Pm Pilihan Mahathir Semuanya Pilihan Yang Salah Yang Tak Dipilihnya Itulah Calon Yang Tepat


 
Dalam beberapa ucapannya sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad sering menyebut beliau adalah seorang yang tidak pandai memilih penggantinya.
Entah kenapa, pilihan pengganti saya selalu saja salah, demikian lebih kurang kata-kata Tun Mahathir.
Beliau menyebut perkara tersebut sebagai merujuk kepada Tun Abdullah Abdullah Badawi yang dipilihnya untuk mengambil alih tempatnya sebagai Perdana Menteri pada 2003 dan kemudian Najib Razak yang diusahakannya untuk menggantikan Tun Abdullah Badawi pada 2009.
Kedua-dua pemimpin tersebut telah dijatuhkan oleh Tun Mahathir sendiri kerana beliau tidak puas hati dengan prestasi mereka, selain kerana tidak lagi memperdulikan kata-katanya setelah mereka berada di puncak kuasa.
Setelah Najib dijatuhkan pada 2018, Tun Mahathir sendiri menjadi Perdana Menteri buat kali kedua bersama PH dan dengan sokongan tidak berbelah bagi oleh Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di dalam penjara.
Setelah Tun Mahathir meletak jawatan dan PH tumbang pada Februari 2020 lalu, jawatan Perdana Menteri seterusnya diisi oleh Muhyiddin Yassin sehinggalah sekarang.
Walaupun Tun Mahathir ternampak kecewa dengan gerakan politik Muhyiddin dan melabelnya sebagai pengkhianat, tetapi beliau juga pernah bersetuju memberi laluan untuk Presiden Bersatu itu mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripadanya.
“Ada kemungkinan beliau dicalonkan (jadi PM). Jika semua pilih Muhyiddin, saya OK,” katanya kepada media pada 27 Februari lalu.




Dalam erti kata lain, sebagaimana Tun Abdullah Badawi yang dipilihnya sendiri untuk menggantikan tempatnya dan Najib yang dinaikkannya selepas itu, berjayanya Muhyiddin sebagai Perdana Menteri juga adalah melalui pilihan secara tidak langsung oleh Tun Mahathir.
Hari ini, sebagaimana terbukti tindakan Tun Mahathir memilih Tun Abdullah Badawi dan menaikkan Najib adalah pilihan yang salah sehingga beliau terpaksa menjatuhkan kedua-duanya, Muhyiddin juga adalah pilihan salah beliau yang berikutnya.
Malah, Muhyiddin jauh lebih teruk berbanding Tun Abdullah dan Najib di mana hanya dalam tempoh lapan bulan saja kepimpinannya sudah sarat dengan pelbagai masalah, rungutan dan rasa tidak puas hati rakyat.
Sebagaimana dilakukannya terhadap Tun Abdullah Badawi dan Najib, Tun Mahathir juga sedang berusaha menjatuhkan Muhyidddin melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.
Walaupun sehingga ini belum ternampak ada tanda-tanda kejayaan ke arah mengemukakan usul tersebut, namun dunia tahu bahawa Muhyiddin tiada sokongan majoriti berikutan cadangannya mahu mengisytiharkan darurat serta menggantung Parlimen.
Hakikat yang nyata di sini, sebagaimana Tun Abdullah Badawi dan Najib merupakan pemimpin yang bermasalah kepada negara kerana merupakan pilihan yang salah oleh Tun Mahathir, Muhyiddin juga termasuk dalam kategori yang sama lantaran turut direstui oleh oleh Tun Mahathir.
Dalam usaha untuk mengembalikan mandat rakyat dan memberi kestabilan kepada politik negara, Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang dilihat satu-satunya pilihan yang terbaik mengemudi negara ketika ini.
Bagi tujuan tersebut, Anwar malah disokong oleh pelbagai pihak, termasuk daripada dalam kerajaan PN sendiri.
Tetapi, tidak seperti Tun Abdullah Badawi, Najib dan Muhyiddin, Tun Mahathir sentiasa saja berusaha menghalang kemaraan Anwar.
Baik ketika dalam UMNO, sewaktu bersama PH dan sehingga dalam keadaan tidak berparti sekarang ini, sisa nafas dan denyut nadi Tun Mahathir adalah semata-mata untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.
Maknanya apa?
Tidak lain, tentangan itu memberi maksud Anwar adalah pilihan yang tepat dan terbaik untuk negara.
Kalau yang dipilih dan direstui Tun Mahathir terbukti semuanya merupakan pilihan yang salah dan mendatangkan masalah, maka tentulah yang bukan pilihan dan tidak direstuinya itu sebenarnya pilihan yang tepat dan terbaik.
Lantaran itu, khususnya buat kelompok tertentu dalam PH, belajarlah melupa dan mengabaikan Tun Mahathir serta tidak lagi memperdulikan kata-katanya yang terus menolak Anwar sebagai Perdana Menteri seterusnya.
Lebih buruk, dalam usaha terakhirnya menolak Anwar dengan mempromosi kerajaan perpaduan kononnya, Tun Mahathir jelas mahu menaikkan dirinya sekali lagi sebagai Perdana Menteri.
Dan memilih diri sendiri ini adalah pilihan yang jauh lebih salah dan merosakkan berbanding tindakannya memilih Tun Abdullah Badawi, menaikkan Najib dah merestui Muhyiddin sebelum ini. 
(Shahbudindotcom 17/11/2020)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/pm-pilihan-mahathir-semuanya-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak Turunkan Had Umur Minimum Calon Pilihan Raya

Sarawak Turunkan Had Umur Minimum Calon Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 353 hits
Sarawak turunkan had umur minimum calon pilihan raya Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 12 Nov 2020 3 49PM
Muhyiddin Isi Kuota 16 Senator Yang Ditinggalkan Mahathir Kata Husam

Muhyiddin Isi Kuota 16 Senator Yang Ditinggalkan Mahathir Kata Husam

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 283 hits
FAZLI RADZIBekas Naib Presiden AMANAH Senator Datuk Husam Musa berkata Tan Sri Muhyiddin dengan mudah melantik 16 senator baharu selepas tidak diisi Tun Mahathir Mohamad ketika Pakatan Harapan menerajui kerajaan Menurutnya pemimpin PH terma...
Mahathir Should Accept Najib S Invitation To A Debate

Mahathir Should Accept Najib S Invitation To A Debate

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 264 hits
In essence Mahathir is a coward He attacks those who do not fight back And now Najib wants to openly debate him but Mahathir does not dare accept that challenge Mahathir will not go on stage and attack Najib if Najib is going to debate all ...
Mahfuz Tuduh Tun Dr Mahathir Mahu Jatuhkan Ph Hanya Pandangan Peribadi Husam Musa

Mahfuz Tuduh Tun Dr Mahathir Mahu Jatuhkan Ph Hanya Pandangan Peribadi Husam Musa

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 325 hits
PETALING JAYA Kenyataan bekas Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menjatuhkan Pakatan Harapan sejak hari pertama menjadi kerajaan termasuk menuduh bekas Perdana Menteri itu sengaja melengah lenga...
Semuanya Lazat Dalam Menu International Buffet Di Cafe Bld Renaissance Hotel Jb

Semuanya Lazat Dalam Menu International Buffet Di Cafe Bld Renaissance Hotel Jb

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 277 hits
Enak Enak Menu International Buffet Di Cafe BLD Renaissance Hotel JB Alhamdulillah masih bernyawa meskipun kes Covid terlalu mendadak sejak dua tiga harini S t r e s s Kan Hm Disebabkan stress aku cari tempat makan ler Untuk makan puas puas...
Bila Dengar Cakap Anwar Di Parlimen Meleleh Air Mata Tapi Hakikat Semuanya Kencing

Bila Dengar Cakap Anwar Di Parlimen Meleleh Air Mata Tapi Hakikat Semuanya Kencing

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 383 hits
Cakap lain buat lain Semuanya nak beli hati rakyat Rakyat bodoh kalau masih percaya Apa dia buat 22 bulan semasa PH memerintah Sibuk nak ganti Mahathir sehingga orang tua tu bosan dan tension boleh buat keputusan bodoh letak jawatan Untuk d...
Nothing For Us To Debate Since You Ve Been Convicted Dr Mahathir Tells Najib

Nothing For Us To Debate Since You Ve Been Convicted Dr Mahathir Tells Najib

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 319 hits
Provided by Malay Mail Tun Dr Mahathir Mohamad is pictured at Yayasan Al Bukhary in Kuala Lumpur August 7 2020 Picture by Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR Nov 4 Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has dismissed Pekan MP Datuk Seri Naji...
Mahathir Tolak Cabaran Debat Najib

Mahathir Tolak Cabaran Debat Najib

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 279 hits
SHAH ALAM Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cabaran Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk berdebat dengan Najib yang ...
Tun Mahathir Had 80 Ahli Parlimen Kerajaan Di Dakwa Cuba Untuk Mengambil Jalan Mudah

Tun Mahathir Had 80 Ahli Parlimen Kerajaan Di Dakwa Cuba Untuk Mengambil Jalan Mudah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 384 hits
PETALING JAYA Pejuang membantah langkah mengehadkan hanya 80 daripada 222 ahli Parlimen menghadiri sidang Dewan Rakyat pada satu satu masa mulai esok dan mendakwa kerajaan mengambil jalan mudah tanpa mengadakan prosiding dalam talian Tun Dr...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba