Pm Sembah Tahniah Pertabalan Agong Nyata Komitmen K Jaan


Kemakmuran bersama rakyat menjadi teras komitmen kerajaan yang diterajui parti Pakatan Harapan dalam merencana program dan dasar bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, bermaruah dan merdeka.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun baru sahaja memegang tampuk pemerintahan kira-kira setahun, kerajaan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan berhasil dalam banyak perkara mengambil kira kedudukan kewangan negara yang diwarisi sebelumnya.

Loading… “Dalam hal ini, Patik akan terus memastikan jentera Kerajaan Tuanku tidak berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian yang telah dicapai setakat ini.
“Usaha-usaha akan terus dilipatganda untuk mengembalikan Malaysia menjadi antara paksi ekonomi penting di Asia,” katanya semasa menyembahkan ucapan tahniah dan taat setia atas pertabalan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara hari ini.
Dr Mahathir yang mewakili seluruh rakyat negara ini, turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskadariah sebagai Raja Permaisuri Agong.
Dr Mahathir turut merakamkan junjungan kasih kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, sepanjang pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 sehingga 6 Jan lepas.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir memaklumkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara masih berterusan dan inisiatif-inisiatif untuk membina semula negara supaya menjadi lebih maju terus giat dilaksanakan.
Katanya walaupun dunia kini dilanda ketidaktentuan ekonomi dan pergolakan geopolitik, namun usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan telah memberi keyakinan kepada rakyat bahawa negara mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut sekali gus meminimakan kesan buruk yang mungkin hadapi.
Perdana menteri berkata pembangunan negara tidak akan bermakna jika terdapat rakyat yang masih hidup dalam kesusahan dan terpinggir daripada limpahan pembangunan, justeru kerajaan akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan program-program kesejahteraan hidup rakyat.
Ini termasuk usaha untuk mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup dengan meningkatkan kuasa beli dan menghapuskan jurang pendapatan antara kelas, kaum dan wilayah, katanya.
Dalam menjayakan usaha itu, kata Perdana Menteri, kerjasama semua pihak amat diperlukan agar kenaikan harga barang dan kos sara hidup dapat ditangani secara holistik.
Sempena ulangtahun pertama pemerintahan Kerajaan PH Mei lepas, Dr Mahathir berkata kerajaan mengumumkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan memastikan seluruh rakyat merasai nikmat ekonomi dan kemakmuran negara secara bersama dan lebih adil dan teragih.
“Kemakmuran Bersama ini dibangunkan untuk mencapai beberapa objektif utama, iaitu untuk memastikan jurang pendapatan dan kekayaan rakyat dapat ditangani,” katanya.
Perdana Menteri berkata komitmen untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan, tadbir urus dan integriti akan menjadi agenda penting berterusan kerajaan dalam memastikan kecekapan jentera pentadbiran yang pernah menjadi antara contoh kepada banyak negara sebelum ini terus berada di tahap tertinggi dalam menghadapi era globalisasi, cetusan maklumat serta Revolusi Industri 4.0.
Katanya langkah-langkah bagi meningkatkan tadbir urus, integriti dan membasmi rasuah termasuk mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam aktiviti rasuah dan salah guna kuasa akan terus dilaksanakan.
“Kerajaan Tuanku akan memastikan tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Pada masa yang sama prinsip ketelusan sebagai mekanisme semak dan imbang kepada kerajaan akan terus dipertingkatkan.
“Semua usaha ini membuktikan Kerajaan Tuanku amat serius dalam menangani masalah-masalah yang selama ini telah menjejaskan kesejahteraan rakyat dan meruntuhkan imej Negara di persada antarabangsa,” katanya.
Dr Mahathir menegaskan perhatian akan sentiasa diberi untuk meningkatkan perpaduan rakyat dan bagi memperkukuhkan usaha tersebut, Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat telah ditubuhkan yang akan bertindak sebagai badan bebas bagi menasihati kerajaan dalam isu-isu berkaitan perpaduan dan kesejahteraan sosial. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/pm-sembah-tahniah-pertabalan-agong-nyata-komitmen-kjaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Istiadat Pertabalan Kdymm Ydp Agong Ke 16

Istiadat Pertabalan Kdymm Ydp Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 810 hits
Merafak sembah dan setinggi tinggi tahniah sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke 16 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah Admi...
Lokman Adam Dakwa Tempat Duduk Najib Dialih Saat Akhir Pada Hari Pertabalan Agong

Lokman Adam Dakwa Tempat Duduk Najib Dialih Saat Akhir Pada Hari Pertabalan Agong

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 585 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam mendedahkan sebab ketidakhadira bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika Majlis Istiadat Pertabalan Yang di Pertuan Agong hari ini mendakwa tempat duduk Ahli Parlimen Pekan i...
Pertabalan Tengku Abdullah Sultan Pahang Sebagai Agong Ke 16

Pertabalan Tengku Abdullah Sultan Pahang Sebagai Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 2376 hits
PERTABALAN AGONG KE 16 DAN HARI ULANG TAHUN BAGINDA KE 60Merafak Sembah dan Setinggi Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Al...
Apa Sebenarnya Yang Dilakukan Semasa Pertabalan Yang Dipertuan Agong

Apa Sebenarnya Yang Dilakukan Semasa Pertabalan Yang Dipertuan Agong

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 1937 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Mesti korang semua tengah seronok sebab hari ni cuti umum kan sempena Hari Pertabalan Agong Tapi pernah tak terlintas dalam fikiran apa sebenarnya yang dilakukan semasa Pertabalan Yang Dipertuan Agong Har...
Aksi Sweet Yang Di Pertuan Agong Dengan Isteri Semasa Hari Pertabalan Ydpa

Aksi Sweet Yang Di Pertuan Agong Dengan Isteri Semasa Hari Pertabalan Ydpa

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 1452 hits
Hari pertabalan Agong antara sejarah yang tak kan dilupakan Dari hari Isnin MF tengok Majalah 3 Khas tentang hari pertabalan Dan sambung ke hari yang sebenar kejadian Tak lepaskan peluang untuk lihat moment ni Sejarah negara kita Yang bukan...
Alasan Najib Tak Hadir Istiadat Pertabalan Agong Semalam

Alasan Najib Tak Hadir Istiadat Pertabalan Agong Semalam

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 403 hits
Semalam seluruh negara diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Hari Pertabalan Yang di Pertuan Agong ke 16 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Tembakan meriam sebanyak 21 das diiringi laungan Daulat Tuanku menandakan peny...
Istiadat Pertabalan Agong Hari Ini

Istiadat Pertabalan Agong Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 537 hits
KUALA LUMPUR Malaysia sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat luar negara apabila berlangsungnya istiadat pertabalan Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 hari ini Istiadat...
Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Xvi Pada 30 Julai 2019

Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Xvi Pada 30 Julai 2019

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 820 hits
Agong Terima Persembahan Syiling Khas Sempena Pertabalan Tarikh kemaskini 26 07 2019 AL Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menerima wang syiling kenang kenangan daripada Nor Shamsiah Mohd Yunus sempena Istiadat Pert...
Syiling Peringatan Khas Pertabalan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah

Syiling Peringatan Khas Pertabalan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 668 hits
Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling khas sempena Istiadat Pertabalan Yang di Pertuan Agong ke 16 pada 30 Julai ini Ketiga tiga syiling khas itu diukir dengan potret Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Bill...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos