Pm Jamin Siasatan Telus Kes Tembak Tanjung Rhu


 
Anwar Ibrahim dan Prabowo Subianto yakin siasatan telus terhadap kejadian tembakan babit pegawai APMM dengan sekumpulan migran Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, 24 Jan lalu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan telus terhadap kejadian tembakan membabitkan pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan sekumpulan migran dari Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, 24 Jan lalu

Beliau pada masa menasihatkan rakyat bertenang dan tidak membalas tindakan sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul dan bertindak agresif melemparkan telur di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi membantah kes terbabit, semalam.
Anwar telah mengarahkan agar laporan siasatan awal disampaikan kepada Indonesia melalui kedutaan.
“Ini hanya berlaku kerana negara ini sahabat baik dan siasatan ini bila lengkap sepenuhnya akan diteliti juga oleh rakan-rakan kita di Indonesia.
“Saya beri jaminan dan tegaskan harus ada siasatan yang telus dan kedua-dua pihak harus ambil maklum tentang hasil siasatan,” katanya menurut Sinar Harian ketika berucap dalam satu majlis di Ipoh.
Antara News semalam melaporkan Presiden Indonesia Prabowo Subianto yakin pihak berkuasa Malaysia akan mengendalikan sebaiknya siasatan kejadian itu.
Beliau juga mengingatkan masyarakat negara itu tidak terjebak dengan kegiatan haram seperti penyeludupan pekerja tidak sah.
Dalam kejadian itu, seorang daripada lima migran maut selepas didakwa ditembak APMM.
Kejadian itu mencetuskan kontroversi di republik itu susulan ada persoalan oleh segelintir pihak sama ada tindakan berkenaan membabitkan kekerasan berlebihan.
Minggu lalu, Timbalan Menteri Perlindungan Pekerja Migran Indonesia Christina Aryani berkata negara itu menggesa Malaysia mengambil tindakan terhadap pegawai APMM jika terbukti mereka menggunakan kekerasan berlebihan dalam kejadian terbabit.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata warga asing itu ditembak kerana cuba menyerang APMM dengan parang ketika rondaan dilakukan.
Dalam insiden itu, dua suspek dipercayai warga asing yang berada di atas bot, didakwa cuba menyerang pegawai Maritim Malaysia dengan parang sekitar jam 3 pagi, selepas mereka merempuh bot pegawai berkenaan sebanyak empat kali.
Pegawai Maritim Malaysia melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot suspek sebagai tindakan mempertahankan diri. Namun, suspek melarikan diri dalam kegelapan malam.
Pada 9 pagi hari sama, Maritim Malaysia menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah bot yang hanyut di sepanjang pantai Banting, Kuala Langat.
Maritim Malaysia menemui bot berkenaan dan mendapati dua lelaki di dalamnya. Seorang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk rawatan.
Jenazah mangsa yang berusia 54 tahun telah dihantar ke kampungnya di Riau, Rabu lalu.
Bagaimanapun Pengarah Perlindungan Warganegara Indonesia di Kementerian Luar Negeri Indonesia Judha Nugraha dilaporkan Antara News berkata tiada tentangan daripada migran terbabit dalam kejadian itu berdasarkan keterangan mangsa cedera. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/pm-jamin-siasatan-telus-kes-tembak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Tembak Tanjung Rhu Seorang Suspek Dalam Buruan Ditahan

Kes Tembak Tanjung Rhu Seorang Suspek Dalam Buruan Ditahan

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 221 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com myKUALA LUMPUR Seorang daripada dua lelaki warga Indonesia yang diburu polis berhubung insiden tembakan di Tanjung Rhu 24 Januari lalu ditahan sekitar Teluk Panglima Garang di Banting semala...
Seorang Lagi Penceroboh Yang Cedera Dalam Kes Di Perairan Tanjung Rhu Selangor Meninggal Dunia

Seorang Lagi Penceroboh Yang Cedera Dalam Kes Di Perairan Tanjung Rhu Selangor Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 251 hits
Ditembak APMM lagi suspek warga Indonesia meninggalTan Chin TungGOMBAK Seorang lagi warga Indonesia yang terlibat dalam insiden tembakan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebelum ini di perairan Tanjung Rhu Selangor meninggal du...
Polis Tembak Mati Tiga Suspek Kes Curi Di Rawang

Polis Tembak Mati Tiga Suspek Kes Curi Di Rawang

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 200 hits
Hariz MohdPolis petang ini menembak mati tiga lelaki di Rawang Selangor yang disyaki merupakan sebahagian daripada sindiket yang aktif mencuri kenderaan pacuan empat roda Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mo...
Kes Tembak Penunjuk Perasaan Baling Telur Di Kedutaan M Sia Di Jakarta

Kes Tembak Penunjuk Perasaan Baling Telur Di Kedutaan M Sia Di Jakarta

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 213 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 31 2025 10 46 AMPenunjuk perasaan membaling telur di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Indonesia semalam ketika protes terhadap kejadian tembak pada 24 Jan melibatkan lima warga Indonesia di Selangor yang me...
Full Pmx Akhirnya Bersuara Tmb4k Tanjung Rhu

Full Pmx Akhirnya Bersuara Tmb4k Tanjung Rhu

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 180 hits
WNI Malaysia Live Highlights PMX Anwar Ibrahim Tanjung Rhu Selangor Update Indonesia Malaysia Embassy Jakarta Subscribe for more updates
Ini Penjelasan Menteri Kdn Di Parlimen Berkait Insiden Tembakan Warga Asing Di Tanjung Rhu

Ini Penjelasan Menteri Kdn Di Parlimen Berkait Insiden Tembakan Warga Asing Di Tanjung Rhu

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 223 hits
Insiden tembakan warga asing di Tanjung Rhu Saifuddin beri penjelasanHafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myKuala Lumpur Bot dinaiki sekumpulan warga asing di perairan Pulau Carey pada 24 Januari lalu sudah diberikan amaran menggunak...
Kes Guru Lelaki Pukul Perenang Cilik Polis Buka Kertas Siasatan

Kes Guru Lelaki Pukul Perenang Cilik Polis Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 179 hits
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang murid lelaki tahun lima yang mengalami kecederaan akibat dipukul guru lelaki dalam satu kejadian di sebuah sekolah rendah di sini bulan lalu Ia susulan seorang ibu yang tampil m...
Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja

Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 276 hits
Sinar HarianSeorang remaja maut berusia 17 tahun dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dalam kejadian awal pagi Selasa Sinar HarianBALIK PULAU Lima lelaki terma8 insuk empat remaja ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan...
Polis Terengganu Tahan 3 Lelaki Untuk Bantu Siasatan Kes Pukul Oku

Polis Terengganu Tahan 3 Lelaki Untuk Bantu Siasatan Kes Pukul Oku

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 313 hits
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang lelaki orang kurang upaya di Pasar Tani Padang Astaka Chukai pagi semalam Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja afar berkata tiga lelaki terba...
Beware Of Tiktok Account Falsely Claiming To Be The Star Journalist

Bomba Guna Helikopter Padam Kebakaran Hutan Di Mukah

Selamat Datang Ogos 2025 Bulan Baru Harapan Baru

Malaysia Terus Kukuhkan Diplomasi Serantau Trump Hargai Peranan Malaysia

Syada Amzah Didakwa Jadi Perosak Rumah Tangga Pempengaruh Ajak Masuk Club Kau Nak Rosak Rosak Sorang

50 Tahun Kita Gagal Mengenali Musuh Sidang Media Ppim 31 07 2025

Roti Gardenia Durian

Belajar Pandang Ke Bawah Agar Hati Tak Lupa Bersyukur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Mendayung Rindu Afieq Shazwan

Design Kotak Packaging Mengikut Niche Produk Makanan Kosmetik Hadiah Banyak Lagi

Ikuti Saya Di Media Sosial

Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Domain Extension Startup Guide

Ambil Report Card