Pm Mesti Bertanggungjawab Atas Kekalahan Prk Ramkarpal




Sebagai ketua kerajaan, Dr Mahathir Mohamad mesti bertanggungjawab atas kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam lima pilihan raya kecil (PRK), termasuk di Kimanis, Sabah pada hujung minggu lalu, kata seorang ahli parlimen DAP.
Mengulas mengenai hakisan sokongan itu dan amaran bahawa PH boleh menjadi kerajaan satu penggal, Ramkarpal Singh berkata kenyataan perdana menteri bahawa beliau sanggup bekerja dengan bekas musuh adalah tidak baik buat gabungan itu.
“Pengesahan PM bahawa beliau terbuka untuk bekerja dengan sesiapa sahaja, selagi bukan dengan bekas PM Najib Razak membayangkan bahawa PH boleh bekerjasama dengan orang-orang seperti Umno dan yang lain yang kita singkirkan pada PRU14.
“Ini tentunya tidak memberi keyakinan kepada komitmen PH terhadap pembaharuan sebenar, selepas mengalahkan BN yang telah berkuasa 61 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Mahathir berkata beliau tidak memendam dendam dan menghuraikan bagaimana dirinya memilih untuk bekerjasama dengan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang demi kebaikan negara.
Perdana menteri berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi bahawa penyokong beliau cuba membawa masuk PAS dalam kerajaan persekutuan.
Walaupun beliau tersenyum apabila soalan itu diajukan kepadanya, Mahathir berkata: “Kamu tahu, saya boleh bekerja dengan (bekas perdana menteri) Najib Razak sebelum ini? Tapi, sekarang saya boleh bersama dengan (veteran DAP) Lim Kit Siang.
Sementara itu, Ramkarpal berkata walaupun beliau bersetuju bahawa perbalahan dalaman PH harus dihentikan, isu-isu lain, seperti peralihan kuasa juga perlu ditangani.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berhujah tempoh masa yang jelas mesti ditetapkan untuk Mahathir melepaskan jawatannya itu kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
“Suka atau tidak, isu ini telah mewujudkan ketegangan di PH dan boleh merosakkan jika tidak ditangani dengan segera,” katanya.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/21/pm-mesti-bertanggungjawab-atas-kekalahan-prk-ramkarpal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Faktor Kekalahan Warisan Di Prk Kimanis

Faktor Kekalahan Warisan Di Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 250 hits
Penganalisis politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Profesor Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan kesukaran untuk memenangi hati pengundi atas pagar menjadi punca kepada kekalahan Pakatan Harapan di Pilihan Ray...
Anwar Parah Jika Ph Tidak Ambil Iktibar Kekalahan Di Kimanis

Anwar Parah Jika Ph Tidak Ambil Iktibar Kekalahan Di Kimanis

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 195 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim bersalaman dengan hadirin pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Port Dickson malam tadi KUALA LUMPUR Presiden PKR Anwar Ibrahim mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan mengenai keparahan yang akan berlaku jika gab...
Manchester United Berjaya Ulangi Kekalahan Kembali Ke Gua Dengan Hati Yang Pasrah

Manchester United Berjaya Ulangi Kekalahan Kembali Ke Gua Dengan Hati Yang Pasrah

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 445 hits
Hasrat Manchester United untuk menang di perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao tidak kesampaian apabila tewas 3 1 di tangan musuh tradisi Manchester City Beraksi di laman sendiri tidak memberi kelebihan buat MU apabila City lebih m...
Apakah Wujud Operasi Haram Sprm Ke Atas Rakyat Negara Ini

Apakah Wujud Operasi Haram Sprm Ke Atas Rakyat Negara Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 466 hits
Realisme Sidang Akhbar SPRM Sidang Akhbar SPRM sebentar tadi mendedahkan apa yang dikatakan perbualan Najib Razak dengan beberapa inidividu bagi mempengaruhi siasatan dalam kerajaan Tindakan ini sangat menghairankan kerana kebiasaanya pihak...
Rahsia Dan Doa Anak Soleh Letakkan Tangan Atas Ubun Ubun Mulakan Dengan Asmaul Husna

Rahsia Dan Doa Anak Soleh Letakkan Tangan Atas Ubun Ubun Mulakan Dengan Asmaul Husna

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 1804 hits
Rahsia Dan Doa Anak Soleh Letakkan Tangan Atas Ubun Ubun Mulakan Dengan Asmaul Husna Mulakan dengan letakkan tangan di ubun ubun kepala anak Mulakan dengan Asmaul Husna Ya Fattah Ya Alim Ya Nur Ya Hakim Ya Rashid Ya Hafiz Ya Muhaimin YA ALL...
Bayangan Anwar Pm 8 Dan Desakan Tun Berundur Punca Utama Prk Tewas Merata

Bayangan Anwar Pm 8 Dan Desakan Tun Berundur Punca Utama Prk Tewas Merata

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 318 hits
Rakyat panik dan hilang kepercayaan jika Tun berundur DAP yang menyokong Anwar sebab utama Melayu tolak PH Jika desakan Tun berundur berterusan PH akan tewas lagi di mana PRK
Analisis Menarik Implikasi Selepas Prk Senario Awal Ke Arah Pru 15

Analisis Menarik Implikasi Selepas Prk Senario Awal Ke Arah Pru 15

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 191 hits
Abd Malek Hussein Aku membuat kiraan untuk mengetahui purata peratus kemerosotan undi Parlimen PH berdasarkan PRK yang telah diadakan bagi 5 kerusi Parlimen iaitu P 132 Port Dickson P 078 Cameron Highlands P 186 Sandakan P 165 Tanjung Piai ...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord