Pm Malaysia Homoseks Hamzah Minta Anwar Saman Media Itali


agendaily.com19/12/2022
Ahli Parlimen Port Dickson itu memohon satu deklarasi bahawa sabitannya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires atau di luar kuasa Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak sah. - Gambar fail
Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman media Itali, yang menerbitkan laporan menyatakan Perdana Menteri Malaysia adalah pengamal homoseksual sepenuhnya.

Hamzah yang juga ahli Parlimen Larut berkata ia jelas adalah satu penghinaan kepada Anwar, dan Perdana Menteri mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap media, agenzianova, terbabit.

Beliau berkata demikian ketika membahasakan usul undi percaya terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini (19 Disember 2022).

Ucapan beliau pada awalnya diganggu oleh Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer – yang masih membawa perangai pembangkang di Dewan Rakyat walaupun kini menjadi kerajaan.

Rayer bangun meminta Hamzah menarik balik kenyataan itu, namun bekas Menteri Dalam Negeri Kerajaan Perikatan Nasional itu menjelaskan beliau memetik laporan media Itali yang membuat laporan itu.

Hamzah berkata Anwar sebelum ini telah disabitkan mengenai perkara itu (homosek), merujuk kepada sabitan kesalahan liwat sebelum ini, tetapi mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Pada 24 November 2022 sebaik sahaja YAB Tambun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sebuah agensi berita dari Itali menerbitkan artikel bertajuk ‘“first full-blown homosexual elected prime minister in an Islamic country’.

“Laporan ini menghina YAB Tambun. Dia (laporan media itu) menghina YAB Perdana Menteri. Tindakan tegas harus kita ambil. Kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa YAB Tambun sudah pun diberikan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“YAB Tambun wajib mengambil tindakan terhadap agensi luar. Jangan hanya mengambil tindakan terhadap mereka dalam negara sahaja. Kita tidak mahu dilihat sebagai jaguh kampung semata-mata.

“Betul… betul… dahulu YAB Tambun telah pun dihukum oleh mahkamah kerana kesalahan tersebut… tetapi sekarang sudah bebas kerana telah diberikan pengampunan,” kata Hamzah.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan PH-UMNO tidak membiarkan dunia terus percaya bahawa Perdana Menteri Malaysia sekarang ini adalah pengamal homoseksual tegar.

“Jangan dibiarkan sehingga dunia percaya seolah-oleh Perdana Menteri Malaysia pengamal homoseksual tegar… ini cerita lama… kita harus bangkang… Saya minta YAB (Anwar) saman agensi agenzianova.com.

Untuk rekod, Anwar sebelum ini menghadapi dua tuduhan meliwat pembantunya Azizan Abu Bakar dan Saiful Bukhari Azlan iaitu pada 1998 dan 2008. Namun, kali pertama Anwar dipenjarakan adalah atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

Bagaimanapun, pada 2015 Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat Saiful Bukhari.

Pada 2018, ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar dibebaskan dengan pengampunan Yang di-Pertuan Agong ketika itu Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/pm-malaysia-homoseks-hamzah-minta-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Harus Saman Media Antarabangsa Atas Dakwaan Homoseksual Tegar Kata Ketua Pembangkang

Anwar Harus Saman Media Antarabangsa Atas Dakwaan Homoseksual Tegar Kata Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 125 hits
Hamzah Zainudin menggesa kerajaan dipimpin Anwar Ibrahim perlu mengambil tindakan tegas berhubung penerbitan artikel tersebut kerana ia berkait dengan imej negara Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim sup...
Anwar Ibrahim Umumkan Menteri Malaysia Dipotong Gaji 20 Persen Tiap Bulan

Anwar Ibrahim Umumkan Menteri Malaysia Dipotong Gaji 20 Persen Tiap Bulan

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 116 hits
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menyampaikan para menteri dalam pemerintahannya sepakat dengan pemotongan gaji 20 persen setiap bulan
Pn Terima Duit Judi Anwar Berdepan Saman Pn Sekiranya Tidak Benar

Pn Terima Duit Judi Anwar Berdepan Saman Pn Sekiranya Tidak Benar

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 92 hits
PN sedang menunggu Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan bukti untuk menunjukkan gabungan itu menerima dana pilihan raya daripada syarikat perjudian Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata Anwar membuat tuduhan tidak berasas dan l...
Bagaimana Kenyataan Lokman Adam Anwar Tak Mahu Saman

Bagaimana Kenyataan Lokman Adam Anwar Tak Mahu Saman

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 166 hits
agendaily com22 12 2022Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan Bersatu mengkritik Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat menggunakan undang undang secara terpilih sedangkan beliau sepatutnya menjelaskan pe...
Anwar Saman Pesuruhjaya Pas Perak Berhubung Ucapan Berbaur Fitnah

Anwar Saman Pesuruhjaya Pas Perak Berhubung Ucapan Berbaur Fitnah

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 109 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berhubung ucapan yang didakwa mengaitkan beliau membawa budaya songsang lesbian gay biseksual dan transgender serta ...
Terbaik Bertambah Lagi Kekayaan Anwar Jika Menang Dakwa Bohong Terima Gaji Rm1 Anwar Saman Ahmad Amzad

Terbaik Bertambah Lagi Kekayaan Anwar Jika Menang Dakwa Bohong Terima Gaji Rm1 Anwar Saman Ahmad Amzad

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 121 hits
KUALA LUMPUR DIKEMAS KINI Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM...
Difitnah Dapat Pengampunan Diraja Melalui Penipuan Anwar Saman Sanusi

Difitnah Dapat Pengampunan Diraja Melalui Penipuan Anwar Saman Sanusi

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 161 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah Jelaja...
Rasmi Intipati Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia 2022

Rasmi Intipati Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 155 hits
RASMI INTIPATI SIDANG MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022 Baru sahaja berlangsung petang tadi sidang media kementerian pendidikan Malaysia yang pertama selepas pembentukan kerajaan perpaduan yang disidangkan oleh Yb Fadhlina Sidek Me...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Infinix Gt 20 Pro Antara Golongan Pertama Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Yang Menyokong Pubg Mobile Dalam 120fps

Govt To Continue Using E Jamin Bail System