Pmo Rm300k Untuk Setiap Parlimen Bagi Pertingkatkan Program Bakul Makanan


malaysiakini.com
Diterbitkan 1 Jul 2021, 8:47 pm
Dikemaskini 9:28 pm

Peruntukan RM300,000 yang diberikan kepada semua anggota parlimen untuk bakul makanan adalah di atas program bakul makanan yang sedang berjalan, jelas Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang tadi

Program sedia ada "diteruskan dan dipertingkatkan" bagi memenuhi keperluan golongan yang terkesan dengan psekatan pergerakan Covid-19, katanya.

"Tambahan program ini yang melibatkan agihan peruntukan sebanyak RM300 ribu diberikan kepada setiap Ahli Parlimen termasuk ahli parlimen Pembangkang.

"Peruntukan ini bagi memperkasakan program Bantuan Bakul Makanan sedia ada untuk memastikan pelaksanaan yang lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh negara," kata PMO dalam satu kenyataan.

Ia menambah bahawa peruntukan RM300,000 ini akan diagihkan kepada ahli parlimen mulai hari ini. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan inisiatif itu pada hari Isnin (28 Jun) sebagai sebahagian darioada pakej bantuan Pemulih.

Untuk kawasan pilihan raya tanpa ahli parlimen, peruntukan akan disalurkan ke majlis daerah.

Majlis Daerah dan Tanah Hulu Perak akan mengurus peruntukan Gerik sementara RM300,000 untuk Batu Sapi akan diagihkan kepada Majlis Perbandaran Sandakan.

PMO tidak menjelaskan alasan kenyataan itu dikeluarkan tetapi penjelasan itu dibuat setelah dua ahli parlimen pembangkang menyatakan bahawa peruntukan RM300,000 hanya mencukupi untuk 3,000 penerima.

Ini mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan kawasan parlimen yang lebih besar.

Awal hari ini, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh memberitahu bahawa kerajaan telah memberikan senarai 13 barang kepada setiap anggota parlimen untuk setiap bakul makanan.

Ia juga menyatakan bahawa setiap bakul mesti mengandungi makanan bernilai RM100.

"Baru terima spesifikasi penggunaan RM300,000 untuk Ahli Parlimen beli bakul makanan.

"Nilai RM100 sebakul bermaksud kami hanya boleh agih kepada 3,000 keluarga. Untunglah Ahli Parlimen Putrajaya berbanding Ahli Parlimen Damansara atau Bangi. Baca terma-terma yang lain," katanya.
Ong juga menulis ciapan di Twitter bahawa peruntukan RM300,000 akan memanfaatkan hanya 0.6 peratus daripada pengundinya di Bangi.

"Kawasan parlimen saya mempunyai lebih dari 187,000 pengundi (dan dianggarkan lebih 500,000 penduduk).

"Ini bermaksud bakul makanan ini akan mencapai 1.6 peratus pengundi atau 0.6 peratus penduduk," katanya.

Berdasarkan data PRU14, Bangi (178,790) mempunyai kira-kira enam setengah kali lebih banyak pengundi daripada Putrajaya (27,306).

Damansara (164,322), sementara itu, mempunyai sekitar enam kali lebih banyak pengundi daripada Putrajaya.

Jumlah pengundi ini ditentukan oleh pelaksanaan persempadanan semula tahun 2016 yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Penjelasan PMO juga hadir di tengah kempen #BenderaPutih yang digerakkan oleh rakyat.

Dilancarkan beberapa hari yang lalu, kempen tersebut menyarankan mereka yang berdepan kesukaran mendapatkan bekalan makanan menaikkan bendera putih di depan kediaman sebagai tanda memerlukan bantuan segera.

Pasar raya, stesen minyak, restoran, perniagaan, NGO dan parti politik sejak itu tampil untuk membantu mereka yang telah menaikkan bendera putih.

Beberapa kes melibatkan keluarga terdesak mendapat manfaat daripada kempen tersebut


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/pmo-rm300k-untuk-setiap-parlimen-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakul Makanan Rm300k Untuk Setiap Ahli Parlimen Termasuk Pembangkang

Bakul Makanan Rm300k Untuk Setiap Ahli Parlimen Termasuk Pembangkang

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 185 hits
MALAYSIAKINI Setiap ahli parlimen akan menerima peruntukan RM300 000 setiap kawasan sebagai tambahan untuk program Bantuan Bakul Makanan sedia ada bagi membantu menyediakan keperluan asas penting buat golongan memerlukan Bantuan itu akan di...
Peruntukan Rm300 000 Bantuan Bakul Makanan Disalur Kepada Ahli Parlimen Kata Pmo

Peruntukan Rm300 000 Bantuan Bakul Makanan Disalur Kepada Ahli Parlimen Kata Pmo

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 307 hits
Pejabat PM berkata peruntukan itu akan mula disalurkan hari ini KUALA LUMPUR Peruntukan RM300 000 bagi program Bantuan Bakul Makanan kepada setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi m...
Rm300 000 Disalur Kepada Setiap Ahli Parlimen Kerajaan Pembangkang Untuk Bantuan Bakul Makanan

Rm300 000 Disalur Kepada Setiap Ahli Parlimen Kerajaan Pembangkang Untuk Bantuan Bakul Makanan

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 325 hits
RM300 000 akan disalurkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang bertujuan untuk Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Sidang Media PEMULIH sebentar tadi Tambahn...
Tak Nanti Rakyat Talifon Mp Lembah Pantai Sediakan 1 500 Bakul Makanan Untuk Kawasan Pkpd

Tak Nanti Rakyat Talifon Mp Lembah Pantai Sediakan 1 500 Bakul Makanan Untuk Kawasan Pkpd

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 215 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menyediakan 1 500 bakul makanan untuk dua kawasan yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Beliau berkata bakul makanan itu akan diserahkan di PKPD Taman Bukit Angkasa dan PKPD PPR...
Gerakkan Sekretariat Ph Setiap Parlimen Jaga Kebajikan Rakyat Muhaimin

Gerakkan Sekretariat Ph Setiap Parlimen Jaga Kebajikan Rakyat Muhaimin

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 146 hits
June 28 2021 Mesyuarat Pakatan Harapan Perak semalam telah mengambil keputusan untuk mengarahkan supaya setiap kawasan parlimen di Perak mengerakkan semula Sekretariat PH masing masing Ini sebagai persiapan bagi menghadapi sebarang kemungki...
Orang Sibuk Agih Bakul Makanan Zahid Sibuk Kutip Sd Dalam Bakul

Orang Sibuk Agih Bakul Makanan Zahid Sibuk Kutip Sd Dalam Bakul

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 184 hits
agendadaily com4 7 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan sedang galak mengutip akuan bersumpah untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Selepas peruntukan RM300 ribu b...
Semua Menteri Di Setiap Kementerian Wakil Rakyat Parlimen Dan Dun Wajib Buat Kerja

Semua Menteri Di Setiap Kementerian Wakil Rakyat Parlimen Dan Dun Wajib Buat Kerja

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 152 hits
Ini apa yang dikongsikan oleh saudara Azad Jasmi dalam menghadapi keadaan krisis yang berpanjangan sekarang Memang betul apa yang dia katakan Cuba baca kat bawah ni Krisis Ini BenarAzad Jasmi l 29 Jun 2021 Kita sedang hadapi krisis sekarang...
Program Bank Makanan Kawasan Rukun Tetangga Taman Kasih Putera Bahau Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Tahun 2021

Program Bank Makanan Kawasan Rukun Tetangga Taman Kasih Putera Bahau Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Tahun 2021

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 325 hits
04 Julai 2021 Taman Kasih Putera BahauProgram Bank Makanan KRT TMN KASIH PUTERATujuan Menyalurkan bantuan barang barang makanan kepada penduduk yang dikuarantin serta penduduk penduduk yang mengalami masalah lain seperti tidak dapat bekerja...
Terlantar Hidup Sebatang Kara Antara Penerima Bakul Makanan

Terlantar Hidup Sebatang Kara Antara Penerima Bakul Makanan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 152 hits
Oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL HIDUP sebatang kara Vattahiah Appacutty diberikan bantuan bakul makanan oleh Noh Omar ketika berkunjung ke rumah usangnya di Kampung Ketam Tanjung Karang Kuala Selangor UTUSAN MOHAMAD ATHIR ISMAILKUALA SELANGOR Seo...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover