Pm Sebak Dapat Masuk Dalam Kaabah


Oleh Zanariah Abd Mutalib Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucup Hajar Aswad ketika menunaikan ibadah umrah kira-kira 9.56 malam Sabtu. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berasa sebak dan melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang memasuki Kaabah dan menunaikan umrah di Makkah, malam tadi.
Perdana Menteri berkata, peluang atas perkenan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud itu adalah aturan Allah yang amat besar nilai dan maknanya.
Katanya, ia bukan saja untuk beliau dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, malah adalah bukti ukhuwah persaudaraan yang amat akrab dan penghormatan untuk umat Islam di Malaysia daripada kerajaan Arab Saudi.
"Beroleh keizinan Allah SWT untuk kembali ke Tanah Suci, menjejakkan kaki di Masjidilharam, seterusnya menunaikan ibadah umrah malam tadi adalah satu nikmat yang amat saya syukuri dengan penuh rendah hati.
"Yang lebih membuatkan saya sebak dan bersyukur, apabila dengan izin-Nya juga, Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci memperkenan untuk saya memasuki Kaabah," kata beliau melalui laman Facebooknya, hari ini.
Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi menjadi ketua kerajaan pertama berpeluang masuk ke dalam Kaabah di Masjidilharam selepas lebih setahun ia ditutup berikutan wabak COVID-19.
Perdana Menteri berkata, beliau amat memahami kerinduan umat Islam terutama di Malaysia untuk kembali ke Tanah Suci dan ia tidak digambarkan dengan kata-kata.
"Saya diizinkan-Nya untuk kembali ke sini, namun saya tidak sesekali menganggapnya sebagai keistimewaan peribadi.
"Saya percaya, ini adalah amanah oleh-Nya untuk saya hadir dan berusaha sedaya upaya agar lebih ramai umat Islam di Malaysia dapat kembali ke bumi Makkah.
"Sebab itu, semalam ketika menunaikan umrah dan berada di dalam Kaabah, saya bagi pihak rakyat khususnya umat Islam di Malaysia berdoa dengan sesungguhnya, semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan-Nya, seluruh dunia bebas daripada wabak penyakit dan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia dapat segera kembali berpeluang ke tanah suci sebagai tetamu Allah," katanya.
Beliau berkata, Kerajaan Arab Saudi memberi perhatian serius terhadap penjagaan kesihatan dalam kalangan umat Islam dan beliau yakin tidak lama lagi, Makkah akan kembali diimarahkan dengan ibadah umrah serta ziarah.
"Saya bagi pihak Kerajaan Malaysia berterima kasih kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammad bin Salman, yang mengundang saya ke Arab Saudi," katanya.
Selain itu, Muhyiddin memaklumkan, beliau dan isteri akan ke Madinah untuk melakukan ziarah ke makam Rasulullah SAW dan Masjid Nabawi, sebelum memulakan program yang sudah diatur dalam rangka lawatan rasmi ke negara itu.
"Doakan perjalanan kami ini dipermudahkan dan dirahmati Allah SWT," katanya.
Perdana Menteri berada di Arab Saudi sejak semalam bagi memenuhi jemputan Raja Salman sebelum meneruskan lawatan rasmi ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur pada 11 Mac.
Lawatan itu dalam usaha memperkasa hubungan dua hala dengan negara Asia Barat berkenaan membabitkan pelbagai bidang terutama dalam hal ehwal Islam dan perdagangan terutama ketika cabaran berikutan wabak COVID-19
LIHAT VIDEO DI SINI

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/pm-sebak-dapat-masuk-dalam-kaabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Login E Filing Lhdn Log Masuk Daftar Cara Isi E Filing

Login E Filing Lhdn Log Masuk Daftar Cara Isi E Filing

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 663 hits
LOGIN E FILING LHDN LOG MASUK DAFTAR CARA ISI E FILING Kini musim bayar cukai kini kembali bermula 1 Mac 2021 berikut adalah cara login e filing LHDN dan panduan mengisi borang cukai pendapatan atau borang e BE melalui sistem e Filing ezHAS...
Annuar Musa Sengaja Cari Sensasi Isu Lama Lebih Baik Saja Masuk Bersatu Segera

Annuar Musa Sengaja Cari Sensasi Isu Lama Lebih Baik Saja Masuk Bersatu Segera

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 241 hits
Sekali lagi Annuar Musa cuba mencari sensasi dengan mendedahkan isu kandungan surat Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi kepada Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN Muhyiddin Yassin Menambahkan sensasi lagi beliau turut membangkitkan beberap...
Adik Pimpin Masuk Kelas Ye Dulu Tak Sayang Kini Dia Hero Kakaknya Yang Autism

Adik Pimpin Masuk Kelas Ye Dulu Tak Sayang Kini Dia Hero Kakaknya Yang Autism

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 423 hits
Dikurniakan anak istimewa bukanlah pengakhiran untuk anda suami isteri Sebaliknya Allah nak berikan ganjaran besar di dunia ini Sesungguhnya anak istimewa yang kita miliki ini adalah ahli Syurga Percayalah anak anak adalah anugerah anak ana...
Lunch Bersama Sebelum Masuk Asrama Balik Di Restoran Windmill Aeon Nilai

Lunch Bersama Sebelum Masuk Asrama Balik Di Restoran Windmill Aeon Nilai

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 1227 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Back To Vokay Kalau murid sekolah rendah Back To School Untuk pelajar Kolej Vakasional macam Cik Fatin jadi Back To Vakay Cik Fatin sudah dekat enam bulan This is a content summary only Visit my website for...
Ops Banteras Ekzos Bising Masuk Ke Kawasan Perumahan Susulan Dapat Banyak Aduan Penduduk

Ops Banteras Ekzos Bising Masuk Ke Kawasan Perumahan Susulan Dapat Banyak Aduan Penduduk

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 398 hits
The ReporterPemilik kenderaan sama ada motosikal atau kereta adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan melaksanakan operasi menyeluruh Ops Ubah Suai Ekzos bukan hanya di sekatan jalan raya tetapi juga termasu...
Tni Polri Patroli Masuk Hutan Papua Persempit Ruang Gerak Kkb

Tni Polri Patroli Masuk Hutan Papua Persempit Ruang Gerak Kkb

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 331 hits
Era mengatakan setelah sejumlah faksi KKB meninggalkan Distrik Tembagapura pada 2020 lalu masih terdapat satu kelompok KKB yang bercokol di wilayah sekitar Tembagapura Yaitu KKB pimpinan Joni Botak
Dah Masuk Genap Setahun Berkahwin Dengan Anggota Polis Mamat Sepahtu Dedahkan Sesuatu Tentang Isterinya

Dah Masuk Genap Setahun Berkahwin Dengan Anggota Polis Mamat Sepahtu Dedahkan Sesuatu Tentang Isterinya

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 370 hits
Selepas setahun bergelar suami kepada anggota polis iaitu Nordiana Ibrahim Mamat yang merupakan pelakon dan pelawak membuat perkongsian telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 1 Mac Sempat lagi dia membuat hantaran ucapan manis ...
Nama Anindya Bakrie Masuk Bursa Calon Ketua Umum Kadin

Nama Anindya Bakrie Masuk Bursa Calon Ketua Umum Kadin

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 220 hits
Saat ini Anindya Bakrie mendapat dukungan dari Ketua Kamar Dagang dan Industri Jawa Tengah Kukrit Suryo Wicaksono yang datang langsung menemui Anindya Bakrie
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh