Pm Gesa Imarah Masjid Suburkan Kegiatan Ilmiah


bharian.com.my
Oleh Nur Izzati Mohamad
[email protected]
 - Mac 18, 2025 @ 7:08pm
Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Perasmian Masjid Jamek Perai. - Foto NSTP/Danial Saad
BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya umat Islam mengimarahkan masjid dengan menyuburkan kegiatan ilmiah yang dapat menarik semua golongan terutama wanita dan anak muda.

Perdana Menteri Anwar berkata, Islam amat menekankan penguasaan ilmu agama khususnya Al-Quran yang akan memberikan kebijaksanaan serta keupayaan kepada masyarakat untuk menilai perkara baik dan buruk, sekali gus mengelak perpecahan mahupun perbalahan dalam kalangan manusia.

Sehubungan itu, katanya, pihak pengurusan masjid disaran untuk memperbanyakkan lagi program dan kelas pengajian yang mampu menarik minat masyarakat.

"Ramadan ini, kesempatan kita untuk menyempurnakan ibadah dengan niat yang jelas dan memperbanyakkan amal (termasuk) menguasai Al-Quran dan cuba memahami serta menghayatinya.

"Ini kerana jika Al-Quran ini difahami dan berada di hati ia akan menjadi petunjuk kepada manusia, memberikan kekuatan untuk membuat penilaian dan pencerahan kepada umat.

"Pengetahuan adalah dengan menguasai ilmu yang mana dengan menguasai ilmu, akan ada kebijaksanaan, hikmah dan rahmah yang sebab itu institusi masjid perlu disuburkan dengan kegiatan keagamaan bukan sahaja pada bulan Ramadan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid Jamek Perai, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Anwar meluluskan peruntukan RM100,000 untuk digunakan pihak pengurusan masjid berkenaan untuk melaksanakan program mengimarahkan masjid antaranya kebajikan anak kariah.

Untuk rekod, Masjid Jamek Perai dibangunkan penduduk kawasan berkenaan pada tahun 1979 dan telah dibaik pulih sepenuhnya pada 29 Mac 2021 bagi menggantikan bangunan lama dengan kos perbelanjaan sebanyak RM5.5 juta.

Mengulas lanjur, Anwar berkata, menerusi penguasaan ilmu agama juga dapat dijadikan sebagai benteng untuk melawan kejahatan yang memporak perandakan hubungan masyarakat.

"Ini yang berlaku dalam polemik negara. Masjid seharusnya menjadi tempat penyatuan dan bukan platform untuk menyemai kebencian atau perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Jangan gunakan Islam itu hanya untuk porak-peranda, menyerang. Bagi dia (orang yang tidak tahu) kefahaman. Apapun sebelum buat keputusan kena ada kefahaman.

"Nak berbeza pendapat boleh tak perlu cerca dan maki hamun serta tak perlu untuk menidakkan orang. Kena ada perbezaan pendapat tapi tidak cepat menghukum," katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata umat Islam juga diminta untuk mempertahankan institusi zakat dalam memastikan nasib dan kepentingan orang miskin terbela.

"Islam membela rakyat miskin melalui zakat dan atas sebab itu jangan ada pecah belah yang boleh menghancurkan institusi zakat," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/03/pm-gesa-imarah-masjid-suburkan-kegiatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Masjid Tiada Kasta

Di Masjid Tiada Kasta

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 181 hits
Kalau rasa bersimpul saraf Jumpa Cik Majid jangan berguling Walaupun kita tidak setaraf Datang ke masjid kita bersaing
Betul Kah Istana Larang Berpolitik Di Masjid

Betul Kah Istana Larang Berpolitik Di Masjid

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 131 hits
Benarkah Istana Terengganu tidak benarkan berpolitik di masjid Jawapannya Ya benar Pada Mac 2023 DYMM Sultan Terengganu telah bertitah melarang masjid masjid dijadikan pentas politik bahkan Sultan Terengganu juga melarang ahli politik terli...
Remaja Bertinju Dalam Masjid

Remaja Bertinju Dalam Masjid

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 130 hits
Kosmo DigitalJAKARTA Perbuatan sekumpulan remaja di Pinrang wilayah Sulawesi Selatan yang melakukan aktiviti tinju di dalam masjid demi kandungan laman sosial menerima kecaman orang ramai lapor portal berita Detik News semalam Kejadian berl...
Mana Cukup Buat Video 48 Saat Datang Ke Masjid Negara Mohon Maaf

Mana Cukup Buat Video 48 Saat Datang Ke Masjid Negara Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 147 hits
lelaki berkenaan hanya dalam tempoh sembilan jam telah meraih lebih 177 000 tontonan dan dihujani lebih 2 500 komen setakat ini Menjengah ruangan komen rata rata secara sinis menggesa Vijayan supaya memohon maaf di tempat ibadat masyarakat ...
Roboh Kuil Untuk Bina Masjid Dakwaan Bahawa Kuil Di Dang Wangi Bakal Diroboh

Roboh Kuil Untuk Bina Masjid Dakwaan Bahawa Kuil Di Dang Wangi Bakal Diroboh

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 189 hits
Roboh kuil untuk bina masjid Dakwaan bahawa kuil di Dang Wangi bakal diroboh untuk bina masjid telah disahkan PALSU TakPastiJanganKongsi BiarBetul The post Dakwaan bahawa kuil di Dang Wangi bakal diroboh appeared first on
Isu Kuil Di Jalan Masjid India R Ramanan Minta Henti Tunggang Sentimen Kaum Amp Agama

Isu Kuil Di Jalan Masjid India R Ramanan Minta Henti Tunggang Sentimen Kaum Amp Agama

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 352 hits
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan minta henti menunggang sentimen kaum dan agama berkaitan isu melibatkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India R Ramanan minta henti tunggang isu ...
Wall Collapses At Masjid Jamek Lrt Station No One Harmed

Wall Collapses At Masjid Jamek Lrt Station No One Harmed

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 152 hits
Rapid Rail said the wall panel collapsed at about 4 04pm this evening during a thunderstorm PETALING JAYA A wall panel at the Masjid Jamek LRT station in Kuala Lumpur collapsed at about 4 04pm this evening amid a thunderstorm Rapid Rail Sdn...
Bapa Maut Anak Lelaki Parah Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Untuk Berbuka Puasa Di Masjid

Bapa Maut Anak Lelaki Parah Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Untuk Berbuka Puasa Di Masjid

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 186 hits
Hajat dua beranak untuk berbuka puasa di masjid tidak kesampaian selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan petang semalam Motosikal yang ditunggang bapa telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta ...
Yang Tumbuh Selepas Hujan

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri

Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Be Magnanimous In Melaka Seat Talks Amanah Urges Bn

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Benefits Of Cycling Regularly

Setiausha Agong Veteran Umno

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru

Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam