk Islam".  Maka, dengan senyum sumbing mulutnya dia bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan yang "muallaf" itu.  Kalau tidak angkat sumpah, siapa mahu bayar gaji dan elaun Duta Khas Timur Tengah dia?


Muhyiddin ?  Apa kehebatan dia selain dari "scheme of things"?  Tapi bila tiada kuasa, mahu tawarkan apa? Tetapi, dia tetap pegang piala atau pemegang rekod "PM paling singkat" dalam sejarah politik negara selain mencipta rekod satu-satunya PM yang naik di kerusi PM melalui bumbung Putrajaya tanpa mandat rakyat.  


Kini Anwar Ibrahim, PM ke 10.  Beliau ketua gabungan parti yang terbesar memenangi jumlah kerusi Parlimen selepas PRU15, iaitu sebanyak 82 kerusi.  Selayaknya dia dicalonkan sebagai PM ke 10 apabila terbentuknya kerajaan perpaduan.  Selain dari rakyat yang majoriti memberi mandat kepadanya, Anwar Ibrahim juga direstui oleh Majlis Raja-Raja dan YDP Agong.  Paling rare, dia dapat kemenangan cemerlang 2/3 majoriti undi percaya di dalam parlimen setelah Muhyidin mencabar Anwar Ibrahim untuk melakukannya di Parlimen.  Ertinya, Anwar Ibrahim menjadi PM diabsahkan dengan tiga peringkat tadi, iaitu pilihanraya, raja-raja dan Agong serta parlimen.


Aura PMX bukan sahaja bersinar di bumi Malaysia dan rantau Asia, bahkan dikenali di seantero dunia.  Namanya tidak pernah hilang dari senarai tokoh-tokoh duniatermasuk dunia Islam sejak beliau muda lagi hingga kini.  Hanya yang dengki, busuk hati dan takut ke penjara sahaja akan terus mengatakan Anwar perlu dijatuhkan.  


Percayalah, selagi ada umat di Malaysia ini yang sayangkan agamanya, kaumnya dan ingin mengangkat martabat negara ini, pasti mereka akan bangkit pertahankan PMX.  


"Pilihlah pemimpin yang banyak panah-panah fitnah menuju kepadanya".  


WFAUZDIN NS






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/pmx-terus-tersenarai-tokoh-islam-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hospital Pertama Dunia Dibina Umat Islam

Hospital Pertama Dunia Dibina Umat Islam

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 78 hits
Hospital pertama di dunia telah didirikan oleh orang Islam dan dinamakan sebagai Bimaristan Sarjana perubatan Islam Parsi merupakan pelopor dalam pembinaan hospital ini Malah nama hospital berkenaan juga diambil sempena perkataan Parsi Bima...
Kerajaan Madani Terus Pertahan Islam Melayu Dan Bahasa Kebangsaan

Kerajaan Madani Terus Pertahan Islam Melayu Dan Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 140 hits
kosmo com myOleh MUSTAQIM MOHAMED3 Ogos 2024 4 13 pmAhmad Zahid menyampaikan buku rekod hafazan kepada murid Tabika Tahfiz Kemas Muhammad Kashfi Muhammad Hakim 6 sempena Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Kemas Kelantan di Dewan Besar Tam...
Cuba Jangan Sebut Melayu Islam 1 000 Kali Sehari

Cuba Jangan Sebut Melayu Islam 1 000 Kali Sehari

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 247 hits
Cuba jangan sebut Melayu Islam 1 000 kali sehari ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be BUqYCI074qw src in org https www youtube com embed BUqYCI074qw wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube ...
Tujuh Sunnah Sambut Kelahiran Bayi Dalam Islam Bakal Mak Ayah Kena Tahu Ni

Tujuh Sunnah Sambut Kelahiran Bayi Dalam Islam Bakal Mak Ayah Kena Tahu Ni

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 210 hits
Apa persediaan mak ayah untuk menyambut kelahiran si comel Jangan dilupakan ada amanah yang perlu dilaksana dan ini merupakan sunnah dilakukan oleh bakal ibu bapa ketika menyambut kelahiran anak Ikuti panduan ini Sesuai dengan firman Allah ...
Puak Khawarij Sebenarnya Mendoakan Umat Islam

Puak Khawarij Sebenarnya Mendoakan Umat Islam

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 153 hits
La Jo IrSejarah membuktikan puak Khawarij la yang mendoakan Kehancuran Sayyidina Ali last2 terbalik ke puak mereka semula semoga berbalik semula pada yang menyebarkan Surat layang fitnah dan berita palsu
72 Orang Jalani Pendidikan Kader Ulama Di Mekkah Untuk Penguatan Lembaga Pendidikan Islam Indonesia

72 Orang Jalani Pendidikan Kader Ulama Di Mekkah Untuk Penguatan Lembaga Pendidikan Islam Indonesia

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 101 hits
Menurut Syafruddin tujuan pendidikan kader ulama untuk memantapkan wawasan wasatiyyat Islam memperdalam bahasa arab dan khazanah ilmu keIslaman lainnya
Rasa Lebih Selamat Dan Mahu Anak Anak Dibesarkan Dalam Persekitaran Islam Josiah Hogan Lepas Kerakyatan As

Rasa Lebih Selamat Dan Mahu Anak Anak Dibesarkan Dalam Persekitaran Islam Josiah Hogan Lepas Kerakyatan As

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 224 hits
Pelakon berkaliber Josiah Hogan memaklumkan dia kini sedang berusaha mendapatkan status warganegara Malaysia dan akan melepaskan status kerakyatan negara kelahirannya iaitu Amerika Syarikat Ujar Josiah dia tekad melakukan perkara itu kerana...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba