Pmx Nah Tambahan Rm400 Juta




Kerajaan Persekutuan menambah baik pemberian dan sokongan kepada kerajaan negeri untuk tahun ini dengan tujuh keputusan dicapai demi melaksanakan pembangunan negara yang lebih seimbang

Perkara itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2023 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dihadiri semua menteri besar dan ketua menteri atau wakil dari setiap negeri

Menurut Perdana Menteri, melalui keputusan itu, Kerajaan Persekutuan bersetuju meningkatkan Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Pemberian TAHAP) kepada RM400 juta.
Kata beliau, ini termasuk semakan semula dan penambahbaikan bagi petunjuk serta pengagihan Pemberian TAHAP sebagai satu komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peluang kepada kerajaan negeri melaksanakan projek pembangunan mengikut keutamaan dan acuan negeri masing-masing. Ini seterusnya dapat memperkukuh lagi momentum pemulihan ekonomi ke arah pembangunan Malaysia Madani

Anwar berkata, selain itu, kerajaan negeri disaran memberi keutamaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di negeri masing-masing kepada kontraktor Kelas G1 hingga G4 dan tidak hanya tertumpu kepada beberapa syarikat konsesi besar

Beliau menjelaskan, langkah ini bertujuan membantu kitaran ekonomi kontraktor-kontraktor kecil dengan lebih adil dan secara tidak langsung dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara lebih tuntas

Pada masa sama, kata beliau, Kementerian Kewangan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi bagi penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan sebagai memahami kepentingan dan keperluan itu supaya keadaan jalan sentiasa selamat dan selesa untuk kegunaan rakyat
“Ini terutamanya untuk menangani masalah jalan raya berlubang yang menjadi antara penyumbang kepada kemalangan dan peruntukan tambahan ini juga akan dikhususkan untuk manfaat kontraktor-kontraktor kecil bumiputera.
“Penambahan ini menjadikan peruntukan keseluruhan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan meningkat kepada RM1 bilion berbanding RM750 juta sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan 2023,” katanya.
Selain itu, Anwar berkata, penggunaan peruntukan di bawah Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri juga ditambah baik bagi menyelenggara jalan dan kerja-kerja lain berkaitan di kawasan perumahan berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan serta penggantian papan tanda nama jalan dan lorong bagi jalan

Antaranya melibatkan jalan kampung, jalan taman dan papan-papan tanda jalan lain selain daripada penunjuk arah

Anwar berkata, pemberian Ecological Fiscal Transfer (EFT) turut dinaikkan kepada RM150 juta berbanding RM70 juta pada tahun lalu sebagai galakan khusus kepada negeri-negeri yang mewartakan kawasan perlindungan baharu

Bagi tujuan penambahbaikan ke atas pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri pula katanya, Kementerian Kewangan bersetuju mempertimbangkan dan meminda kaedah pengeluaran kepada secara bayaran kemajuan kerja melibatkan pinjaman baharu bagi projek-projek pembangunan di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia
“Pendekatan ini dapat menyegerakan proses penyaluran peruntukan yang disediakan secara pinjaman, membantu kerajaan negeri yang mempunyai masalah aliran tunai dan bergantung kepada peruntukan pinjaman bagi melaksanakan projek pembangunan sekali gus melancarkan pelaksanaan projek-projek pembangunan,” katanya.
Turut dicapai pada mesyuarat berkenaan ialah pelanjutan pakej insentif cukai bagi pelaburan ke negeri bagi tempoh peralihan dua tahun sehingga 31 Disember 2024 melibatkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah

Katanya, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengimbangi pembangunan di seluruh negara melalui aktiviti pelaburan yang dilaksanakan oleh pihak swasta selain sebagai satu langkah interim ke arah pemakaian struktur insentif baharu yang lebih menyeluruh
“Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan hubungan dengan Kerajaan Negeri berada pada tahap yang terbaik dan hasrat ini dimanifestasikan melalui peningkatan peruntukan yang disalurkan dalam pelbagai bentuk pemberian kepada kerajaan negeri setiap tahun.“Pemberian-pemberian ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerajaan negeri bagi melaksana pembangunan negara lebih seimbang selaras dengan gagasan Malaysia Madani,” katanya. 
– UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2023/04/pmx-nah-tambahan-rm400-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Umum Pahang Terima Rm400 Juta Melalui Peruntukan Tahunan Marris

Pm Umum Pahang Terima Rm400 Juta Melalui Peruntukan Tahunan Marris

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 241 hits
KUANTAN Pahang menerima RM400 juta daripada jumlah keseluruhan RM5 bilion melalui peruntukkan tahunan Sistem Maklumat Rekod rekod Jalan Raya Malaysia yang disediakan kerajaan Persekutuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata piha...
Untuk Mydin Je Dah Rugi Rm500 000 Boss Mydin Kesal Pmx Umum Cuti Tambahan Last Minute

Untuk Mydin Je Dah Rugi Rm500 000 Boss Mydin Kesal Pmx Umum Cuti Tambahan Last Minute

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 463 hits
Untuk Mydin je dah rugi RM500 000 Boss Mydin kesal PMX umum cuti tambahan last minute Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan berita baik yang ditunggu tunggu oleh rakyat Malaysia sempena menjelang musim perayaan Antara pengumuman tersebu...
Lebih Tiga Juta Kenderaan Dijangka Guna Klk Lpt1 Semasa Aidilfitri

Lebih Tiga Juta Kenderaan Dijangka Guna Klk Lpt1 Semasa Aidilfitri

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 159 hits
Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 nbsp Anih Berhad menjangkakan lebih tiga juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya berkenaan sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini Pengurus Besar Kanan Ani
4 Juta Ahli Umno Takkan Sorang Pun Tak Ada Yang Cerdik

4 Juta Ahli Umno Takkan Sorang Pun Tak Ada Yang Cerdik

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 120 hits
Tanya je tupasal agaknya bergabung dengan PAS tumpang dengan cerdiknya Hadi menyandat
Tuntut Rm20 Juta Pengimport Telur Fail Saman Azmin Ali

Tuntut Rm20 Juta Pengimport Telur Fail Saman Azmin Ali

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 157 hits
Kes ni kalau boleh selesai saman dalam setahun Okey la kan Tapi selalunya azmin ali jarang sembang sembrono tanpa fakta Apapun kita tunggu tengok Siapa salah sebenarnya
Auto Kaya Petani Ini Jumpa Berlian Terbesar Di Dunia Nilai Dia Dekat Rm200 Juta

Auto Kaya Petani Ini Jumpa Berlian Terbesar Di Dunia Nilai Dia Dekat Rm200 Juta

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 164 hits
Auto kaya Petani ini jumpa berlian terbesar di dunia nilai dia dekat RM200 juta Batu berlian 1 098 karat itu dipercayai merupakan batu berlian ketiga terbesar yang pernah ditemui oleh manusia di dunia
Kes Src International Melibatkan Sejumlah Rm 4 Bilion Bukannya Rm 42 Juta Sahaja

Kes Src International Melibatkan Sejumlah Rm 4 Bilion Bukannya Rm 42 Juta Sahaja

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 132 hits
Nik HasyudeenDi dalam perbicaraan kes SRC International dinyatakan jumlah wang yang sebenarnya terlibat ialah RM 4 bilion yang asalnya adalah sukuk sukuk yang diterbitkan oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen untuk dilaburkan di dalam projek ten...
Kontraktor Setuju Bayar 600 Pekerja Gaji Tertunggak Rm3 8 Juta

Kontraktor Setuju Bayar 600 Pekerja Gaji Tertunggak Rm3 8 Juta

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 273 hits
Mustapha Sakmud berkata arahan itu dikeluarkan selepas pergaduhan pekerja dan majikan dari Korea Selatan kelmarin akibat kelewatan membayar gaji bulan lalu PETALING JAYA Kontraktor pembinaan sebuah kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabal...
Nikmati Kopi Lovns Dengan Cawan Berinsulasi Ais Pertama Dunia

Earth Symphony Green Cirque Fest 2024 A First Of Its Kind Eco Circus Celebrating Sustainability In Southeast Asia

Guangzhou Metro Dan Makan Di Restoran Halal Depan Masjid Huaisheng Guangzhou

Zaman Sekarang Rakam Dulu Baru Tolong

12 Waktu Paling Mustajab Untuk Doa Mudah Dikabulkan

Mpox Vaccination Kicks Off In Drc After 859 Deaths This Year

Auditors And The Bottomless Money Pit Called Taxpayer

Lg Shines At Idea 2024 Two Gold Awards Celebrate Innovative And Inclusive Design


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Mr Hiiragi s Homeroom Yang Diadaptasi Ke Siri Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat


Jambu Bertih Rosak

Win Big With Toshiba Tv S October Sensation Promo

Vivo Partners With Sunway Lagoon Nights Of Frights 10 For A Spooktacular Celebration

Stop That Dot Homesoy Empowers Malaysian Women To Take Charge Of Breast Cancer Prevention

116 Mangsa Dipindahkan Ke Dua Pps Di Simpang Renggam

15 Stunning Mid Century Sunroom Designs With Contemporary Elegance