Orang Sibuk Agih Bakul Makanan Zahid Sibuk Kutip Sd Dalam Bakul


agendadaily.com4/7/2021

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan sedang galak mengutip akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas peruntukan RM300 ribu bantuan bakul makanan diberikan kepada semua Ahli Parlimen (MP) seluruh negara, aktiviti pengagihan bantuan berjalan dengan rancak tidak kira sebelah MP sebelah kerajaan atau pembangkang.

Semua sibuk bekerja keras bagi mencari rakyat yang kesusahan, tidak kira jenis fahaman politik atau warna bendera semua dibantu secara sama rata.

Banyak MP yang berkongsi atas platform media sosial kerja bantuan yang dijalankan, tahniah atas keprihatinan semua wakil rakyat yang bertungkus-lumus membantu rakyat yang sedang berdepan cabaran ketika pandemik Covid-19 ini.

Sememangnya, rakyat sedang berdepan tempoh mencabar dan kerajaan juga mengenepikan perbezaan apabila MP pembangkang juga diberikan peruntukan yang sama kali ini, ia sekurang-kurangnya dapat juga meringankan beban.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ketika musim rakyat susah ini masih terdapat segelintir ahli politik yang lebih gemar bermain politik, tidak habis merancang strategi dan mencari sokongan untuk menjatuhkan kerajaan.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO yang kalah pilihan raya umum lalu, Datuk Asraf Wajdi Dusuki merungut dan membebel peruntukan RM300 ribu tidak cukup, ia tidak pasti kawasan Parlimen yang sedang dibantunya ketika ini kerana bekas senator itu bukan wakil rakyat yang dipilih rakyat.

Untuk tidak berprasangka buruk, mungkin Asraf kini sibuk menjaga kawasan Parlimen PWTC memandangkan satu-satunya pilihan raya yang dimenanginya adalah pilihan raya parti UMNO lalu. Itu pun menang tipis, beza majoriti pun kecil.

Cita-citanya sangat jauh, ingin menjadi menteri atau timbalan menteri, bagaimanapun pengikut setia bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ini sekadar layak menjadi jurucakap rasmi kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sahaja.

Setiap kenyataan Zahid, ia pasti kemudiaan akan disusuli kenyataan Asraf yang menyokongnya, kemudiaan setiap kenyataan Najib pasti disusuli kenyataan Asraf, begitu lah kerja seorang Ketua Pemuda UMNO ini.

Terbaharu, perlumbaan mengutip SD masih berjalan, menurut laporan Utusan Malaysia baru-baru ini, Zahid sedang memanggil setiap MP UMNO untuk menandatangani surat menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Hari ini, MP Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris tampil membuat pengakuan secara terbuka menandatangani SD menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.

Kenyataan Nazlan tersebut membuktikan dakwaan sebelum ini oleh seorang pemimpin senior, Datuk Seri Nazri Aziz yang berkata Zahid nampaknya masih meneruskan agenda menyokong Anwar dengan mengumpulkan SD dikalangan MP UMNO.

Nazri juga yang sebelum ini menarik sokongannya terhadap PN juga mendakwa Zahid adalah perancang utama gerakan menjatuhkan kerajaan PN, namun baru-baru Ahli Parlimen Padang Rengas itu sudah menarik balik sokongannya.

Spekulasi semakin hangat diperkatakan selepas kenyataan Zahid menerusi Biro Politik UMNO yang memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan PN supaya membuka segera sidang Parlimen atau berdepan tindakan tegas.

Untuk rekod, tempoh 14 hari tersebut akan berakhir pada 7 Julai ini, jadi tidak hairan Zahid begitu aktif mengutip SD bagi merealisasikan cita-citanya untuk bersama Anwar yang difahamkan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya.

Persoalannya kini, mampukah Zahid mendapatkan memenuhi bakul SD yang mencukupi untuk melawan 25 SD yang dikatakan sudah berjaya dikutip kumpulan satu lagi yang mahu melantik Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai jurucakap mereka


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/orang-sibuk-agih-bakul-makanan-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanpa Bendera Putih Pun Kedah Telah Agih 100k Bakul Makanan Sejak Mac 2020

Tanpa Bendera Putih Pun Kedah Telah Agih 100k Bakul Makanan Sejak Mac 2020

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 258 hits
Kerajaan negeri Kedah telah mengagihkan lebih 100 000 bakul makanan kepada rakyat yang memerlukan di negeri itu sejak Mac tahun lalu sehingga kini meskipun tanpa kibaran bendera putih Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menerusi hant...
Ipd Kota Kinabalu Menyantuni Turun Padang Hulur Bakul Makanan

Ipd Kota Kinabalu Menyantuni Turun Padang Hulur Bakul Makanan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 256 hits
Mohd Zaidi menghulurkan bakul makanan kepada salab seorang penerima pada program Ziarah Qaseh di Kota Kinabalu FOTO Juwan Riduan Kota Kinabalu Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu meluangkan masa menyantuni 20 keluarga sekitar daerah ini ...
Terlantar Hidup Sebatang Kara Antara Penerima Bakul Makanan

Terlantar Hidup Sebatang Kara Antara Penerima Bakul Makanan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 185 hits
Oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL HIDUP sebatang kara Vattahiah Appacutty diberikan bantuan bakul makanan oleh Noh Omar ketika berkunjung ke rumah usangnya di Kampung Ketam Tanjung Karang Kuala Selangor UTUSAN MOHAMAD ATHIR ISMAILKUALA SELANGOR Seo...
Tak Nanti Rakyat Talifon Mp Lembah Pantai Sediakan 1 500 Bakul Makanan Untuk Kawasan Pkpd

Tak Nanti Rakyat Talifon Mp Lembah Pantai Sediakan 1 500 Bakul Makanan Untuk Kawasan Pkpd

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 257 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menyediakan 1 500 bakul makanan untuk dua kawasan yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Beliau berkata bakul makanan itu akan diserahkan di PKPD Taman Bukit Angkasa dan PKPD PPR...
Pmo Rm300k Untuk Setiap Parlimen Bagi Pertingkatkan Program Bakul Makanan

Pmo Rm300k Untuk Setiap Parlimen Bagi Pertingkatkan Program Bakul Makanan

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 250 hits
malaysiakini comDiterbitkan 1 Jul 2021 8 47 pmDikemaskini 9 28 pmPeruntukan RM300 000 yang diberikan kepada semua anggota parlimen untuk bakul makanan adalah di atas program bakul makanan yang sedang berjalan jelas Pejabat Perdana Menteri p...
Bakul Makanan Rm300k Untuk Setiap Ahli Parlimen Termasuk Pembangkang

Bakul Makanan Rm300k Untuk Setiap Ahli Parlimen Termasuk Pembangkang

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 224 hits
MALAYSIAKINI Setiap ahli parlimen akan menerima peruntukan RM300 000 setiap kawasan sebagai tambahan untuk program Bantuan Bakul Makanan sedia ada bagi membantu menyediakan keperluan asas penting buat golongan memerlukan Bantuan itu akan di...
Peruntukan Rm300 000 Bantuan Bakul Makanan Disalur Kepada Ahli Parlimen Kata Pmo

Peruntukan Rm300 000 Bantuan Bakul Makanan Disalur Kepada Ahli Parlimen Kata Pmo

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 358 hits
Pejabat PM berkata peruntukan itu akan mula disalurkan hari ini KUALA LUMPUR Peruntukan RM300 000 bagi program Bantuan Bakul Makanan kepada setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi m...
Rm300 000 Disalur Kepada Setiap Ahli Parlimen Kerajaan Pembangkang Untuk Bantuan Bakul Makanan

Rm300 000 Disalur Kepada Setiap Ahli Parlimen Kerajaan Pembangkang Untuk Bantuan Bakul Makanan

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 380 hits
RM300 000 akan disalurkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang bertujuan untuk Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Sidang Media PEMULIH sebentar tadi Tambahn...
Zahid Ajak Keluar Pn Kj Tak Ada Masa Main Politik Sibuk Urus Vaksin

Zahid Ajak Keluar Pn Kj Tak Ada Masa Main Politik Sibuk Urus Vaksin

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jalamuddin Abu Bakar memberitahu beliau tidak ada bermain politik ketika ini kerana sibuk menguruskan vaksin kepada seluruh rakyat negara ini
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya