Pm Serah Kuasa Lantik Kp Sprm Kepada Parlimen Jika Enggan Campur Urusan Siasatan Amk










Kenyataan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak mahu campurtangan dalam siasatan ke atas Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dikecam oleh Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia.

Menurut Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir, sekiranya PM ingin lepas tangan beliau seharusnya tidak memegang kuasa menasihati Yang di Pertuan Agong dalam melantik KP SPRM, dan memnyerahkan kuasa berkenaan kepada Parlimen sesuai dengan tujuan penubuhan suruhanjaya berkenaan.

"Respons dari PM beliau tidak boleh campurtangan, seolah olah beliau telah menerima laporan dan sebagainya tetapi tidak nampak komitmen untuk menukar (KP) atau membuat sesuatu tindakan lebih tegas.

"Dalam isu ini, kalau kita teliti Akta SPRM 5(3) menyebut kedudukan KP SPRM boleh kekal sehinggalah dibuat keputusan ditukar oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat PM. Oleh itu jangan lupa KP hari ini adalah lantikan PM, bukan nasihat dari Parlimen

"Kalau nak mengatakan eksekutif jangan campurtangan, PM perlu beri komitmen, hari ini pindahkan kuasa lantikan KP itu dari tangan beliau ke kuasa Parlimen," katanya dalam sidang media di Dataran Putrajaya, pagi tadi.

Akmal mempertikaikan tindakan PM Ismail enggan campurtangan dalam menyiasat skandal KP SPRM
Menurut Akmal lagi, sesuai dengan kuasa PM, maka Majlis Presiden Pakatan Harapan kelmarin menuntut diadanya mesyuarat khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu tergempar berkenaan.

Bagaimanapun, hal itu tidak direspons oleh PM sehingga ke hari ini.

"Kita tahu peraturan Parlimen 13(1), PM selaku Ketua Majlis boleh panggil pada bila bila masa (sidang Parlimen) sebagaimana boleh panggil bincang isu banjir, biar pun terlewat sebulan. Beliau dalam hal ini ada kuasa panggil Parlimen bersidang bincang integriti SPRM," katanya lagi.

Selain itu, Akmal menegaskan negara sedang berhadapan situasi darurat integriti apabila KP SPRM didakwa terlibat dalam pembelian saham bagi pihak adiknya secara yang diragui.

Sebab itu, katanya, AMK mengadakan konvoi 100 kenderaan untuk menyerahkan memorandum ringkas ke ibu pejabat SPRM, iaitu meminta Azam Baki berundur.

Sementara itu, Ketua AMK Wilayah Persekutuan, P Prabakaran dalam komentarnya berkata, tujuan AMK mengadakan konvoi tersebut adalah bagi menyelamatkan SPRM daripada terus dipersoalkan integriti oleh rakyat.

"Perkara ini sangat penting kerana semua hal berkaitan SPRM. Kita AMK rasa perlu bangkit beri tekanan kepada kerajaan untuk pastikan Azam Baki undur atau pun pecat atau beri cuti sampai kes selesai.

"Orang keliru mengapa pegawai tinggi ada saham yang banyak dalam satu syarikat," katanya.

Memorandum ringkas yang sepatutnya menyedarkan rakyat tentang integriti SPRM yang perlu dibela
Konvoi 100 kenderaan AMK berkenaan tiba di ibu pejabat SPRM lebih kurang pukul12.00 tengah hari dan disambut deretan kenderaan peronda polis di luar pintu utama.

AMK sempat melakukan himpunan memegang sepanduk mendesak Azam berundur di pintu utama pagar bangunan SPRM sebelum menyerahkan sekeping kad memorandum ringkas bertulis "Harapkan pegar, pegar makan padi, Harapkan Azam Baki, SPRM hilang integriti".


 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/pm-serah-kuasa-lantik-kp-sprm-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undur Azam Baki Ahli Parlimen Keadilan Buat Laporan Polis Ketua Sprm K

Undur Azam Baki Ahli Parlimen Keadilan Buat Laporan Polis Ketua Sprm K

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 351 hits
YB Fahmi Fadzil YB Akmal Nasir YB Maszlee Malik YB Mariah Chin dan beberapa orang Ahli Parlimen lain telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki membabitkan isu rasuah
Inilah Hasilnya Nasihat Sprm Pada Parlimen Yang Anwar Bangkang

Inilah Hasilnya Nasihat Sprm Pada Parlimen Yang Anwar Bangkang

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 328 hits
ISU RASUAH SPRM Sudah berpuluh kali Anwar Ibrahim bangkitkan di Parlimen SPRM NASIHATKAN jangan bahas isu di Parlimen Inilah bahagian yang mana bangkang yang menyentuh peranan SPRM dan parlimen yang kini menjadi kenyataan Kes pemilikan saha...
Konvoi Amk Protes Selamatkan Sprm Di Putrajaya Ucapan Yb Maszlee Malik

Konvoi Amk Protes Selamatkan Sprm Di Putrajaya Ucapan Yb Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 291 hits
KONVOI AMK PROTES SELAMATKAN SPRM DI PUTRAJAYA UCAPAN YB MASZLEE MALIK YB AKMAL NASIR HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI HARAPKAN AZAM BAKI SPRM HILANG INTEGRITI
Konvoi Selamatkan Sprm Pemimpin Amk Dipanggil Polis

Konvoi Selamatkan Sprm Pemimpin Amk Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 223 hits
Konvoi Selamatkan SPRM semalam dengan 100 buah kenderaan menyebabkan pihak polis memanggil pemimpin Angkatan Muda KEADILAN Malaysia esok untuk disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman Menurut Ketua AMK Akmal Nasir selain beliau Naib Ketua AM...
Azalina Persoal Muhyiddin Lantik Azam Baki Sebagai Pengarah Sprm

Azalina Persoal Muhyiddin Lantik Azam Baki Sebagai Pengarah Sprm

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 314 hits
January 10 2022 Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said membangkitkan soalan sama ada pemeriksaan menyeluruh sudah dibuat terhadap Tan Sri Azam Baki sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mal...
Skandal Ketua Sprm Hanya Hasil Siasatan Bebas Akan Diyakini Rakyat

Skandal Ketua Sprm Hanya Hasil Siasatan Bebas Akan Diyakini Rakyat

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 253 hits
Kontroversi kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki hanya akan selesai sekiranya satu jawatankuasa siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan Menurut Ahli Parlimen Sunga...
Kenapa Bersih Nama Bos Sprm Tanpa Siasatan Menyeluruh Soal Ideas

Kenapa Bersih Nama Bos Sprm Tanpa Siasatan Menyeluruh Soal Ideas

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 292 hits
January 6 2022 Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi menggesa Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah mendedahkan dasar atau tatakelakuan yang diguna pakai dalam membersihkan nama Azam Baki daripada sebarang salah laku PETALING JAYA Sebuah b...
Tengok Amk Serah Memorandum Satu Kesalahan

Tengok Amk Serah Memorandum Satu Kesalahan

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 295 hits
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik tidak jelas mengapakah beliau dipanggil untuk disoal siasat polis di IPD Putrajaya pagi tadi Katanya pada 10 Januari lalu beliau hanya hadir untuk menyaksikan anggota Angkatan Muda KEADILAN Mal...
Banjir Besar Pm Perlu Jawab Di Parlimen Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

Banjir Besar Pm Perlu Jawab Di Parlimen Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 254 hits
Pakatan Harapan amat prihatin terhadap suara rakyat yang lantang mengkritik kelembapan Jemaah Menteri Kerajaan BN PN dalam menghadapi malapetaka banjir luar biasa pada pertengahan Disember lalu Menurut Majlis Presiden PH kematian hampir 50 ...
Cabinet To Decide On Issues Of Student Safety Tomorrow Pm

Chauffeur Driven Pmx Trolled Over Proclamation He Doesn T Claim Budi95 Petrol Subsidy

Sugarbun Menandatangani Perkongsian Bersama Sedaplycious

Sugarbun Lebarkan Sayap Ke Semenanjung Malaysia Dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

Car Seat Expiry Date Why It Matters For Your Child S Safety

Probiotik Jadikan Usus Lebih Sihat Dan Kulit Auto Lembut

Asia S First Lego Ferrari Build Race Zooms Into Legoland Malaysia This November

Gang Rape Baling Pesta Seks Berkumpulan Empat Bulan Dalam Kelas Sekolah Habis Pengetua Tak Kena Transfer Ke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh

Litecoin Berkemungkinan Untuk Terus Melemah Jumaat 17 Oktober 2025

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Ipt Mitra 5 0 Bantuan Awal Kemasukan Ipt Kaum India

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan