Analisis Menarik Implikasi Selepas Prk Senario Awal Ke Arah Pru 15




Abd Malek Hussein.

‪⚫ Aku membuat kiraan untuk mengetahui purata peratus kemerosotan undi Parlimen PH berdasarkan PRK yang telah diadakan bagi 5 kerusi Parlimen, iaitu P.132 Port Dickson, P.078 Cameron Highlands, P.186 Sandakan, P.165 Tanjung Piai dan P.176 Kimanis.‬

‪⚫ Dalam 5 PRK kerusi Parlimen itu, PH memperolehi undi kumulatifnya berjumlah 76,885 undi. Berbanding dengan keputusan PRU 14 lalu yang berjumlah 98,070 undi di 5 kerusi Parlimen tersebut, PH mengalami kemerosotan undi Parlimen berjumlah 21,185 atau purata kemerosotan 21.6% per Parlimen.‬

‪⚫ Dengan menggunakan purata kemerosotan 21.6% per Parlimen itu, dan tanpa mengambil kira peningkatan undi BN, diunjurkan bahawa PH mengalami kekalahan di 18 kerusi Parlimen yang telah dimenangi di Semenanjung pada PRU 14 lalu. ‬

‪⚫ 18 kerusi Parlimen PH di Semenanjung yang terjejas akibat kemerosotan undi PH itu terdiri daripada berikut:‬
‪P.8 Pokok Sena (AMANAH)‬
‪P.10 Kuala Kedah (PKR)‬
‪P.57 Parit Buntar (AMANAH)‬
‪P.63 Tambun (PPBM)‬
‪P.74 Lumut (AMANAH)‬
‪P.77 Tanjung Malim (PKR)‬
‪P.80 Raub (DAP)‬
‪P.88 Temerloh (AMANAH)‬
‪P.89 Bentong (DAP)‬
‪P.93 Sungai Besar (PKR)‬
‪P.119 Titiwangsa (PPBM)‬
‪P.129 Kuala Pilah (PPBM)‬
‪P.133 Tampin (AMANAH)‬
‪P.112 Kuala Langat (AMANAH)‬
‪P.136 Tangga Batu (PKR)‬
‪P.141 Sekijang (PKR)‬
‪P.149 Sri Gading (PPBM)‬
‪P.165 Tanjung Piai (PPBM)‬

‪⚫ Ringkasan pecahan 18 kerusi yang terjejas itu menurut parti-parti PH, ialah AMANAH 6, PKR 5, PPBM 5 dan DAP 2.‬

‪⚫ Dalam PRU 14, PH menang 98 kerusi Parlimen di Semenanjung, 10 kerusi Parlimen di Sarawak dan 14 di Sabah (termasuk yang dimenangi WARISAN), dengan jumlah keseluruhannya 122 kerusi Parlimen.‬

‪⚫ Dengan unjuran terjejasnya 18 kerusi Parlimen kerana faktor kemerosotan undi PH, jumlah kerusi PH bersama WARISAN yang asal akan tinggal hanya 104 kerusi sahaja. [Jumlah MP Kerajaan kini bertambah dengan kemasukan MP-MP pembangkang yang melompat.]‬

‪⚫ Senario ini belum mengambil kira kesan gabungan BN dan PAS menerusi Muafakat Nasional (UMNO-PAS). Di atas kertas, gabungan ini jika terkesan, ia akan mengunjurkan perubahan keputusan di dalam tidak kurang 10 kerusi Parlimen yang dimenangi PH yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara PH, BN dan PAS pada PRU 14 lalu.‬

‪⚫ 10 kerusi Parlimen PH yang terjejas susulan dari gabungan BN dan PAS itu ialah:‬
‪P.2 Kangar (PKR)‬
‪P.5 Jerlun (PPBM)‬
‪P.6 Kubang Pasu (PPBM)‬
‪P.14 Merbok (PKR)‬
‪P.15 Sungai Petani (PKR)‬
‪P.17 Padang Serai (PKR)‬
‪P.18 Kulim Bandar Baharu (PKR)‬
‪P.82 Indera Mahkota (PKR)‬
‪P.83 Kuantan (PKR)‬
‪P.109 Kapar (PKR)‬

‪⚫ Ringkasnya, pecahan 10 kerusi yang terjejas itu akibat gabungan BN dan PAS menurut parti-parti PH, ialah PKR 8 dan PPBM 2.‬

‪⚫ Secara keseluruhannya, jumlah kerusi Parlimen PH yang diunjurkan terjejas berikutan kemerosotan undi PH kini dan implikasi gabungan BN dan PAS berjumlah 28 kerusi di Semenanjung.‬

‪⚫ Aku juga membuat kiraan mengenai purata peratus pencapaian undi BN berdasarkan PRK Parlimen yang ditandingi BN di tiga kerusi Parlimen, iaitu P.078 Cameron Highlands, P.165 Tanjung Piai dan P.176 Kimanis. [BN tidak bertanding di P.132 Port Dickson dan P.186 Sandakan.]‬

‪⚫ Dalam tiga PRK Parlimen itu, undi BN meningkat semuanya berbanding undi yang diperolehinya pada PRU 14. Undi BN meningkat 1,731 (16.8%) di P.078 Cameron Highlands, 4,735 (22.8%) di P.165 Tanjung Piai dan 764 (6.4%) di P.176 Kimanis.‬

‪⚫ Keseluruhannya, purata peningkatan undi BN dalam tiga PRK Parlimen itu ialah 16.8%.‬

‪⚫ Apakah natijah dan implikasinya kepada PH? Dalam pembacaan awal ini, dua elemen utama boleh dijadikan faktor yang boleh mengunjurkan kekalahan PH dalam PRU 15, iaitu:‬

‪1. Sokongan undi kepada PH merosot pada purata 21.6% per Parlimen.‬

‪2. Sokongan undi kepada BN meningkat pada purata 16.8% per Parlimen.‬

‪⚫ Dalam senario kemerosotan purata 21.6% undi PH dan peningkatan purata 16.8% undi BN ini, BN diunjurkan mampu mengubah kekalahannya pada PRU 14 lalu.‬

‪🔴 Menangganinya, PH tiada pilihan selain perlu bertindak serius dan segera melakukan perubahan drastik demi mengembalikan sokongan majoriti rakyat Malaysia yang dibina semasa PRU 14 lalu dan mengelak dari diunjurkan menjadi Kerajaan Persekutuan untuk hanya sepenggal dengan kekalahan dalam PRU 15 akan datang.

*ABD MALEK HUSIN*

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/implikasi-selepas-prk-senario-awal-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengundian Awal Prk Kimanis Selesai

Pengundian Awal Prk Kimanis Selesai

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 327 hits
Pengundian awal PRK Kimanis selesai Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Jan 2020 1 33PM
Serangan Terdesak Saat Akhir Kempen Prk Kkmanis Seperti Pru 14 Warisan Mainkan Semula Isu Keturunan Anifah Aman

Serangan Terdesak Saat Akhir Kempen Prk Kkmanis Seperti Pru 14 Warisan Mainkan Semula Isu Keturunan Anifah Aman

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 481 hits
Tempoh berkempen untuk PRK Kimanis akan menutup tirai Warisan semakin terdesak bila melihat perhimpunan membantah PSS mendapat sambutan hangat dari rakyat Sabah Kalau PRK di Malaya DS Najib menjadi sasaran Pakatan Harapan walau pun bukan DS...
Warisan Didesak Batal Pss Selepas Tewas Prk Kimanis

Warisan Didesak Batal Pss Selepas Tewas Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 345 hits
Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin beramah mesra dan mengucapkan terima kasih kepada peniaga dan penduduk pada hari pertama sebagai Ahli Parlimen Kimanis selepas menang Pilihan Raya Kecil P 176 Kimanis di Pasar Tamu Pekan Membakut K...
Prk P176 Kimanis Jangan Pilih Parti Pengkhianat

Prk P176 Kimanis Jangan Pilih Parti Pengkhianat

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 346 hits
Siapa pengkhianat orang Sabah dan Sarawak yang telah menggagalkan usaha kerajaan PH meminda Fasal Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan Di Parlimen dalam undian belah bahagi hanya 138 Ahli Parlimen mengundi untuk meluluskan Rang Undang Undang ...
Prk Kimanis Shafie Apdal Dedah Tembelang Bn

Prk Kimanis Shafie Apdal Dedah Tembelang Bn

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 288 hits
PRK Kimanis Shafie Apdal Dedah Tembelang BN Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal hari ini menunjukkan minit mesyuarat bagi membuktikan bahawa pas sementara Sabah adalah cadangan yang dikemukakan BN ketika memerintah Shafie mencabar pemimpi...
Gambar Gambar Dsai Di Prk Kimanis

Gambar Gambar Dsai Di Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 314 hits
Seharian berkempen di Kimanis Sabah semalam bagi membantu calon Parti Warisan Sabah saudara Karim Bujang Bermula dengan program bersama pekebun pekebun kecil getah perjumpaan bersama jentera parti dan diakhiri dengan ceramah perdana di mana...
Pakatan Ambil Iktibar Keputusan Prk Kimanis Kata Tpm

Pakatan Ambil Iktibar Keputusan Prk Kimanis Kata Tpm

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 410 hits
Pakatan ambil iktibar keputusan PRK Kimanis kata TPM Dikemas kini 54 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Jan 2020 2 09PM
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn