Mana Cukup Buat Video 48 Saat Datang Ke Masjid Negara Mohon Maaf


 


HarapandailyMarch 10, 2025Selepas menghina dan memaki hamun agama Islam, pengguna Facebook Vijayan Savarinathan hari ini tampil memohon maaf secara terbuka.
Dia yang menetap di Australia mengakui memuat naik video yang kini tular itu dalam keadaan marah susulan sebuah rakaman melibatkan penyampai radio yang dianggapnya menghina Hindu.
“Saya minta maaf ikhlas daripada hati saya, apa yang saya buat dan saya cakap memang tidak patut.


“Sebab mereka (penyampai radio) buat video itu saya pun marah dan tidak boleh tahan sebab kita kena hina tapi itu bukan alasan untuk saya buat video begitu,” katanya.
Rakaman video berdurasi 48 saat di Facebook lelaki berkenaan, hanya dalam tempoh sembilan jam telah meraih lebih 177,000 tontonan dan dihujani lebih 2,500 komen setakat ini.
Menjengah ruangan komen, rata-rata secara sinis menggesa Vijayan supaya memohon maaf di tempat ibadat masyarakat Muslim seperti Masjid Negara.


“Datang Masjid Negara lepas solat Jumaat, buat permohonan maaf di sana secara terbuka.
Secara peribadi, saya akan maafkan kamu selepas menerima hukuman setimpal dari pihak berkuasa,” kata Lan Anuar.
“Datang masjid la minta maaf, mana boleh rekod video…,” tegas Akmal Hizzat Azizan.
“Tidak semudah itu untuk nak memaafkan, kau dah bermulut celupar mengata dan hina Islam. Lepas tu kau tuduh kami nak bunuh kau bagai, sedangkan kami tak berbuat begitu. Kau ingat mudah-mudah kami nak maafkan?” tempelak Muhamad Syamil.
Gesaan sinis supaya Vijayan memohon maaf di masjid dengan bersemuka di hadapan imam susulan Tindakan tiga penyampai radio Era bertindak memohon maaf kepada Bendahari Agung MIC merangkap Ketua Bahagian MIC Segambut, Datuk N Sivakumar di kuil Batu Caves.
Walau bagaimanapun, Sivakumar yang juga Presiden Majlis Kuil-Kuil dan Persatuan-Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima) beberapa kali bertegas penyampai radio terbabit tidak boleh dimaafkan dan tindakan tetap perlu diambil.
“On human ethics ground (atas dasar kemanusiaan) kita boleh maafkan tapi mesti ada satu tindakan yang akan bagi satu mesej yang clear (jelas),” katanya dalam video yang tular dan mengundang kecaman orang ramai.
‘Plot twist’Berhubung dakwaan kononnya penyampai radio Era mempersenda satu perayaan agama Hindu sehingga mereka dan tiga lagi staf terpaksa menempuh lebih dua jam dirakam keterangan di Bukit Aman pada 5 Mac lalu, muncul pula ‘plot twist’ yang mengejutkan.
Peguam Mahmud Jumaat mengesahkan video tular membabitkan tiga penyampai radio itu telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat.




Hal itu disahkan selepas menemui salah orang penyampai radio yang menjelaskan situasi sebenar selepas video yang disunting sehingga hanya memaparkan sebutan ‘vel,vel’ itu dimuat naik.
Beliau dilapor berkata, video yang disifatkannya sebagai cubaan untuk membakar sentimen perkauman dengan niat jahat itu kemudian dimanipulasi untuk mencetuskan salah faham khususnya komuniti India.
“Persoalan utama kini timbul, siapakah dalang di sebalik penyuntingan video ini? Tindakan itu dilihat sebagai cubaan untuk membakar sentimen perkauman dengan niat jahat.
“Sila rujuk kembali klip yang dimainkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan majoriti pempengaruh India di Tiktok.
“Sekiranya kita teliti, video tersebut telah disunting hanya setakat lima saat ketika disebut ‘vel,vel’ sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Semakan netizen mendapati tiga penyampai radio berkenaan sebenarnya ketawa disebabkan gelagat salah seorangnya, Azad Jasman meniru tarian masuk gelanggang peninju popular negara, Miki Ghazali.
Menerusi klip penuh video itu, video itu juga ada menyebut nama Miki Ghazali di ruangan kapsyen, selain daripada tarian yang serupa dengan gaya masuk gelanggang petinju tersebut ketika salah sebuah perlawanan baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mahmud percaya sekiranya video itu ditayangkan secara penuh daripada awal, memang jelas apa yang dibuat oleh salah seorang penyampai radio itu semata-mata untuk meniru tarian Miki kerana adanya latar belakang lagu Paqueta.
“Terdapat salah faham dalam kes ini dan ada pihak cuba menganiaya, mengkhianati dan memfitnah ketiga DJ ini,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar polis menyiasat kes berkenaan bagi membongkar siapakah dalang yang telah menyunting video tular sehingga wujudnya salah faham antara kaum.
“Saya harap penjelasan ini membuktikan bahawa kita semua ditipu dan diperdaya oleh agenda jahat yang cuba memecahbelahkan kita sebagai satu keluarga yang harmoni.
“Kepada polis, daripada siasat tiga DJ ini sebaiknya siasat siapakah dalang yang menyunting video dan menghasut orang ramai terutama kaum India,” kata Mahmud lagi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/mana-cukup-buat-video-48-saat-datang-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Hina Islam Suspek Dipercayai Berada Di Luar Negara Kpn

Video Hina Islam Suspek Dipercayai Berada Di Luar Negara Kpn

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 120 hits
KUALA LUMPUR 7 Mac Lelaki yang disyaki menghina dan mengeluarkan kata kata kesat terhadap agama Islam dipercayai berada di luar negara Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama hari ini berkata usaha mengesan susp...
Apresiasi Teman Teman Muslim Hotman Paris Berniat Bangun Masjid Minta Carikan Lahan Kosong

Apresiasi Teman Teman Muslim Hotman Paris Berniat Bangun Masjid Minta Carikan Lahan Kosong

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 100 hits
Warganet berharap niat baik Hotman tersebut bisa segera terealisasikan dan dibangun di daerah yang memang sedang membutuhkan sarana ibadah
Pm Hulur Sumbangan Ihya Ramadan Rm196 000 Kepada Masjid Dan Surau Dalam Parlimen Indera Mahkota

Pm Hulur Sumbangan Ihya Ramadan Rm196 000 Kepada Masjid Dan Surau Dalam Parlimen Indera Mahkota

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 125 hits
KUANTAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hulurkan sumbangan RM196 000 bantuan Ihya Ramadan kepada 44 buah masjid dan surau dalam Parlimen Indera Mahkota Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad F...
Panduan Anak Tak Meragam Di Masjid Senang Mak Ayah Solat Tarawih

Panduan Anak Tak Meragam Di Masjid Senang Mak Ayah Solat Tarawih

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 76 hits
Membawa anak ke masjid untuk solat Tarawih boleh menjadi satu cabaran kepada mak ayah Namun dengan beberapa langkah berikut pengalaman ini boleh menjadi lebih positif Mak ayah juga perlu lebih kreatif bagi memastikan anak anak terjaga denga...
Nurseri Ramadan Di Masjid Putra Nilai Masjid Wilayah Persekutuan Mak Ayah Lega

Nurseri Ramadan Di Masjid Putra Nilai Masjid Wilayah Persekutuan Mak Ayah Lega

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 78 hits
Bagi membolehkan mak dan ayah menunaikan solat tarawih dengan baik dan sempurna tanpa sebarang gangguan dua masjid memilih untuk mengadakan pusat asuhan untuk anak anak Sempena Ramadan kali ini Masjid Putra Nilai mengambil inisiatif mengumu...
Ketenangan Dan Seni Bina Yang Menakjubkan Masjid Andalusia Adalah Lokasi Yang Ideal Untuk

Ketenangan Dan Seni Bina Yang Menakjubkan Masjid Andalusia Adalah Lokasi Yang Ideal Untuk

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 75 hits
Ketenangan dan keindahan seni bina Masjid Andalusia menjadikannya lokasi yang ideal untuk menikmati keindahan bulan yang mulia ini Masjid Imanul Fa izin Kota Bharu Kelantan VisitMalaysia2026 MalaysiaTrulyAsia CutiCutiMalaysia SurrealExperie...
Menu Takjil Untuk Dibagikan Di Masjid Ringan Penuh Gizi

Menu Takjil Untuk Dibagikan Di Masjid Ringan Penuh Gizi

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 114 hits
Bayangkan suasana Ramadan yang penuh berkah bersama menu takjil untuk dibagikan di masjid Matahari perlahan turun ke ufuk barat dan adzan maghrib hampir berkumandang Ada beberapa kreasi resep menu takjil yang kekinian dan praktis yang bisa ...
Konsep Negara Bangsa Fokus Bentuk Masyarakat Malaysia Bersatu

Konsep Negara Bangsa Fokus Bentuk Masyarakat Malaysia Bersatu

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 86 hits
Kementerian Perpaduan Negara berkata konsep negara bangsa bertujuan membentuk masyarakat bersatu padu menghormati perbezaan dan berkongsi identiti sebagai rakyat Malaysia KUALA LUMPUR Kementerian Perpaduan Negara memilih tema Harmoni Dalam ...
Akhirnya Pokok Sepit Udang Telah Berbunga

Wali Feat Mostafa Atef Forgive Me Marhaban Ya Ramadhan Chord

Satu Band Feat Man Progressive Raya Tak Berteman Chord

Hantu Influencer Balik Kampung

Kalau Nak Berniaga Wajib Cari Jalan Cara Memulakan Perniagaan Dengan Kos Yang Paling Rendah

Malaysia S Catalogue Of Shame Disgraceful Acts Omissions

Huawei Mate Xt And Huawei Matepad Pro 13 2

Malaysia Airlines Flight From Jakarta Declares Emergency Near Klia Lands Safely With Rescue Vehicles On Standby


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Samarinda Sekam Di Dada

Kes Hfmd Di Terengganu Makin Membimbangkan Kluster Baru Di Tadika

Harga Durian Muar 2025 Mac April

Whatever

It Takes Just One Pregnant Guppy For An Alien Invasion Practical Fishkeeping

How Google And Nvidia Are Teaming Up To Solve Real World Problems With Ai