Pm Umum 11 Jenis Perniagaan Dibenar Beroperasi Pada Jumaat


AGENDA DAILY
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan 17 jenis perniagaan di bawah sektor pekerjaan dan ekonomi yang dibenarkan beroperasi di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat ini.
Ismail Sabri berkata perkara itu dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang memberi kelonggaran bagi sektor pekerjaan/ekonomi.
Beliau berkata turut dibenarkan beroperasi adalah kedai antik, kedai alat permainan, kedai permaidani dan kedai kandungan kreatif/ peralatan industri kreatif, kedai kegiatan luar termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain, kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi dan kedai tembakau termasuk vape atau rokok elektronik.
“Jenis perniagaan berikut dibenarkan kembali beroperasi dengan syarat vaksin yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Selain itu, beliau berkata mesyuarat turut bersetuju untuk membenarkan pembekalan mineral dan bahan batuan termasuk pasir serta pergerakan dari tenemen mineral kuari atau tapak pengorekan ke premis atau tapak projek pembinaan infrastruktur awam yang utama dan kerja-kerja pembinaan bangunan serta premis industri/perkhidmatan perlu.
“Penjagaan dan penyelenggaraan di atas tenemen mineral, kuari dan tapak pengorekan serta di premis lesen mineral dan lesen memproses mineral dibenarkan bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan risiko kemalangan.
“Pengoperasian tenemen, mineral dan tapak pengorekan bagi tujuan penghasilan mineral dan bahan batuan termasuk pasir serta pengeksportan mineral dan bahan batuan termasuk pasir sungai ke luar negara dibenarkan,” katanya.
Perdana Menteri berkata selain itu, perladangan berasaskan kayu dan kenaf turut dibenarkan di bawah fasa sama.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata bagi negeri Fasa Dua PPN, semua pejabat swasta dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus sekiranya 80 peratus pekerja telah lengkap vaksin manakala kapasiti 80 peratus bagi 60 peratus pekerja telah lengkap vaksin dan kapasiti 60 peratus sekiranya 40 peratus pekerja lengkap vaksin.
Selain itu, turut dibenarkan beroperasi adalah kilang perabot manakala kapasiti kenderaan pekerja 100 peratus juga dibenarkan bagi penumpang lengkap vaksin.
Perdana Menteri turut mengumumkan kebenaran beroperasi bagi aktiviti sektor pengurusan perhutanan di negeri Fasa Dua dan Tiga PPN.
Ia merangkumi pengusahasilan hutan (pembalakan dan hasil hutan bukan kayu); perladangan hutan dalam hutan simpan kekal (HSK) dan pembangunan hutan di bawah Projek Pembangunan Hutan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Selain itu, mesyuarat secara bersemuka turut dibenarkan kepada individu yang telah lengkap vaksin di negeri Fasa Dua, Tiga dan Empat PPN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/agenda-daily-perdana-menteri-datuk-seri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stesen Minyak Restoran Kedai Serbaneka Dibenar Beroperasi Sehingga 12 Malam

Stesen Minyak Restoran Kedai Serbaneka Dibenar Beroperasi Sehingga 12 Malam

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 213 hits
Gambar Hiasan Ikuti kami di dan untuk berita terkini setiap hari klik KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan stesen minyak restoran atau kedai makan dan kedai serbaneka untuk beroperasi mulai 6 pagi sehingga ...
Utusan Nst Tidak Dibenar Buat Liputan Di Parlimen

Utusan Nst Tidak Dibenar Buat Liputan Di Parlimen

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 141 hits
HIDAYAH HAIROM SHAH ALAM Dua akhbar tempatan iaitu Utusan Malaysia dan New Straits Times tidak tersenarai sebagai media arus perdana untuk membuat liputan laporan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke 14 yang bermula Isnin iniUtusan...
Senarai 100 Idea Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba Untuk Mula Berniaga

Senarai 100 Idea Perniagaan Kecil Yang Boleh Anda Cuba Untuk Mula Berniaga

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 520 hits
Perhatian kepada usahawan dan bakal usahawan Jemput sertai Kelab Usahawan Hidup Ringkas yang admin tubuhkan dalam Grup secret di Facebook Klik pada pautan ini untuk jadi ahli Klik SiniTerima kasih sudi joint grup tu ya Sekarang kita pergi k...
Hiburan Balik Sambung Urusan Perniagaan Caprice Pulang Ke Tanah Air Hari Ini

Hiburan Balik Sambung Urusan Perniagaan Caprice Pulang Ke Tanah Air Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 359 hits
Penyanyi rap terkenal Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata bahawa dia akan pulang ke tanah air pada hari ini ARTIKEL BERKAITANPerkara tersebut dimaklumkan Caprice menerusi saluran Telegram miliknya iaitu MudaUmmah Welcome To Capr...
Hiburan Bertambah Maju Perniagaan Kedai Runcit Lan Solo Kini Berpindah Ke Bangunan Tiga Tingkat

Hiburan Bertambah Maju Perniagaan Kedai Runcit Lan Solo Kini Berpindah Ke Bangunan Tiga Tingkat

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 265 hits
Semakin maju dan bertambah rezeki penyanyi Lan Solo apabila dia khabarnya telah menaiktaraf kedai runcit miliknya iaitu Solo Borneo Mart yang terletak di Puchong Prima Selangor ke banguna yang lebih besar ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar...
Sekolah Memandu Dibenar Operasi Mulai 9 September Menteri

Sekolah Memandu Dibenar Operasi Mulai 9 September Menteri

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 236 hits
Institut Latihan Memandu Dibenarkan Beroperasi Mulai 9 September KUALA LUMPUR Kerajaan membenarkan Industri Latihan Pemanduan Kenderaan Motor di seluruh negara kembali beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Menteri Pengangkutan Wee ...
Guru Tolak Vaksin Tidak Dibenar Mengajar

Guru Tolak Vaksin Tidak Dibenar Mengajar

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 234 hits
Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin keputusan itu dibuat bagi memastikan sesi persekolahan yang akan dibuka kelak selamat bagi pelajar guru dan pihak pengurusan sekolah Guru tolak vaksin tidak dibenar mengajar diberi tugas...
Bioskop Boleh Beroperasi Di Tangsel Anak 12 Tahun Ke Bawah Tetap Dilarang Masuk

Bioskop Boleh Beroperasi Di Tangsel Anak 12 Tahun Ke Bawah Tetap Dilarang Masuk

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 278 hits
Bioskop dapat beroperasi dengan ketentuan wajib menggunakan aplikasi PeduliLindungi terhadap semua pengunjung dan pegawai kapasitas maksimal 50 persen dan hanya pengunjung dengan kategori hijau dalam PeduliLindungi yang boleh masuk jelas Wa...
Sabah Benar Panggung Wayang Beroperasi Semula Mulai Sabtu Ini

Sabah Benar Panggung Wayang Beroperasi Semula Mulai Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 221 hits
KAKITANGAN Golden Screen Cinemas melakukan persiapan untuk beroperasi FOTO Aswadi Alias Panggung wayang dibenar beroperasi semula mulai Sabtu ini di Sabah Jom tengok wayang KOTA KINABALU Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan membenarkan...
Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya

10 000 Pengunjung Memeriahkan Konsert Ulang Tahun Ke 20 Mr D I Y Yang Penuh Gemerlapan

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Totiq Batch 4 Bermula Dari Peserta Ke Urusetia

Beruntungnya Jadi Kaki Masjid

Cara Buat Jeruk Kulit Cempedak Atau Mandai Paling Sedap Goreng Tumis