Pm Lawan Semua Pelabur Tidak Akan Masuk Ke Malaysia Mat Sabu


 





POSTED BY AMIR WRLR


Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak lagi mampu menggunakan akal rasional dengan menutup terus Parlimen mulai hari ini untuk tempoh dua minggu dengan alasan berlaku jangkitan Covid 19.



Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, PM Mahiaddin melawan semua pihak di sekitarnya sama ada pembangkang, rakyat sehinggalah Yang di-Pertuan Agong demi mengekalkan kuasa.

"PM sudah gila, dia lawan Parlimen, Raja, Yang di-Pertuan Agong. Kita tak boleh bersidang. Kami Pembangkang atau pemerintah tetap jadi Ahli Parlimen.

"Dalam keadaan (kucar kacir) seperti ini pelabur mana nak datang? Politik lebih teruk dari Zimbabwe (suatu ketika dahulu). Kalau Zimbabwe presidennya masih hidup mereka pun malu dengan Malaysia

"Kami lama dalam Parlimen tak pernah rasa seperti ini. Mahiaddin mesti pergi. Dia langgar peraturan, Raja Melayu dan paling penting langgar rakyat

"Semua termasuk Umno juga perlu mengambil sikap sekarang ini," katanya dalam ucapan di Dataran Merdeka, pagi tadi.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula mempersoalkan apakah yang ditakuti oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tujuan sidang Parlimen hari ini adalah untuk membincangkan isu rakyat dan Covid 19, bukannya melakukan usul Undi Tidak Percaya.

"Hari ini 2 Ogos, Malaysia bebas dari darurat. Malaysia pun nak bebas dari kemelesetan ekonomi. Malaysia nak bebas dari kerajaan gagal. Malaysia nak bebas dari PM yang langgar rakyat, Perlembagaan dan Raja Berperlembagaan

"Sampai masanya ita serahkan kepada Parlimen dan rakyat. Hari ini bukan kita nak buat Undi Tak Percaya. Kita nak bincang masalah rakyat di Parlimen," katanya.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Malaysia dua kali, Tun Mahathir Mohamad juga menyokong himpunan Ahli Parlimen menolak Mahiaddin hari ini yang dianggap beliau sebagai detik hitam dalam sejarah.

Katanya, hari ini pertama kali sejak merdeka Ahli Parlimen tidak dibenarkan masuk bersidang.


"Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia Ahli Parlimen tidak boleh pergi ke Parlimen.


"Saya bersama dengan yang lain, saya sokong. Apa patut kita hadapi sekarang ialah untuk bincang Darurat seperti jadual.


"Tetapi inilah kerajaan Mahiaddin tak bagi bercakap (dalam Parlimen), tak bagi bercakap di luar Parlimen. Apa nak jadi negara kita? Ini PM sepatutnya tak jadi PM. Saya harap rakyat faham mengapa kita buat pendirian ini. Hari ini negara tidak ada kerajaan," katanya.


Selain itu, Tun juga mengimbau pindaan Perlembagaan Persekutuan yang beliau buat pada 1990an lalu yang mempersembahkan rang Undang-undang (RUU) kepada Yang di-Pertuan Agong setelah diluluskan Dewan Rakyat. Sekiranya Agong tidak perkenan maka RUU itu kembali ke Dewan Rakyat untuk disemak.


Namun, katanya, kerajaan PN dalam memansuhkan Ordinan Darurat tidak melakukan hal berkenaan. Memansuhkannya secara sepihak.


"Ikut pindaan kita buat dulu dewan mesti bincang. Kalau Raja tak lulus dalam dua bulan, baru jadi undang-undang.


"Ini (kerajaan Mahiaddin) tak bawa ke Raja. Raja tak setuju dah jadi undang-undang. Tak ikut peraturan.


"Saya harap rakyat akan tolak orang semacam ini dari pegang apa jawatan pun. Jauh sekali jadi PM," katanya.
 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/pm-lawan-semua-pelabur-tidak-akan-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Tinggi Di Selangor Mat Sabu Anjur Pertandingan Menyanyi Dalam Page Fb

Covid 19 Tinggi Di Selangor Mat Sabu Anjur Pertandingan Menyanyi Dalam Page Fb

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 213 hits
AGENDA DAILY Pertandingan Menyanyi Lagu Tamat Darurat Ketika rakyat berdepan tekanan ekoran krisis pandemik Covid 19 Presiden Amanah Mohamad Sabu atau Mat Sabu nampaknya mempunyai idea luar kotak dengan menganjurkan pertandingan menyanyi da...
Polis Akan Panggil Semua Pihak Terlibat Demo Lawan

Polis Akan Panggil Semua Pihak Terlibat Demo Lawan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 294 hits
Polis akan memanggil semua pihak termasuk penganjur yang terlibat dalam perhimpunan Keluar dan Lawan berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata walaupun perhimpunan...
Jangan Angkuh Minta Ampun Daripada Agong Mat Sabu Beritahu Pm

Jangan Angkuh Minta Ampun Daripada Agong Mat Sabu Beritahu Pm

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 197 hits
July 30 2021 Mohamad Sabu berkata Kabinet gagal menghormati saranan Yang di Pertuan Agong supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin untuk Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan PETALING JAYA Amanah kesal dengan tin...
Don T Be Arrogant Seek King S Pardon Mat Sabu Tells Pm

Don T Be Arrogant Seek King S Pardon Mat Sabu Tells Pm

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 233 hits
Amanah president Mohamad Sabu says Muhyiddin Yassin s response to the Palace s statement is an act of defiance PETALING JAYA Amanah has slammed Prime Minister Muhyiddin Yassin and the Cabinet over their response to a rare royal rebuke sayin...
Video Saya Digeiar Dajai Amp Makan Duit Haram Ustaz Ebit Lew Nafi Guna Duit Rakyat Malaysia Masuk Ga Za

Video Saya Digeiar Dajai Amp Makan Duit Haram Ustaz Ebit Lew Nafi Guna Duit Rakyat Malaysia Masuk Ga Za

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 368 hits
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menunaikan janji apabila muncul memberi pencerahan dan penjelasan terhadap t0hmahan yang dilemparkan kepadanya mengenai misi kemanusiaan yang dijalankan di Ga za PaIestin baru baru ini Memakai jubah berwarna b...
Lelaki Mat Salleh Teruja Guna Bekas Rebus Telur Buatan Malaysia Senang Nk Guna

Lelaki Mat Salleh Teruja Guna Bekas Rebus Telur Buatan Malaysia Senang Nk Guna

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 363 hits
Pasti ramai yang tidak tahu bahawa banyak produk ciptaan rakyat Malaysia yang sangat bergvna dalam kehidupan seharian dan dapat dibanggakan antaranya termasuklah pendrive dan facemask Walaupun tidak begitu diketahui di seluruh dunia sebuah ...
Zaman Firaun Dulu Yang Ikut Semua Pergi Masuk Neraka Bang Pemuda Ini Ditahan Pdrm

Zaman Firaun Dulu Yang Ikut Semua Pergi Masuk Neraka Bang Pemuda Ini Ditahan Pdrm

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 334 hits
Ketika kerajaan menggesa semua rakyat Malaysia untuk patuh prosedur operasi standard bagi membendung penularan wabak COVID 19 tetap ada pihak yang ambil ringan mengenainya Mungkin kerana belum ada ahli keluarga yang terdekat meninggal dunia...
Idea Kembara Bawa Keluarga Pusing Satu Malaysia Jika Semua Aktiviti Dibuka Seperti Biasa

Idea Kembara Bawa Keluarga Pusing Satu Malaysia Jika Semua Aktiviti Dibuka Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 257 hits
Kali pertama saya buat projek kembara pusing satu Malaysia kalau tak silap pada tahun 2003 dulu Masa itu anak baru 2 orang Kedua duanya masih kecil lagi Tak sukar sangat nak bawa naik kereta pusing satu Malaysia Kami bergerak dari rumah di ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023