Pm Prinsip Prihatin Rakyat Akan Diterjemah Dalam Belanjawan 2021


Bernama
Kerajaan Perikatan Nasional akan menjadikan ‘Prihatin Rakyat’ sebagai prinsip panduan utama dalam membela nasib dan mengutamakan kebajikan rakyat, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata prinsip ini telah pun diterjemahkan dalam pakej-pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan sebelum ini.
“Insya-Allah, prinsip Prihatin Rakyat juga akan diterjemahkan dalam Belanjawan 2021 dan apa jua dasar, inisiatif dan pakej rangsangan ekonomi pada masa hadapan. Walaupun kerajaan berada dalam situasi yang sukar, kebajikan rakyat tidak akan diabaikan,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian dalam perutusan khas Hari Kebangsaan ke-63 yang disiarkan di semua stesen televisten tempatan iaitu RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani malam ini.
Perdana Menteri menjelaskan, sebuah kerajaan yang baik mestilah sentiasa prihatin kepada rakyat termasuklah ketika berdepan dengan wabak Covid-19 dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk dimanfaatkan.
“Kita sediakan Bantuan Prihatin Nasional, morotarium bayaran pinjaman bank, bantuan kemudahan khas untuk perusahaan kecil dan sederhana, subsidi upah dan lain-lain bentuk bantuan berjumlah RM260 bilion keseluruhannya untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.
“Di samping itu, untuk membantu memulihkan ekonomi, kerajaan melaksanakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA yang berjumlah RM35 bilion,” jelasnya.
Perdana Menteri berkata langkah itu telah membuahkan hasil hari ini apabila sektor-sektor ekonomi negara telah mula rancak dengan lebih 15 juta pekerja telah kembali bekerja selain kadar pengangguran mengalami trend pengurangan daripada 5.3 peratus pada bulan Mei 2020 kepada 4.9 peratus pada bulan Jun.
“Saya sedar banyak sektor ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dan akan mengambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya. Tetapi saya yakin, sekiranya trend pemulihan ekonomi berterusan ekonomi negara kita akan pulih lebih cepat,” katanya.
Perdana Menteri berkata beliau sedar tidak semua rakyat di negara ini bernasib baik, dengan ada yang terpaksa melakukan dua tiga pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga, selain ramai yang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan sekiranya terputus mata pencarian.
“Saya sedar tentang perkara ini. Kerana itu, ketika wabak Covid-19 mula melanda negara dan sektor-sektor ekonomi ditutup, perkara pertama yang dilakukan oleh kerajaan ialah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat. Alhamdulillah, pelbagai bantuan yang disediakan sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat di waktu susah,” katanya.
Menurut Muhyiddin, pandemik Covid-19 itu memberikan satu pengajaran yang amat bermakna kepada semua hingga berjaya menangani krisis berkenaan, kerana dasar prihatin yang ditetapkan dan diamalkan, seperti petugas barisan hadapan dan sukarelawan, selain rakyat sendiri dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Justeru, bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Malaysia Prihatin, Muhyiddin menyeru agar semua rakyat menghayati semangat kemerdekaan dengan sentiasa menanam sikap prihatin yang mendalam terhadap satu sama lain.
“Prihatinlah terhadap keluarga kita, sahabat kita, jiran kita, pekerja kita dan semua insan yang berada di sekeliling kita. Prihatin jugalah kepada tanah air kita. Jagalah kemerdekaannya, pertahankanlah kedaulatannya, peliharalah keamanannya.
“Insya-Allah, tanah air kita yang tercinta ini akan kekal merdeka, bebas dan berdaulat selama-lamanya,” katanya sambil mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-63 disertai laungan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”.
Stadium Merdeka di Kuala Lumpur menjadi lokasi bagi Perdana Menteri menyampaikan perutusan khas beliau sempena Hari Kebangsaan tahun ini.
“Saya berdiri di sini pada hari ini di suatu tempat yang amat bersejarah. Di sinilah 63 tahun yang lepas, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, mengisytiharkan pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu,” kata Muhyiddin.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/pm-prinsip-prihatin-rakyat-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Lancar Sukuk Prihatin Tiada Rakyat Akan Dipinggirkan Pm

Kerajaan Lancar Sukuk Prihatin Tiada Rakyat Akan Dipinggirkan Pm

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 337 hits
PUTRAJAYA Kerajaan hari ini melancarkan Sukuk Prihatin yang membuka peluang langganan kepada orang awam dan pihak korporat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pendekatan bottom up itu merupakan satu bentuk penyatuan sumber yang...
Kaji Selidik Belanjawan Johor 2021 Hasni Johor

Kaji Selidik Belanjawan Johor 2021 Hasni Johor

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 241 hits
Orang ramai dialu alukan untuk mengambil bahagian dalam tinjauan Belanjawan Johor 2021 dengan melayari yang dibuka mulai 31 Ogos 2020 hingga 30 September 2020 Tinjauan ini adalah usaha Kerajaan Negeri Johor untuk mendapatkan serta memahami ...
Pembangkang Bangsat Cubaan Gagalkan Bajet Prihatin Untuk Rakyat Tidak Berjaya

Pembangkang Bangsat Cubaan Gagalkan Bajet Prihatin Untuk Rakyat Tidak Berjaya

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 279 hits
RUU bajet tambahan kerajaan PN untuk melawan krisis ekonomi Covid hari ini yang ditolak PH dan PM7 telah berjaya diluluskan dalam parlimen dengan undi belah bahagi Namun PH tak puas hati dan persoalkan kenapa Speaker tangguh dewan untuk tem...
Genap 6 Bulan Pimpin Negara Kesusahan Rakyat Jadi Prinsip Utama Pm

Genap 6 Bulan Pimpin Negara Kesusahan Rakyat Jadi Prinsip Utama Pm

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 294 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersedia melaksanakan pakej rangsangan ekonomi tambahan dan inisiatif inisiatif lain untuk membantu rakyat dalam menghadapi kekangan ekonomi sekiranya ada keperluan dan kewangan negara mengizinkan P...
Ingatlah 106 Muka Muka Ahli Parlimen Ph Yang Khianat Rakyat

Ingatlah 106 Muka Muka Ahli Parlimen Ph Yang Khianat Rakyat

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 206 hits
Ingatlah 106 muka muka Ahli Parlimen PH yang mengundI tidak menyokong tidak bersetuju untuk meluluskan Rang Undang Undang Peruntukan Semula Peruntukan Perbekalan 2020 111 Ahli Parlimen dari UMNO PAS PPBM GPS MCA Sabah telah menyokong Apabil...
Pengkhianatan Terhadap Rakyat Palestin Tiada Noktah

Pengkhianatan Terhadap Rakyat Palestin Tiada Noktah

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 224 hits
Malaysia yang tidak diketahui kebanyakan orang adalah antara negara pertama yang mencabar aparteid di Afrika Selatan Perdana Menteri Malaysia yang pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman dengan tegas menentang minoriti kulit putih yang menin...
Tak Tahan Ditipu Dan Menipu Rakyat Pemimpin Amanah Selangor Dijangka Sertai Pas Esok

Tak Tahan Ditipu Dan Menipu Rakyat Pemimpin Amanah Selangor Dijangka Sertai Pas Esok

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 406 hits
SHAH ALAM Pas Selangor mendedahkan seorang pemimpin Parti Amanah Negara Selangor dijangka menyertai parti itu esok Bagaimanapun Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata buat masa ini identiti pemimpin berkenaan tidak dapa...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor